Sunday, November 13, 2011

Hikayat I ~ Jamuan Akhir Tahun


Jamuan Akhir Tahun 4 Ibnu Rushd 2011, alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya. :)

Pagi itu, macam biasa... perhimpunan dahulu. Hoho, perhimpunan mingguan yang terakhir untuk sesi persekolahan 2011. Erm, akan rindu. Alhamdulillah, cuaca baik-baik sahaja hari ini. Lama jugak perhimpunan hari ini, huhu. Lepas perhimpunan, Cikgu Zizol suruh kami budak-budak cewah salam dan ucap selamat berjaya untuk kakak-kakak tingkatan 5 dan 6 atas. Maka, di tapak perhimpunan yang maha luas itu... berdiri laa kakak-kakak dan abang-abang di segenap pelusuk. Hehe.

Salam, cium-cium pipi dan peluk. Peluk Kak Aida, rasa macam tak nak lepas. Haha, rasa macam nak nangis bila peluk Kak Aida. Kita cakap kat dia, semoga dia dapat buat yang terbaik dan lepas tu dia pulak cakap kat kita agar buat yang terbaik tahun depan. 11A+. --' Sayang Kak Aida, kenal dia dari dia tingkatan 3 lagi. Masa tu sama-sama pergi berkhemah dekat Bukit Marak... anjuran Kelab Geografi yang tersayang :D

Kakak-kakak dan abang-abang yang cukup disayangi, semoga kamu semua dapat buat yang terbaik. Chaiyyok chaiyyok. Kitorang tahu yang kakak-kakak dan abang-abang boleh buat punya. ^^ Good luck dan selamat maju jaya.

Okey. Sambung cerita jamuan.

Lepas perhimpunan, pusing-pusing sekolah dengan Cik Aina Mardiyah kesayangan :D Lekat jemputan jamuan di pintu-pintu bilik guru, kasi kad jemputan kecik-kecik kepada cikgu. Alahai, best! Setiap kali hulur kad, dan bila kitorang kata jamuan tu hari ini mesti cikgu cakap, "laa, hari ini lagi.." Haha, banyak sangat jamuan hari ini :D Ye la, esok Es Pi Em.. tu yang pakat buat hari ini jamuan. Takpe laa, enjoy je!

Pergi kat Astaka Perhimpunan. Ya, kemas-kemas tempat.. atur-atur makanan.. tiup-tiup belon.. susun-susun hadiah.. gelak sana sini (mencuba untuk gembira XD).. amik-amik gambar. Hehe. Dalam pukul 11 baru kitorang makan. :D Seronok.

Menu; Nasi Minyak dan Mihun Sup. Hoho, hari tu waktu tengah borak-borak dengan Teacher Salwati dan Pqah J a.k.a. Kak Long 4R.. aku tanya teacher kenapa tempah nasi minyak? bla bla dan bla. Teacher dengan comelnya pun cakap, "a'aa, tempah nasi minyak laa. Kan Iqa nak kahwin.. haha" Aduh, gelak kami bertiga. :D

Begitulah jamuan, cikgu datang kami layan. Borak je kerjanya. Paling seronok, borak dengan Cikgu Aida di kerusi bersama Basirah dan Aimann. Hehe, pasal BM laa dan bla bla bla. Terima kasih cikgu, sebab ajar saya Bahasa Melayu dengan sangat baik :D Sehinggakan, saya mendapat keputusan yang baik. Sayang Cikgu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat.

Dalam pukul 12 lebih, berkumpul ramai-ramai. Duduk semuanya, dan berlangsunglah acara yang paling dinanti-nantikan oleh kami semua iaitu acara tahunan yang wajib; acara pertukaran hadiah. Semua enjoy je, hoho debaran senantiasa ada waktu masing-masing nak cabut nombor. Yeahh, aku? Dapat hadiah Anis. Bila aku bukak dan tunjuk depan bebudak ni, diorang dengan selamba-yayaya menjerit sambil cakap comelnya cutenya bla bla bla. Nak tahu aku dapat apa? Frame gambar yang comel, berhias gambar princess dan mickey mouse. Erk, princess. Padan sangat laa dengan aku. Haha, bebudak ni gelak je sebab diorang cakap macam kena je hadiah tu dengan aku =P

Oh, Faezadti yang dapat hadiah aku. Jaga elok-elok tau, sayang.

Dalam pukul 1 petang, sudah mula mengemas. Main berebut belon. Ehee, dapat jugak lah aku jadikan satu belon kuning sebagai hak milik aku. Yeah. Erm, selamba-yayaya masuk aspuri dengan geng. Oh, borak-borak dan enjoy. Tak pernah bosan kan, bila kita ada kawan yang sangat sangat sangat baik? :)

Sudah solat zuhur, pergi melepak dekat BK. Macam biasa, kitorang bila berkumpul.. hanya tahu borak-borak je =D Tak habis-habis gelak dengan bebudak ni tadi. Ada Husna Madiha, Pqah Qilah, Hazim, Sapik, geng form 3 dan bla bla bla. Mereka, kawan yang sungguh baik.

Cuba jugak cari kesempatan nak ucap selamat berjaya kepada dia. Tapi........

Jadi, kepada awak [ y0u kn0w wh0 y0u are ]    :)

Selamat berjaya. Saya sentiasa d0akan awak. Saya tahu awak b0leh buat, dan saya tahu awak b0leh buat yang super duper terbaik punya :D Chaiyyok chaiyyok. Asal n0k jah ^^



PS. Gambar takde lagi, malas nak upload. Faham-faham je la perangai pak cik Broadband ni.T___________T

PS II. Minta maaf adalah sikap yang baik :D Beranikan diri, cakap. Bila aku minta maaf, dia pun minta maaf kembali. Tetibe, semua jadi okey macam takde apa-apa. Kalau lah dari awal dah minta maaf. Tak kira siapa betul siapa salah, jadilah orang yang pertama meminta maaf. Sungguh, banyak manfaatnya. Selamat mencuba! ^_^

No comments: