Monday, November 28, 2011

Menunggu Cinta Tuhan


Setelah mengerjakan pakcik addmad cukup-cukup petang semalam, sehingga buat aku rasa nak muntah haha makanya, sebagai hadiah kepada diri sendiri... jom baca novel :D



Menunggu Cinta Tuhan, novel Islamik. Huuu, best laaa.
Planet-planet Cinta, novel fiksyen-fantasi yang mempunyai kaver yang sangat cantik. Oh, aku suka. Ceritanya pun, okay.


Sebenarnya, aku rasa agak malas hendak membaca novel buat masa sekarang. Kalau dulu, pantang lihat novel huu bersengkang mata lah menghadapnya. Sekarang, tengok novel.. mesti fikir, nak baca ke tak eh? Untuk sebuah novel biasa, selalunya aku habiskan dalam dua jam setengah je. Haha, kalau sepupu-sepupu mesti tak percaya.. diorang selalu fikir yang aku langkau bacaan. Hoho, aku tak tahu samada aku yang baca cepat, atau novel tu yang nipis ~


Mungkin mood membaca novel, dah berkurang. Resah hendak membaca novel apabila melihat buku-buku masih menggunung di sekitar meja belajar. Macam bersalah je dengan makcik pakcik sebelas orang tu yang menggamit-gamit untuk diulang kaji, haiihh.


Korea? Aku tahu pada waktu cuti begini kawan-kawan aku kebanyakannya buat marathon cerita korea. Hoho, kalau kat sekolah... pantang berjumpa ramai-ramai, pantang berkumpul huhu mesti kebanyakan topik utama cerita korea. Siap hafal rupa dan nama artis korea, siap boleh hafal lirik lagu korea. Aku bukan tak tengok cerita korea, bukan tak dengar lagu korea tapi setakat biasa-biasa je laa.


Mungkin, entah sebab aku tak minat kot. Haha, aku cuma kenal Choi Si Won sahaja :D Tanya lah nama artis korea yang lain, semestinya aku tidak kenal. Oh, dan cuma lagu Sorry, sorry.. Fiction.. A Song Calling For You sahaja yang ada di dalam telefon aku dan yang aku boleh dengar XD Lagu-lagu lain, tidak berminat. ^^ Aku susah nak jatuh hati pada lagu korea, walaupun aku tahu kawan-kawan aku ramai yang boleh nyanyi-nyanyi lagu korea untuk aku :P


Baru-baru ni, Cik Nor telah berjaya membuat aku rasa penasaran haha sebab tak sempat habiskan tengok cerita City Hunter. =.= Nasib baiklah, aku tiada bekalan cerita korea dalam pendrive mahupun pc. Hihi. Kalau tak, mahunya semedang menghadap benda tu je. Apa pun, aku nak tengok City Hunter sampai habis! Okai, ketinggalan zaman. Bak kata Cik Nazifa, dia dari awal tahun lagi sudah khatam cerita itu. Alah. :D


Rindu nak menapak ke kedai buku la, rindu nak main rambang-rambang mata pilih buku.





No comments: