Wednesday, November 23, 2011

Face the days, create the memories :)
















































































Itu kenangan 13 November 2011; Ahad. Banyak jugak laa kelas lain buat jamuan pada waktu yang sama, huhu penuh semua pondok. Hehe. Tapi, takpe lah. The more the merrier kan. Hoho. Kitorang buat dekat Astaka Perhimpunan, kat pondok tepi kitorang Kelab Geo punya. Since aku pun ahli terhormat kelab geo XD makanya bila lapar terus pergi makan je kat sebelah. Haha. Tapi, tak makan banyak pun :'(

Kat kelab geo, makan kuih dengan air je. Kat kelas sendiri, makan nasi minyak... tapi tak habis pun. Sikit sangat makan. Hehe, takde selera. Sebab, entah. Tak rasa nak makan. Dah kenyang tengok gelagat-gelagat bebudak 4R yang pelbagai. Wah wah, sampai tak terasa kelaparan. Rasa nak maaaaaain dengan diorang je.

Oh, aku takkan bagi dah boys pegang kamera aku =.= Dah berapa kali jatuh bila dengan diorang. Ada tu, terjatuh, tapi diorang tak perasan aku nampak. Aku diam je sambil tengok diorang. Dan, diorang cover je nak amik dengan perlahannya since takut aku nampak. Haha, aku dah nampak laa wei. Malas nak bertekak je XD

Pertukaran hadiah; aku dapat hadiah Anis. Frame gambar. Okey, tingkatan 1 dapat frame jugak. Sampai sekarang masih menghiasi meja belajar. Tingkatan 2, dapat gelas. Gelas yang berset tu kan, rasanya aku simpan kat dapur. Tak pernah guna pun. :) Tingkatan 3, dapat frame lagi. Ada dekat meja tepi katil. Dan, tingkatan 4 masih laa frame lagi. Haha, sangat hargainya :D

Pstt, semua orang teruja nak tahu hadiah apa yang Aidil bawak sebab hadiaaaaah dia sangat laa besar. Aina yang dapat hadiah tu. Tapi, Aina tak nak bukak lagi pada masa tu. Berapa kali dah kitorang paksa =.= Sampai sekarang tertanya-tanya. (?) Hadiah aku, special punya balutan. Hehe, berapa lapis kertas surat khabar entah aku guna. Haha, yang penting... cantik. Gambar perempuan ungu tu. Hadiah aku laaaa tu ^^

Nick dengan Ilman pula, tak sempat beli hadiah sebab aspura tak balik minggu itu. Itu yang diorang sibuk provok Aidil yang kasi hadiah sebesar-besar alam tapi akhirnya dapat hadiah yang kecik je. Itu yang mereka duk gelak-gelak tu. Alah, takpe laa. Kenangan jugak :D Yang diorang tu, sampai cakap nak kasi duit RM5 sebagai hadiah boleh? lepas tu siapa-siapa yang dapat tu pergi beli sendiri laa hadiah. Haha, desperate nak main. Takpe takpe, diorang jadi tukang kacau dan tukang buat kami gelal =D

Lepas main makan-makan, main cerita-cerita, main lepak-lepak dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu cantik, main rebut-rebut bolan, main kemas-kemas, main gelak-gelak.. pergi masuk aspuri. Erk, layan je laa. Aku pun ex-aspuri jugak tau tahun lepas haha. Main-main dengan diorang lagi. Alahai, asyik main-main je. Ye laa, sambil kumpul-kumpul kenangan manis :)

Begitulah ceritanya nostalgia 4R. Sungguh, sangat sangat sayang akan mereka. Sangat la bersyukur sebab Allah pinjamkan mereka untuk bersama aku dalam suka duka gelak tawa kehidupan 2011. Erk, walaupun pada awalnya memang rasa duka je haha sebab kitorang baru tahun ini jadi rakan sekelas. So, macam susah sikit laa nak well yeahhh nak faham perangai sebenar masing-masing. But, trust me. Times heal everything. Semakin hari kitorang jadi semakin rapat, semakin hari semakin sayang dan akhirnya diorang telah menjadi kesayangan-kesayangan hati aku.

Sangat la setuju, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, rasa tak boleh nak berpisah jauh-jauh. Setiap hari mesti senyum je dengan gelagat-gelagat mereka yang pelbagai tu. Kawan-kawan, terima kasih untuk kenangan indah bersama!

Waktu zaman emo haha, aku pernah cakap yang aku takkan ingat zaman sekolah tingkatan 4 sebab tak best langsung! Dan sekarang, nampaknya aku terpaksa tarik balik kata-kata aku. Omaigod, tingkatan 4 untuk aku sangat laa penuh dugaan cabaran tapi disebalik itu aku diberi pelbagai perkara yang sangat indah. Cikgu-cikgu; kawan-kawan. Alahai, semuanya jadi penyalur kekuatan :D Kan dah cakap, times heal everything XD

Jadi, hargailah setiap hari yang engkau lalui sebab hari-hari itu tak akan berulang lagi.
Pinjam kata-kata Cik Rose, "face the days, create the memories." :)


thanks for the memories;
nick, aidil, ijo, danny, sapik, aziz, ilman, j-wad, zakwan, pqah, ipa, aisyah, sarah, hana, nina, za, hajar, anis, husna, pqoh, faeza, yana, azlina, aina, thirah, bilah, fatin, farah, syatun

29 budak-budak rock yang menjadi kesayangan hati. forever friends...



salah seorang warga 4R yang rock,
sya izz XD

2 comments:

nor nazifa said...

buke klas kito ad 30 ore erh?!

Sya Izz said...

skali ngan aku bru 30. =.=
mu ni gak eh..


:)