Selamat tinggal Cik Fieshy.
Berbulan-bulan lamanya jadi roommate aku yang setia
Ikan pertama yang aku jaga
Ikan pertama yang aku ada
Terima kasih; sebab pernah menghiburkan hati bila aku kesedihan
kalau sedih mesti jenguk cik fieshy yang sedang berenang dengan ekornya yang cantik. sejuk hati tengok dia main gerak-gerak ekor. comel sangat bila dia berenang-renang dalam air.
Terima kasih; sebab pernah jadi teman berbual aku
kalau bosan atau terasa mahu bercerita.. mesti pergi dekat meja tepi katil lepas tu jenguk cik fieshy dan cakap dengan dia. walaupun dia tak ada suara, aku anggap dia dengar apa yang aku cerita. dia pendengar yang baik. selalu, buat dia macam manusia. pabila nak bagi makan, tanya dia lapar ke tak... baca bismillah untuk dia sebelum tabur makanan... zikir, kasi dia dengar.
Okey. Cik Fieshy dah takde. Cik Fieshy; you will be the first and last. 'cause you are the one and only.
Lepas ni, kalau sedih nak cari siapa?
Lepas ni, kalau bosan nak cakap dengan siapa?
Cik Fieshy, semoga bahagia :'(
.
.
.
.
.
.
.
Lepas satu, satu pergi tinggalkan aku.....
Sampai ketemu lagi... Cik Fieshy yang memahami,
tuan mu yang cukup merindui
T_________________T
tuan mu yang cukup merindui
T_________________T
2 comments:
T_T
kan syieqa kan? mula2 dia, lepas tu cik pishy T__________T
Post a Comment