Sunday, April 24, 2011

Kisah Indah

Kisah Indah

kisah itu indah, bukan?
kau senyum aku juga senyum
aku menangis, kau turut menangis sama
dan, kau peluk aku dengan ketenangan

kau ingat lagi, tidak?

aku sedih, sampai aku diam
tiba-tiba, kaki aku melangkah ke arah kau
aku lentokkan kepala aku di riba kau
dan, kau tanya aku... kenapa?
aku diam, kerna tidak mampu menjawab
waktu itu aku cuma perlukan ketenangan
kau memang mengerti
tanpa lewat, kau usap belakangku
sambil memujuk
walhal aku masih diam

kau tahu, tidak?
waktu itu hati kau tersentuh
aku mendekat kepada kau
iya, air mata kau menitis
dan aku di sisi kau
sebab kau juga selalu di samping aku

kau terharu sangat, bukan?
sebelum kau pergi
kau peluk semua orang
satu saat, aku tarik kau
ke tempat di mana tiada orang
aku minta kau hulurkan tangan
untuk aku untaikan sesuatu yang tertulis
yang bisa menjadi indah pabila nanti
sedang aku cuba menguntai
air mata kau menitik jatuh ke tangan aku
sejurus itu, kau peluk aku
kerna aku hadiahkan sesuatu yang berharga
dalam memori kau dan aku

sekarang, tiap kelapangan waktu
pasti nyanyian tolong ingatkan aku bergema
dan aku tersenyum kerana mendengar suara enak kau
walau kau jauh di rantau sana
kau masih menghargai aku
atas itu, aku menghargai kau dengan sepenuh jiwa
kerana kau terlalu berharga untuk aku

biar orang katakan
yang patah tumbuh yang hilang berganti
prinsip aku, adalah sebaliknya
kau pergi
tapi kau tak pernah berganti dengan sesiapa
hikayat lama yang indah ini
bukti aku sentiasa menyayangi kau
sampai selamanya

[SI|7.01PM|APRIL24,11_myheartwillgoon]

Contengan ini (dengan bantuan lagu myheartwillgoon yang mendayu dayu), aku dedikasikan khas untuk kawan aku. Kawan aku yang pergi tinggalkan aku, merantau ke KISAS. Namanya, AMNI! atau aku satu-satunya yang memanggilnya AMANY. Meni, Iqa sayang Meni! Kalau ada kelapangan, dia akan telefon aku. Rasanya dah terhafal nombor public kisas, haha. XD





2 comments:

Rossarina™ said...

akak pulak yang nak nanges bace puisi Sya Izz. T_T <-- emo.

and oh, selamat jadi warga KISAS untuk Meni. :D

Sya Izz said...

haha, seeeedihh T_______t

and oh, KISAS jht sebab memisahkan sya izz daripada meni XD