Monday, April 25, 2011

Time just seems to fly.


Huuuu, sungguh penat. -_-


Tapi kan, cikgu khemiyya cakap yang berpenat lelah untuk es pi em ini bukan laa teruk sangat. Kalau es pi em dah rasa teruk, universiti nanti lagi laaa. Oh, cikgu =_=" Bila dengar cikgu bercerita, pasal ujian pasal usaha pasal segala benda yang berkaitan buat aku rasa kembali semangat. Yep, aku nak berjaya dengan cara yang diberkati.  Dengan cara aku sendiri, sekiranya diizinkanNya.


Sungguh, hari ini berpuluh kali aku cakap hendak berhenti sekolah. Haha, gila tak gila. Pressure yang terlalu. Tak dapat aku nak ceritakan, macam arghhh. Kau akan rasa macam nak berlari mengelilingi dunia tanpa henti agar kau tak akan sempat untuk memikirkan apa apa. Tekanan benar-benar merosakkan hidup aku. Okey, tekanan apa? Tekanan dengan pelajaran yang membunuh, dengan kerja sekolah yang bertambah berpuluh-puluh kali ganda. Mujur juga aku masih ada putera puteri comel yang mampu buat aku senyum. Ini namanya, kawan selamanya mungkin kawan sampai syurga. Haha. Sayang bebudak 4 Rocks. 


Tekanan yang menekan aku, buat aku jadi seorang yang sangat cepat melenting. Oh, sebenarnya kami yang cepat melenting. Masing-masing pun dah faham dengan tekanan yang dihadapi. Jadi, kalau masing-masing bercakap dengan nada yang tinggi tanpa sengaja, itu adalah kebiasaan dan implikasi akibat tekanan melampau yang singgah ke diri kami bebudak ting empat. Haha. Kerna itu, masing masing tak ambil hati. Dah masak dah. Tapi, jangan lupa mintak maaf atas keterlanjuran bicara setelah itu.

yang kurik itu kundi
yang merah itu saga
yang baik itu budi
yang indah itu bahasa

Ouh, kalau tak siap kerja sekolah itu memang biasa laa kot. Haha. Terpaksa buat muka selamba, dah tak buat... nak buat macam mana lagi. Kadang-kadang, diperamnya kerja sekolah tunggu sampai hujung minggu baru pulun nak buat. Agak agak gila laa T______T. Tapi, dalam ketekanan yang mencurah-curah... agak relaks juga sebenarnya hidup. Sebab, tak ada kelas tambahan siang malam.. tak ada peperiksaan penting. Boleh laa main-main sikit. Tapi, dalam main-main sikit pun memang haru jadinya. Tak boleh langsung main-main langsung. Tapi, faham faham aje laa perangai kami. Kalau tak main-main tu, memang tak sah. :)


Sebenarnya, tak adalah teruk sangat hidup sebagai pelajar ting empat. Bagi aku, pilihan semua kat tangan sendiri kan. Lalui setiap detik dengan sedih. Atau, dengan gembira. Kita yang pilih. Sama ada sedih atau gembira, kita tetap harus melaluinya. Haha. Cakap memang senang. Tapi, harus sentiasa mencuba. Dari hari ke hari, aku cuba hargai apa yang ada kat depan mata aku ini sebagai satu anugerah. Iya, semua ini anugerah dalam kehidupan aku. Kat mana lagi aku nak cari sekolah yang best macam ni (walaupun sekarang aku selalu kutuk kutuk sekolah XD)? Kat mana lagi nak cari cikgu-cikgu yang supportive? Kat mana lagi nak cari kawan-kawan yang buat aku senyum kala aku muram (yang juga buat aku muram di kala aku senyum, :P)?

Aku tak minta semua ini, tapi aku dapat semua ini. Sebab itu, aku mahu hargainya sebaik mungkin. 
Iya, mahu nikmati hidup. Baru hidup jadi best. Pasal tekanan itu, alah bisa tegal biasa. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan hidup sebagai pelajar menengah atas (cool bunyi nya, haha). Sangat bersyukur, atas kurniaanNya ini! Dia kekuatan aku, kerna aku hidup pun atas rahmatNya. Dan, pengubat duka aku adalah mereka; geng 4Rocks sekalian. Princess sayang korang, sampai bulan terbelah dua. 

the years go by and time just seems to fly. but, memories remain.



nota hari ini :

i) Nick pura-pura jadi garang, waktu beri arahan belajar SI. Haha, lepas itu semua gelak. Macam tak caya aje. Nick = muka cute. Buat garang pun geng 4Rocks tak rasa laa, :D

ii) Aku dan Jihah jalan ke luar pagar. Mahu cari air blender. Terserempak dengan PK 1 kat luar pagar, haha... buat buat minta seringgit dengan cikgu. Konon konon nak beli air. Cg Jijo pun hulur, sungguh baik!

iii) Study sorang-sorang kat bilik dadah. COOL.

iv) Cita-cita baru. mahu jadi seorang ****** :) everything under His will, insyaAllah.

lots of love,
SI.

2 comments:

aNuM RadZi said...

bilik dadah? bilik pe tu? haha

Sya Izz said...

haha, tu laa... sape suh lama tk dtg skola? hehe.

bilik pengawas lama, skang dh jd milik kaunselor. so, wat jd bilik psl anti-dadah bla bla bla. yg bilik pngws skang, tukar ke bilik item-ke-apa-nama yg dpn koop itu....