Friday, April 8, 2011
Aspuri yang bernostalgia (rindu)
Bismillah :D,
cikgu cakap makna
nostalgia
adalah kenangan terindah di mana
kita mengharapkannya akan berulang lagi
suatu hari nanti
dan
nostalgia aku sangat bermakna dalam hidup
aku ada nostalgia dengan aspuri
kami ketawa sama sama
kami berduka sama sama
kami merajuk sama sama
kami memujuk sama sama
bila sorang nangis, semua sedih
bila sorang gembira, semua senyum
cikgu yang cakap
kawan itu memang kekuatan kita
sebab, waktu nak exam besar laa
kita dekat dengan kawan
waktu aku duduk di aspuri
dua bulan sebelum exam
sesuatu yang sangat bermakna
study sama sama
tidur sama sama
berkejaran dari tingkat atas asrama
sampai laa ke tingkat bawah sekali
tidur rapat rapat
sebab takut bila cerita hantu
waktu sudah supper
nak naik ke bilik
berlarian di tangga memang jadi adat
takde orang yang nak berdiri belakang sekali
dan takde orang jugak yang nak berdiri kat depan sekali
masing masing mahu jalan di tengah sama sama
kami ramai, tangga tu kecik
penakut punya pasal
kalau ada kelas tambahan
hujung minggu
punya laa malas, lepas subuh terus tidur
bukak mata, dah lewat
semua tergesa-gesa
berlari lari ke kelas
tak sempat makan
cuma sempat gelak aje
ada sekali itu
malam merdeka
kami ramai ramai keluar ke balkoni
tengok bunga api bertebaran di langit
indah kan, cantik sangat
kami makan di lantai
hampar surat khabar banyak banyak
letak makanan, makan sambil cerita
kadang kadang, waktu petang
ramai yang tidur
bilik pun sunyi sepi
suka pergi dekat tempat Cena
baring dekat dia dan cerita cerita
kalau demam, lepas sorang sorang
datang jenguk
paksa makan ubat
kasi makanan
uhuuuu
pernah, Meni bukak kelas menjahit
hehe, dia ada
kain untuk buat jilbab, masih belum berjahit
sebab masing masing kecoh je cari tudung
untuk pakai waktu jamuan raya kat sekolah
maka, dia sanggup jahit jilbab itu
untuk aku pakai nanti
kalau di aspuri, kami suka bermekap
huuuu, ketuk ketuk pintu bilik
'ada celak tak?'
pinjam
conteng conteng muka, lepas itu
berebut ke tandas mahu cuci
teringat, basuh baju sama sama
sambil nyanyi sambil cerita hal sekolah
main buih buih sabun
main jirus jirus air
main sidai sidai baju
kalau pergi tandas, tak boleh pergi sorang sorang
penakut
padahal kat sebelah je
tak tercerita sebenarnya hikayat di aspuri
terlalu indah untuk aku kenang
walaupun dua bulan lebih je aku sempat bersama
sekarang, itu bukan lagi aspuri
dah bertukar hak, untuk aspura
nama bilik pun dah lain
bilik 1 hingga 16 akan jadi memori je
dapat bayangkan, aku tak dapat jejak lagi ke sana
sedih, bila tengok aspura keluar masuk
sebab aku dan mereka pernah ada kenangan di situ
ye, kami pe'rasmi' aspuri baru itu
dan satu satunya geng aspuri yang sempat tinggal di situ
sebelum berpindah milik, bertukar nama
aspura
aku sayang mereka dan kenangan
aku sayang bilik no tiga belas yang
dihuni sepuluh puteri walaupun
dah tak wujud sekarang =_=
aku sayang nostalgia di situ
nota: entry merindu :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
alalala, sweeeeeetnyeeee. :-*
haha, mmg sweeeeet. se sweeeet akak :D
aku rindu giler time tu.. wuuhuuu
Post a Comment