Aduh. Cepatnya, masa itu berlalu. Hehe, pejam celik pejam celik dah nak habis bulan empat. Huuu, tapi aku macam biasa. Sibuk aje, lalala.
Okey. Hari Isnin, waktu malam tuisyen physixz memang tertekan gile laa. Haha, geram geram geram. Apesal susah sangat? Huuu. Bila Selasa, petangnya ada pertandingan kawad kaki. Yeah yeahh. Konon konon tak nak masuk laa kan... akhirnya, hampeh. Masuk jugak. Sampai aku dengan Qilah terpaksa pinjam seluar dengan budak asrama sebab tak buat persediaan apa-apa. Kecoh aje. Yang bestnya, Qilah jadi skuad leader. Super duper cool. Kami, Pandu Puteri (yang ayu-cantik-jelita XD) buat dua platun. Satu leader nya Kak Ainin, satu lagi budak Qilah itu. Dan, aku dapat kedudukan barisan depan sekali... sampai nya hati Qilah suruh aku pergi tukar duduk kat belakang. Haha.
"Please, please. Tak nak jadi hancur ni." Q merayu.
Aku cakap,"Ye la, ye laaa."
Bila tukar berlatih kejap, tetibe macam pengganti aku itu macam gelabah je kan duduk kat hadapan sekali. Qilah pula asyik tanya, siapa yang rasa dia boleh duduk kat depan bla bla bla. Tak henti henti aku angkat tangan. Uhuuuu, maka dengan comelnya Qilah cakap,
"Okay, okay. Tukar laa balik, kita professional lah'
Haha. Masalah dia yang sebenarnya adalah dia tak boleh buat sesuatu yang serius di hadapan aku. Nanti dia tergelak. Sebab itu dia tak nak tengok muka aku depan depan waktu kami kawad nanti. Waktu latihan pun dah berjuta kali tergelak.. Ceh, paham sangat perangai budak itu. Tak boleh orang yang rapat ada dengan dia kalau nak buat sesuatu =_=". Kami kawad, kena giliran yang ke-tiga. Yeahhh. Sebab kami professional, maka semua berjalan dengan lancar walaupun ada jugak nak tergelak kadang kadang tapi tahan je laa kan, haha. Tak nak dituduh pemusnah harapan bangsa XD
Lepas kawad, kiranya waktu masih awal makanya aku dan dia lepak kat bilik dadah berdua. Memang kena 'basuh' tahap super duper laa berkaitan dengan physixz. Huhu, kesian aku. Tapi, suka suka suka. At least, physixz tu tak de laa susah sangat :D Yang malamnya, kami sama sama buat temu janji. Awal-awal sebelum Isya' lagi dah terlelap (tak tahan, letih T_T) bangun tido bangun tido sampai laa pukul satu pagi lebih. Aku kejut si Q itu, kemudian... kami sama-sama study jarak jauh haha (jiran aje) dari pukul dua pagi sampai laa pukul lima lebih. Lepas itu, tido kejap pening pening pening. Heee. Sangat best study awal pagi macam semua mende rasa senang je. Study-study, tak paham tanya through message (nak elakkan mengantuk jugak). Ouh. Memang aku sayang budak Qilah ni. Nasib baik tak tersengguk kat sekolah. Oh yaa, letak kat meja H. Letak kat meja PM. Dan, bagi dekat R. Hadiah, sebab jadi tukang damai untuk kami. (waktu sesi gaduh dahulu kala XD)
Kelmarin, ada oral bi.. punyala gigih bebudak yang nama abjadnya di atas. Haha, aku relaks aje. Abjad S itu lambat lagi mahu disebut haha. Cakap kat nick yang dia jahat, sebab kesian danny al. Tanpa berlengah, terus dia cakap bla bla bla penjelasan konon konon XD haha. Macam macam laa kawan aku sorang ini. Ada jugak exam math mode. Huwaa huwaa, sempat lagi makan lolipop huuu. Petangnya, lepak dengan PqahManaf. Ah, rindu waktu waktu silam hehe.
Dan hari ini hari yang indah. Belajar addmath dengan tahap lucu petala ke sepuluh. Well, cikgu cakap biasa je tapi kami yang asyik tergelak. Belajar SI, adab pergaulan dalam rumah lalala. Sempat lepak kejap kat BK dengan Yana dan Pqoh. QS; pergi maktabah. Buat kerja sendiri. Uhuu, pelajar mana tak happy kalau belajar dengan happy?(sebetulnya, kami belajar +mt & SI je hari ini... so memang patut laa happy. ha'aa, bukan malas tapi kurang rajin je XD) Oh, tapi aku tak lekat lama pun kat maktabah. Lesap ke bilik guru, 'kacau' teacher Salwati. Dekat sejam menuntut ilmu, ahaaaks. Memang pening pening pening aduhai. Lepas itu, terus bergegas ke maktabah. Membebel dan bagi 'hadiah' kat geng f3 and f4. (aku pun kena buat jugak mende tu, huhu) Lepas itu lagi, terus pening pening nak demam rasenya. Waaaaa, penat. Tapi, sangat sukaaaaaaaaa. Suka sebab? Sebab, Allah hadiahkan mereka dalam hidup aku.
Yes. Live your life as there is no time to grieve. Deal with what you have in front of you :D
No comments:
Post a Comment