Saturday, April 2, 2011

Titik Permulaan



Sudah bulan April rupanya. Bulan keempat. Dah tiga bulan berlalu, huuuu. Tiga bulan yang sangat mencabar (untuk aku). Ha'aa. Dengan suasana yang baru, benda yang berubah... pada aku lebih banyak yang tak mengujakan atau istilah sebetulnya sangat menyakitkan. Hati aku pun dah macam tak betul, sekejap macam itu kejap macam ini. Orang kata 'perubahan itu menyakitkan'. Memang, aku tak berubah tapi benda di sekitar aku yang berubah. Aku rasa aku pun dah mula berubah, jadi lebih cengeng. Tapi, sebab ke'cengeng'an aku laa aku rasa aku dapat bangkit lagi walaupun jatuh berkali kali. Aku jatuh, mereka tolong aku bangun. Aku jatuh lagi, mereka tolong aku bangun lagi. Sampai aku dah tak larat untuk jatuh, sebab tak mahu susahkan mereka untuk bangunkan aku lagi.


Iya, tiga bulan aku terikat dengan memori lama. Sikit sikit asyik terkenang, dan tu semua buat perasaan aku jadi makin rapuh. Tapi, sebab kenangan itu juga lah yang menguatkan aku. Kalau aku tak kuat, macam mana aku nak jaga kenangan itu? Huuuuuu. Memang, tiga bulan yang menggilakan aku. XD


Dengan part baru nak memahami 'keluarga baru'
                   masih teringat 'keluarga lama'
                   nak mulakan permulaan baru
                   yang sangat mencabar


Semuanya, jadi baru. Matapelajaran yang dah jadi sebelas, berganda ganda susahnya petala ke lapan. Nak memahami cikgu cikgu menengah atas yang nampak garang tapi rupanya alaaa laaa very supportive. Nak hadapi perpisahan dengan kawan kawan. 


Mula mula, dengan Amni dan Aifaa. Rindu budak kecik itu, rindu budak comel itu! Di ikuti dengan Izt Mhmmd. Rindu daddy ayu. Okey, dia tak tau sebenarnya girls R'10 panggil dia daddy ayu. Macam mana dapat gelaran itu? Cena, penolong kelas aku tu kami panggil mama rock. Jadi, automatiknya... si ketua jadi laa daddy ayu. Haha, sungguh.. bebudak R'10 semua sayang dia. Walaupun dia tu agak menyebalkan kadang kadang tapi dia sangat rock (macam cena). 


Kejar kejar, dari atas sekali sampai laa ke bawah. Sebab, beg pensil.. dan jangka lukis yang jalankan peranan mencucuk cucuk. Ikat tie, pusing situ pusing sini... hampeh. Tak jadi jadi. Dutch Lady, bab mengamok (haha).  Macam macam, zaman tak sedar diri. Anggap diri umur limat tahun kot waktu tu. Sekarang, dah berubah kot. Aku sendiri terpaksa mematangkan diri, sebab takde pun orang nak jadi budak budak untuk main dengan aku (?) XD Dah, yang berlalu tu dah berlalu.


Nostalgia = kenangan yang sangat dirindui, di mana kita mengharapkannya berulang lagi. (BM, Cg Asiah, APD'10)


Kesian, kesian diorang sebab selalu kena ketuk ketuk dan basuh aku. Aku memang tak boleh la, dalam tiga bulan ni memang buat aku rasa jadi pesakit jiwa. Ahaaaaks. Nak survive, susaaaaah. Kekuatan aje yang aku ada. Kekuatan yang mereka salurkan kepada aku, jadi sebab mengapa aku bertahan sungguh sungguh untuk jadikan hari ini lebih baik daripada hari esok. (ayat drama XD) 


Dah lama, dah jarang rasanya aku menulis. Sekarang, aku menulis puisi (konon konon) ketika aku sedih je. Mana ada sekarang puisi aku tentang gembira. Takde, aku tak tulis. Bila aku sedih sikit sikit, aku tak tulis. Aku pendam sampai laa rasa dah nak meletup, baru laa aku dapat tulis. Tulisan, yang dapat melegakan aku. Huuuuu. Aku suka kesusasteraan, aku cinta bahasa!


Sekarang, titik permulaan untuk aku. Yup, tak nak jadi emo (haha) lagi. Nak jadi insan yang kuat, yang bersemangat dan yang ada sesuatu untuk digapai. Iya, dan aku... akan berusaha. Untuk lebih menghargai apa yang ada depan mata aku sekarang, dan meraikan segala memori yang ada :D Aku sayang mereka! :*




p/s : Dah kembali ke tabiat lama! Yes! Semalam, tidur dua pagi semata mata... nak siapkan QS. Macam tak kena, sebab buat QS (tajwid) sambil dengar lagu Semangat Yang Hilang XPDC. something wrong there, haha. Tapi, lagu tu laa penguat semangat aku. Tak ngantuk, sebab bising dengan SMY. Huuuu.

2 comments:

Rossarina™ said...

semoge Sya Izz diberi kekuatan... :) *hug*

Sya Izz said...

Uhuuuuuuuuks. Kakak salah satu daripada sumber kekuatan sya :) *flying kiss*