Saturday, April 30, 2011

Back to the past

*

Main ala ala masak-masak. Buat kerja nakal sikit. Sikit je, tak banyak pun XD. Suatu hari, pada sebelah petang ngeeee... aku berjalan-jalan. Nampak PM dan HM sedang duduk-duduk makan-makan. Ouh, tunggu laa aku. Huuu, kali ini agak lama sikit nak tunggu makanan siap. Maka, isi masa dengan lepak-lepak. Oh, bagus betol. Huuu. Bila dah boring-boring, nampak kicap.. serbuk-apa-nama-entah.. gula.. garam.. sambal.. cuka. Uhuu, biase laa kan. HM dan aku yang jadi gila sikit. Tuang banyak-banyak, lepas itu rasa. Ketawa, sebab rasanya jadi erk erk erk mengharukan betol. Kemudian, tambah lagi... campur semua yang ada kat meja itu. Dan, konon-konon rasa. Sambil gelak. Sambil intai, takut makcik nampak. Naya kena blacklist. Haha. Boring boring. Pergi dekat makcik mau amik makanan.

Kat meja sebelah ada IR dan D. Nampak diorang tengah makan air batu campur. D tengah pegang sudu yang ada ABC, terus aku mendekat dan letak serbuk ajinomoto ke ape. Siap tuang kicap. Cuka. Dah berasap dah D. Main punya main. Last sekali, tetibe air kosong D jadi macam warna air sarsi. Nampak diorang gelak. Ouh, aku pun nak tergelak sama. Sebab, air kicap-campuran-cuka-serbuk-garam-gula. Oh, yang bahan campuran itu aku yang tolong letak. Gelak sama sama. Gila. Kalau makcik nampak? Uhuuu. Yang HM dan PM kat sebelah tingkap dah tergelak. Memang namanya budak budak. Ish. Tapi, cool. Haha, tak pernah di buat orang. Makcik, jangan serik tau ada pelanggan macam kami? Maaf, heee. -_-'

**

Cikgu ada taklimat ringkas (aku sayang khamis, haha). Bila dah siapkan amanahworks untuk hari itu, Ipa ajak aku jalan-jalan. Macam takde kerja. Haha. Jalan jalan. Sampai kat situ. Ah, cantiknya kau. Buat nakal sikit, boleh? Amik (pinjam laa kot) si cantik, pegang, baunya wangi. Pergi tunjuk-tunjuk dalam kelas. Ahaa, girls memang tak leh tengok bunga ke? XD. Lekat dekat plastesin, nak bagi kat siapa eh? Ahaaa, hulur kat dia. Kawan, terharu? Dan, sekolah.. maafkan kami ya? :D

Lupa. English lesson, berdiri sorang-sorang untuk dua masa itu. Huuuu. Siapa suruh tak siapkan amanahworks yang teacher bagi? Erk, i am sorry teacher. Lalala. Tapi, sempat main gurau-gurau dengan Anis. Aku cakap dia sabotaj aku; main cubit cubit laa. Bila dah dekat last, macam hilang fokus. Main lukis-lukis. Selamba-yayaya, walaupun teacher depan mata. Err, perangai yang tak elok Sya Izz. Jangan ulang lagi. Ngeh ngeh ngeh XD Macho je rasa.. at least, orang lain mana ada pengalaman berdiri sorang-sorang dalam kelas sebab kena denda haha.

***

Kemas kemas amanahworks, siap siap dalam beg. Yuhuuu. jom balik kampung. Rindu rindu rindu ahaaa. Malam itu tidur di rumah mama long. Yeahh. Dalam pukul 1 pagi baru lelap rasanya. Malam esoknya, Ijak dah balik. Oh, dari pukul 10 lebih sampai pukul 1 pagi lebih... dera dia ajar aku khemiy. Erk, mata dia pun dah merah... mulut asyik menguap. Lelap siket-siket. Tapi, dia tak boleh tido selagi khemiy aku tak siap. Maka, di ajarnya aku satu-satu jawapan yang soalan itu mahu. Yuhuuu. Siap jugak akhirnya. Big thanks, cousin. Dan dah baca buku I'm single... single unavaible, Remaja harapan, Tariq bin Ziyad. Buku, saya sayang anda banyak-banyak XD. Oh, lupa. Geng sepupu buat kerja agak menggilakan jugak petang itu. Aku, I, Ks dan Ka. Yang Ka dan Ks takde laa gile sangat. Aku dan I je yang haru. Dari E jalan ke MO. Tinjau dan beli-beli. Dah senja, erk sangat sangat senja. Kayuh kayuh kayuh. Dalam lima belas minit, sampai. Tercungap-cungap masa dalam rumah. Terus ke dapur, minum air lepas itu gelak tak henti-henti.

****
Exam pertengahan tahun, nanti 8/5. Ahaaaa, sangat sangat suka bila exam. Sebab? Tak payah study bab baru. Bila tak study, takde amanahworks. Huu, macam jahat je. Lagi seminggu, kalau tak study betol-betol.. berkecai laa impian aku untuk exam kali ini. Oh, no no no. Aku tak akan mengalah. Sekarang, banyak belajar dari keadaan dan orang-orang sekeliling. Macam, best. Rasa macam terbukak mata. Hee. Esok cuti yea yeaa. Alamak, aku pula yang terlebih. Ah, Hari Pekerja itu untuk aku juga. Kerja aku kan belajar. Tapi, bukan laa cuti sangat sebab amanahworks makin banyak yang kena selesai. Ah, ikhlas ikhlas ikhlas laa wahai diri.

*****

Dah habis membebel kat sini. Entah, sekarang ini kalau lama tak menulis blog pun macam okay. Takde laa gian macam dulu-dulu. XD Utamakan yang lebih penting, ngeeee. Blog, kau pun penting. Tapi, aku perlu uruskan benda-benda yang lebih penting dari kau. Maaf. Tapi, kau adalah hikayat kenangan aku. Terima kasih, benarkan aku menconteng untuk meluah rasa (yang entah apa apa). Aku sayang kau, blog :)

Nak study sungguh-sungguh. Nak kejar impian. Nak kejar cita-cita. Nak buat yang terbaik. Nak dapat apa yang aku patut dapat.

amanahworks = kerja sekolah. bila letak 'amanah', nampak macam besar sikit tanggungjawabnya. kalau tak nak buat pun macam bersalah banyak je rasa. haha, amanah kan kena buat. hehe.




lots of love,
the one who love her life
-SI-

No comments: