Thursday, April 7, 2011

Sayangnya aku pada mereka :D

Assalamualaikum, :)


Agak menggembirakan, hari ini. Huuuuu, awal awal pagi lagi dah ke BK dengan Cena.. Dia tolong aku taip senarai nama bla bla dan bla (thanks cena!). Kami tergelak sama sama bila tengok part nama samaran. Haaa, macam macam sungguh. Lepas itu, tergesa gesa masuk ke kelas. Hmm, pergi maktabah rupanya. Okey, sama sama bincang dengan Cena pasal poem bla-bla-bla-Quiet-Eyes. Lepas itu lagi, bergegas ke kelas. Semangat mahu belajar BA! (konon konon, heee) Jawab soalan. Penat penat, minda. Uhuuuu, mula mula tengok kertas tu rasa macam nak makan je mende tu. Uhuuuk, cuba buat dengan Cena, Anis, Pqoh, tanya tanya eheh.. senang je laa. Yeah, baru tahu makna jangan mengalah sebelum berusaha lalalala.


Belajar +mt memang buat kami tergelak. Hehe. Waktu SI, part ber'happy happy'an.. ustaz kesayangan takde. Hehe, so masing masing riuh je laa kat kelas. Pujuk Cena, teman pergi BK sekali lagi... mahu siapkan mende pagi tadi. Rayu punya rayu, Pqoh pun ikut sama. Yeah. Kat sana ada Eme, Faqih, Danny, Nick. Yang E dan F sibuk guna pc. Yang D dan N sibuk berurusan dengan Cg Zimah. Kami masuk, borak borak. Tunggu giliran mahu guna pc. Yuhuuu, Nick dah ada nama baru sekarang; ShinChan. Ahaaks. Cg yang kasi. Ada tu, cg suruh nick fotostat borang dia untuk aku. Bila aku amik, ada nama shinchan terfotostat jugak kat atas. Haha. Okeyh, ada Ayna dan Pqah J. Sementara diorang cakap cakap dengan cg, aku dan Cena guna pc. Sambil berjiwang. Huuu, pasang lagu memori tercipta, my heart will go on versi instrumental yang mendayu dayu (boleh buat pqoh nanges, haha). Aku tulis sesuatu kat note di wallpaper pc. Tunjuk kat nick, dia suruh padam sambil sengih. Ahaa, rasanya tak pernah lagi aku tengok ketua aku tu badmood atau marah marah. Dengan muka yang babyface ala ala chinese, dia seorang yang sangat cute! Memang rekod dia bersih laa, semua orang sayang! Ehh. Apesal citer pasal ketua kesayangan pulak ni (?) U-turn hoho. Aku cakap kena panggil aku princess dulu, baru padam. Dia nak gelak, tersebut P sahaja. Tak sanggup teruskan huruf seterusnya XD. Berkumpul kat cg, tengok vid  itu. Gelak sama-sama. 


Tepat pukul 1.15, waktu QS. N dan D yang skema dengan semangat berkobar-kobar ajak masuk kelas. Haha, konon konon semangat nak belajar ni! Waktu petang, waktu untuk kami tersengguk-sengguk. Aku dengan Cena perhatikan je mereka yang tersengguk atau tertidur, lepas tu kami ketawa. Serius, gelagat masing masing sungguh comel. Macam macam ragam. Aduhai, sayangnya aku pada mereka! Dalam perjalanan ke surau, angin kuat. Entah macam mana tetiba tudung si comel itu ternaik. Jadi macam satu lapisan je laa. Yang satu lapis lagi dah tudung muka dia. Aku dengan Cena ni sambil betulkan sambil tak boleh nak tahan gelak. Lama jugak, dua tiga minit cuba tak jadi jadi. Nak jadi macam mananye, masing masing satu tangan pegang buku satu lagi guna nak baiki tudung tu. Ditambah dengan tak boleh nak tahan gelak (sorry sayang). Kecoh je kat situ, sampai laa Ba dengan Qilah lalu.. diorang yang tolong betulkan. Alhamdulillah. Lepas dah okey, punya laa aku dan Cena ketawa tak henti henti. Haha, dia pulak dah merah muka. Dah laa orangnya memang dah cepat gelabah. Heee, bak kata teacher hari itu 'buat taktau je, benda dah jadi :P'.


Petang itu, tolong geng PRS cantikkan bilik dadah. Erk, kami panggilnya bilik dadah sebab maklumat anti-dadah semua ada dalam tu. Sebelum itu, jalan ke maktabah. Pinjam pinjam, cakap cakap. Tak sangka sebenarnya :) Riuh riuh di bilik dadah, kejar kejar dengan Mirah, main bola tampar dan lawan masukkan bola dalam gol bola jaring dengan Syahirah. Around pukul 6 petang baru pulang hari ini.


A very nice day, indeed.
Dah belajar menyayangi sekolah lagi!
Yeayy yeayyy, sayang semua



No comments: