Thursday, March 31, 2011

the last day of Maaris's memoirs

Hmmm. Rasanya, hari ini agak membahagiakan. :)


Hari ini, ramai cikgu takde dan kami hanya belajar BI dan SI. Yeahh. Waktu Sv pada pagi hari, digunakan untuk pulun homeworks yang tak terbuat. Bebudak (aku je kot) ni memang macam ni, kalau pagi pagi tak siap homeworks.. memang mata akan melekat kat buku laa. Tak kan pandang dah kiri kanan, masa itu kan emas. Orang lain tengah borak, kita tengah pulun homeworks. Huk huk T_______T


Part BI tadi yang lucu. Kami buat summary laa kan. Teacher yang cantik pula pakai jilbab ala ala hijau biru sekali tengok nampak macam pengawas aje. Hehe. Bila teacher duduk di tempat Syatun (membelakangi pintu), tetiba Fifi riuh kat pintu nak hantar gam. Tup tup, terkejut dia tengok teacher ada. Berulang kali dia mintak maaf, tak perasan. Dan, berulang kali jugak budak ini gelak. Haha. Bila aku pergi kat teacher, tanya bla bla.. tetibe Qilah datang kat pintu dan tegur aku. Erk, aku pun macam erk erk, tak tau nak kata apa. Bebudak semua gelak, Qilah tak sempat habes cakap... terus blah. Aiyooo. Teacher macam, lucu! Haha, apesal ramai tak perasan teacher hari ini? Cantik sangat kot. XD


Waktu BA, Nick dengan Ime berkomplot lagi! Tak habes habes diorang. Ustazah takde kan, tetibe diorang masuk dan tulis kat papan putih muka surat latihan BA yang kena buat. Diorang dengan tak bersalahnya, buat muka biasa. Bebudak yang rajin ni, terus bukak buku teks. Aku tak bukak laa pasal tau tau aje laa kan XD Tetibe, riuh je girls jadi tak percaya. Punya laa soal nick macam macam. Diorang macam sengih, ketawa. Entah, ekspresi wajah tak boleh nak jangka. Akhirnya, si Pqah penolong pun gertak diorang. 


'Tak tidur dua malam laa, kalau tipu!'


'Dosa tau tak?'


Bila sebut dosa, diorang pun macam ehh ehhh kejap kejap gelak, kejap kejap senyum. Tapi, diorang cakap jugak hal sebenar akhirnya. Nick tunduk kejap lepas tu dengan selamba-yayaya cakap 'eh, tak jadi. ustazah baru hantar mesej cakap batal' Haha, hampeh punya kawan. Bebudak ni geram laa. Yang lain ketawa aje. Gamat aje kelas tadi. Lepas rehat, waktu addmath. Cg pun takde jugak. Ape lagi, riuh laa kami. Mulut tu bukak, tapi tangan tak lupa menulis :P


Bila SI, macam biasa laa kan. Hari ini, ustaz bagitau pasal hukum syara'. Dalam asyik ustaz mengajar, aku dengan Anis perhatikan Nick tersengguk sengguk. Memang gelak laa kitorang. Bukan sebab apa, tapi sebab comel sangat! Biase laa, muka budak baby face cina kang... Nampak sangat beza, yang boys sebelah kiri ada yang layu layu, tengah hari mengantuk huhu manakala boys belah kanan semua tekun je salin apa yang ustaz tulis. Huk huk. Sempat main ala ala plastesin dengan orang di depan depan. Waktu ustaz tengah menulis, main mende tu. Bunga ros. Love. Hehe. QS, gaduh gaduh mulut dengan Nick. Pasal hukum tajwid yang ustazah suruh buat tu. Punya laa bertekak, lastnya hampeh betol laaa. Ei, nasib laa. Ada sekali tu, my ketua cakap 'Alaa, aku bukan tipu. Gurau je laa. Kan dapat merapatkan hubungan sekelas' Ceh. Pandai, ey. Bertekak siket siket jugak dengan Ime pasal sijil sijil tu. Bukan aku tak nak bagi, saje je nak tengok reaksi dia kalau aku tak nak bagi kat Kak Kirah. Haha, memang laa kan. 'Budi bahasa budaya kita' :D Tadi, waktu ro'is kat luar kelas.. aku panggil 'nick'. Danny rasanya sambung panggil 'syapiq'. Dan, tak ingat siapa yang sambung panggil 'chong'. Jadi laa 'nick syapiq chong'. Husna gelak, mujur tak panggil nama ayah dia jugak. 


Waktu pulang, berlari larian. Pergi ke bilik mu'allimah. Hantar kertas QS. Lepas tu, u-turn ke kelas 2T pulak hantar barang cg Aini. Lepas tu lagi, pergi ke maktabah pula. Hantar pinjam buku budak itu, sambil dengar dia cerita pengalaman dia bahas. Huhu. You dah make the best laa, Sapik. Congrats k madi, k mimi. Tapi, memang lucu laa dengar pasal bahas itu. Sapik siap ajuk lagi, geng lawan buat macam mana. Aku paling suka part ada pantun. Macam best je, haha.


Sebelum pulang, masuk ke bilik pengawas. Diorang tengah berlatih pantun. Huhu, jadi penonton istimewa laa aku dengan Qilah ni. Gelak. Selamat berjaya ey team pantun, Ahad nanti! XD


regards,
the-last-day-of-maaris's memoirs
sya izz and her beloved friends; 4Rock 11
bertekak. gelak. tawa. kawan. kenangan.




p/s : masa, kalau jangan bergerak... boleh? aku rasa, hidup sentiasa memerlukan aku untuk membuat pilihan. dan, kalau pun aku dah terbuat pilihan yang mungkin betul atau mungkin salah... semua ini perlu diteruskan. yeah, teruskan. aku rasa, aku sayang mereka. tak, memang aku sayang mereka. dan, aku akan hargai mereka... meraikan mereka yang ada dalam hidup aku. baru tersedar, aku ada lagi setahun enam bulan untuk meraih kenangan bersama mereka. ye, aku sayang mereka! masa tetap akan berlalu, dan aku mahu terus gembira dengan mereka. kawan kawan yang sangat rock XD



No comments: