Grrr.
Pagi pagi mengadap cermin sambil cakap 'hari ini akan okey, dan best'.
Uhuuuu, senyum senyum senyum.
Makanya, bila dah nak masuk pagar sekolah senyum sebanyak banyaknya lalala tetibe terserempak dengan Nurul. Erk, aku kenal dia waktu aku handle program BADAR yang masa tu belajar amik wudhuk-solat. Aku handle satu kumpulan bebudak form 1 ni, ketika amali wudhuk. So, even program tu dah lama berlalu tapi budak comel itu laa yang akan sentiasa ucapkan 'Assalamu'alaikum kak Iqa' dengan mukanya (?) atau badannya sedikit di tundukkan sebagai tanda hormat. Ouh, aku memang waa waaa sayang laa budak Nurul ini. Masa aku tingkatan 1 pun aku tak pernah bagi salam kat senior HAHA sebab tak kenal sangat lagi maklumlah senior kan suka membuli (pemikiran budak sekolah rendah :P)
Aku sengih. Jalan jalan masuk pagar dengan dia, tetibe dia tanya lagi
'Kak Iqa kenal tak Kak Gra?'
Hurmm. Aku macam baru perasan yang muka Nurul ada iras Kak Gra. Raut wajah yang lembut, dan menenangkan :)
'kenapa?'
'nurul adik kak gra la' dia cakap
tetibe aku berhenti 'adik kak noor fazira azma (kan dah sebut nama penuh haha) form 5 tahun lepas ey?' aku dah buat muka excited dah. Dia pun angguk. Menjerit tengah tengah jalan, 'nape tak cakap awal awal?'
Patut laa rasa tenang je tengok muka Nurul. Saling tak tumpah macam kakaknya. Kak Gra yang baik dan lembut dan supporting dan waa waaaa rindu kak gra T_____________T
Senyum. Senyum. Dan senyum lagi. (semata mata nak memupuk mood yang baik)
Masuk kelas, nampak Pqah dengan Sarah. Dari depan pintu lagi 'Assalamu'alaikum semua, hai kawan kawan' Suara ala ala gedik gedik manja =_="
Mereka senyum. (diorang kasi bersih kelas, rajin rajin)
Lepas tu, mula laa sesi borak borak (of course topik utamanya homeworks), kacau kacau, gurau gurau dan paling best sesi mempamerkan botol air aku yang kecil molek warna pink. Terus semua gelak. (jeles ke ape?)
Yang paling tip topnya lagi, perhimpunan takde yeahh yeaaahhh sebab hujan yang mendamaikan maka.. kami buat laa kerja sekolah yang tak pandai nak buat sorang sorang kat rumah.
Lalala, waktu buat QS.. cakap kat Sena 'kalau masa ting 3, waktu gini laa paling best'
Dia gelak. 'memang pun, mesti tengah tergedik gedik buat kerja sekolah mase ni'
'hafal sarwah, buat Ba je femes masa tu' aku sambung.
Dia buat muka comel. 'ha'aa, mu laa. pepagi baru sibuk nak hafal. haha'
Borak tentang macam macam. Kawan, kalau takde tak berseri seri pula hidup kan. Ooo yeahhh. Ustazah QS check kerja kami hehe ustazah tengok kertas salah satu orang yang jadi wakil. Bila tibe ustazah pergi kumpulan aku.. ustazah cakap 'nak bagi saya tengok yang sape ni?' Diam. Sengih semuanya. Ustazah senyum. 'Nak tengok yang Iqa laa' Erk. Terus tetibe tergedik gedik 'erk, tak nak tak nak. tengok yang Sena laa ustazah'. (okay, aku baru siap dua daripada sebelas muka surat lalala) Ustazah cakap 'tu laa, baru start buat semalam lagipun' Hehe. Senyum. Senyum.
Belajar sejarah sangat best! Bebudak ni suka je tanya macam macam. Selalu je menyimpang jauh bila dah tanya tanya tanya tapi takpe dapat ilmu. Math tadi cikgu mintak 'hutang'. Uhuu, ramai sungguh cikgu mintak 'hutang' hari ini. Haha. Waktu BM pun best. Cg terlupa bawak GLA Renyah tu, lepas tu cg pun tanya siapa volunteer nak pergi amik.. pandang cg, angkat tangan. Haha, maka berlari larian laa aku dan Anis meredah hujan. Sangat best haha. Bila masuk kelas, cg dengan comelnya cakap 'alaa laa, kesiannya anak dara cikgu ni. habis basah kuyup. terima kasih'. Cikgu sangat baik. Sebenarnya, cikgu cikgu aku sangat baik lalala. :D
Bila petang, aku Fasiha dan Bilah jalankan projek. Bincang itu ini bla bla bla, tak kira macam mana mesti settle jugak secepatnya. Ouh. :)
*****
p/s : Sebenarnya kan,
p/s ii : now playing, Semangat yang hilang by XPDC and I can walk on water, I can fly by Basshunter.
p/s iii : menanti nanti duapuluhdua maaris (tak sabar mahu tulis entry sama seperti setahun yang lepas) :P pening pening senanya. uhuuuu.
No comments:
Post a Comment