Hari ini bermula dengan kepala yang pening + serabut, kalau ikut hati memang malas je rase nak pergi sekolah. Uhuuuuuks. Dari rumah lagi, asyik doa dalam hati mintak mintak hujan (tak mau perhimpunan). Memang sungguh sungguh mintak biar perhimpunan takde, huhu. Tapi, hujan masih tak turun turun. Agak kecewa laa, haha. Tapi, tetibe dengar pengumuman yang takde perhimpunan hari ini. Huuuuuuuu, tak sangka. Makanya, masa digunakan sebaik mungkin hihi, siapkan homeworks.
Part yang kecoh, bila tetibe so'ul (KP kami) datang ke kelas. Dia iring budak baru masuk, tapi memang sumpah bebudak ini tak percaya. Ingatkan KP dah salah kelas.. mana tahu nak cari 1R ke sebenarnya, haha. Aku dengan Pqoh laa yang kecoh, tak nak percaya tu budak f4. KP pula buat suasana jadi semakin gamat. Aku rasa, berdebar tahap gile dah budak tu haha. Pqoh siap suruh tunjuk IC, nak tengok betul ke tarikh lahirnya tahun 95. Huhu. Okey laa, kami percaya laa! Sebelum KP keluar, dia siap pesan 'jangan ragging ye.' :P
Dan, rupanya dia adalah ayah aku! Haha, serta adik beradik Nabilah. Hehe, maknanya nama budak tu sama dengan nama ayah aku manakala nama ayah si Aziz tu sama nama dengan ayah Bilah. Jarang kan, orang sekarang nama Abdul Aziz. Hehe. Aku dengan Cena dan Anis, sempat cerita cerita pasal asrama dan kenangan lama. Huuu, kami sangat rindu! Bilik no 13, kesayangan hati sampai bile bile.
Aku keluar kelas awal tadi. Dalam pukul 1.45 dah pergi surau, solat sebelum berangkat ke Jabatan Meteorologi Gong Kedak anjuran kelab tersayang, kelab geografi. Aku, Qilah, Pqah, Ipa dan seorang junior pergi dengan cg Aini. Yang lain pergi dengan Cg Aya, Cg Rose dan Dugong (van sekolah kami :P). Tak jauh, dekat je. Sangat best kat sana. Tengok alat untuk ukur tekanan udara, alat hujan-ape-ape-tu, perakam cahaya matahari (yang bebola ala ala kristal, cantek!) Dengar pegawai kat sana terangkan pasal meteorologi ni. Sangat syok! Sempat lagi aku dengan Qilah main main kat sana, siap berlari berkejaran kat sana haha, sebab takde mende nak buat sementara tunggu muzakkir (presiden) and the gang tanya apa-ntah-kat pegawai tu. Oo yeahh, borak borak. Bincang pasal mende mende yang berkaitan. Huuu, tak sia sia pergi rasanya. Pukul dua setengah petang sampai laa pukul empat lebih. Dapat tengok sistem pencerapan cuaca, pembenihan awan lalalalala. Gambar? Takde. Takde mood nak bawak kamera sebab semalam dah terlebih emo, huhu.
Pengalaman petang tadi, sungguh best! Rasa nak pergi lagi, pegawai pegawai kat sana pun semua mesra aje :D Konklusinya; aktiviti ini dapat menambahkan ilmu serta mengeratkan hubungan antara ahli ahli kelab yang disayangi. Saya sayang kawan kawan! Haha.
No comments:
Post a Comment