Saturday, March 12, 2011

Majlis Kahwen ; Qilah's Che Da

Assalamu'alaikum, selamat malam :)


Apa khabar semua? Hehe. Kelmarin busy, hari ini pun baru je lepas habis busy. Haha. 


Jumaat.


Sibuk menolong. Hee, dalam pukul empat petang tu datang... kena 'tahan' sampai laa pukul 11 lebih. Isk isk, macam macam buat. Hehe, mula mula tu segan jugak tapi alah bisa tegal biasa. Dah buat macam rumah sendiri je. Al maklumlah, jiran kan kan kan. Bila hiris bawang ramai ramai, mula laa menangis ramai ramai. Huhu. Parut mangga muda, gilir gilir dengan Aidil.. sampai kecut tangan tangan. Main suap suap pisang goreng, kat tengah tengah dapur. Konon konon romantik. Sempat lagi bukak foto album dia, wow. Cantek! Nak buat juga nak buat juga. Malamnya, Che Da mekap cantek cantek. Uhuu, pengantin kan. Aku, Qilah dengan ustazah duk kat rumah je. Hehe, siap rasmikan pelamin lagi.. pengantin tak sempat duduk sebab kami yang duduk dulu! Haha XD Balik rumah, Ayah Mat dan Qilah yang hantar. Haha, sumpah cool laa Ayah Mat. :D


Sabtu.


Pagi pagi lagi sudah datang. Ehee, dalam pukul sembilan gitu. Tapi, si pkah datang awal siket daripada aku. Mahu masuk pagar, nampak Ayah Mat lagi. Hehe, masuk masuk. Buat macam rumah sendiri. Pergi dapur, tolong tolong. Cuci pinggan, potong potong, sambil kerja sambil gosip hahaha seronok laa jugak. Urus kenduri ramai ramai kan... :P Dah dekat pukul 12 lebih, baru tukar baju mekap mekap hehe. Tema hijau ye! Lepas tu, turun ke khemah. Jadi gadis pembawa muffin. erk, gadis pembawa goodies beg. Walaupun hujan turun renyai renyai tapi, best. Ramai jugak cikgu sekolah aku yang datang. Hehe, sengih sengih. Ustazah cakap 'semua anak ini, haha' (merujuk kepada kami bertiga: qilah, pkah, aku) Ahaaa, suami Che Chik pula panggil 'Qoh, Qoh, dan Qoh'. Haha, abang ayub pula 'pqah kuasa tiga


Berseloroh dengan Che Lah, kak Tirah. Nama saya 'princess' haha. Tapi, diorang tetap panggil bibik! Haha. Waktu dia datang, jalankan rancangan. Haha, punya laa tulis dan suruh Ayah Mat kasi... macam macam. Lastnya, Aidil yang kasi. Haha. Phewiiit =_= Ayah Mat punya laa geleng geleng kepala, dengan kami. Isk T_______T


Petangnya, Kak Syiekah datang. Wow, dengan Myvi haha. Biase, budak baru habes spm. Serius, rindu dia. Lama jugak borak borak, ajak bergambar. Siap iring lagi waktu Syiekah nak balik. Haha, terus ternaik kereta dia. Dia bawak jalan jalan pusing kawasan ini je. Cool wohaaa. Aku di depan. Qilah dan Pkah di belakang. Oo yeahh, dah dekat pukul 7 baru sampai rumah. Hehe. Bila Che Lah dah nak balik juga petang itu, terus dia cakap 'bye bye princess' haha. aku pun kata 'waw, terharunya! haha' Konon konon berdaulat ni. Kak Syiekah nak muntah kot rasanya. :P Malamnya, takde buat kerja sangat. Lap lap pinggan, susun susun pinggan, borak borak, makan kek lalala. Siap kena 'ceramah' lagi dengan abang ayub pasal pyshics. Ceh, kami tetap pertahankan biology! Haha. Cakap cakap, konon konon ajak dia ke pintu.. dush. Terus aku calit ising kek kat pipi dia. Haha, punya laa menempik budak itu. Biru biru biru :P Buat drama gitu, ahaksss.


Tengok pengantin bukak hadiah gitu, berulang kali abang ayub cakap kalo nak balik tu cakap dan berulang kali jugak aku cakap tunggu kereta kuda dulu. Haha, dalam pukul sepuluh lebih tu baru balik. Penat owh, haha. Salam dengan semua, tetiba rasa sedih pula. Hehe, rase macam keluarga sendiri dah. Huhu, takpe takpe. Balik, dengan abang ayub dan Qilah. Sempat abang ayub cakap 'dah jumpa dah kereta kuda?' Haha, ape laaa. Tak sempat nak cakap bye bye kat Ayah Mat tadi. Haha, suka hati aku je panggil apa yang Qilah panggil kat mak bapak sedara dia. Takpe, mesra alam haha. Jadi, gambar je laa yang jadi kenang kenangan. Ahaaaa, sayang semuanya!





























































S E K I AN :)


7 comments:

Rossarina™ said...

rajennye die, bole buat menantu nih. (erk) :D

Sya Izz said...

haha, nk jd menantu kak ina boleh? XD

alif said...

erk,,.

Sya Izz said...

hehe.

ha_ziem said...

sampai hati..xajok pom,,isk6

pQah_qiLah said...

x ajok ker??? ak ajok blaker laa..... mg tu x mari..

pQah_qiLah said...
This comment has been removed by the author.