Saturday, March 26, 2011
Sesi conteng-conteng kami
Sesi comot-comot bersambung lagi hari ini. Yeaa yeahhh. Cuma, hari ini mula lewat siket laa. Dalam pukul sepuluh gitu laa kot. Sementara tunggu ustazah, aku lepak dulu dengan bebudak aspuri ini kat B.K. Ooo yeahhh. Main main dengan Cena dan Hani. Uhuks. Cakap cakap dengan Hazim yang kat bilik sebelah. Lama sungguh tunggu Alif dan Zahir. Hehe.
Okey, kami sambung yang semalam. Mula mula, ustazah suruh aku yang garis dan buat perkataan tu. Dan, sesedap je Zahir ketawa. Lepas tu, aku cakap aku dan Hani yang mahu mengecat. Terus ustazah suruh dua orang tu yang main garis garis. HAHA, padan muka =_=' Nak mengecat sangat memerlukan kesabaran. Malasnye, nak siapkan satu satu huruf. Hari ini, ramai cikgu yang lalu lalang dan bagi komen sepatah dua kata. Ahaksss. Vandalisme konon konon, hehe. Tengah tekun buat kerja, geng budak aspura pun dah datang. Uhuuu, gamat sungguh suasana. Lalala. Yang si Sapik pula, buat drama kat situ. Ceh. Setiap kali orang lalu lalang nak guna tangga tu, dia akan berdiri kat dinding tu sambil cakap 'letihnya mengecat. cantik tak? bla bla' Macam macam orang yang lalu lalang tu cakap kat dia, haha. Kesian sungguh. Tergelak aku dengan Hani. Bayangkan, kalau empat puluh orang lalu.. empat puluh kali dia ulang dialog sama. Konon konon mahu orang tahu dia yang cat mende tu semua. Padahal, tukang kacau orang je kerjanya :P
Kecoh, kecoh jugak. Part yang kesian sungguh sungguh nya, bila Zahir nak pergi lekatkan rama rama kat dinding.. dia jalan punya jalan tup tup aaaaaaaaaa, tersepak tin cat merah. Haha, tumpah laa ke lantai simen. Aku mampu sebut aaaaaa je, tergamam kot kah kah kah :D Terus angkat tin tu, dan memang merah sungguh sungguh laa simen tu. Macam dah kena simbah cat ah long, :P Maka, jadi tukang cuci laa kami hari ini. Haha. Kecoh sungguh. Amik air dalam baldi, entah berapa baldi air kami guna mahu simbah cat tu. Alif punya kerja pula, memberus cat yang masih ada kesan tu. Hehe, aku Hani Zahir angkut air. Lepas tu, air dalam longkang terus merah. Hoho, kena kerah buang air dalam longkang tu pula. Haha, macam nak tergelak je rasenya. Bertungkus lumus ni main cuci cuci. Aiyaaa. Sebab hammam lelaki je yang dekat kan.. maka, selamba-yayaya je kami guna yang situ. Hak hak hak. Tuang air, tuang minyak, sental kuat kuat.. kasi hilang merah tu. Namun, masih ada laa yang tak berapa tanggal kan... ustazah cakap 'biar laa, takpe dah tu'
Aiyoo, penat wuuu. Main kerja cuci cuci ni, haha. Nampaknya, Zahir dah cipta satu sejarah kat lantai tu. Tiap kali nampak merah kat simen tu, harus ingat Zahir haha :P Aku dengan Zahir balik dengan ustazah. Huuu, pukul 1 petang lebih baru siap.
Bila masuk kereta, Zahir cakap 'kalau tak tumpah cat tu, mesti dah balik awal'
Ustazah senyum lepas tu jawab 'benda dah jadi, nak buat macam mana. Allah nak bagi awak peluang jadi tukang cuci laa tu' Terus ustazah ketawa. Haha. Memang, betul betul jadi tukang cuci hari ini. Dan, projek conteng-conteng pun dah siap. Tak sia sia, dihabiskan dua hari ini. Lalala. Letih, tapi sangat seronok :)
p/s : lepas zahir turun, aku dengan ustazah gelak sama sama bila teringat gelagat dia waktu nak turun tu. comel comel comel haha :P
p/s ii : the best team selama dua hari ini; sya hani alif zahir. dan juga penggamat suasana; hazim fahmy sapik. penceria suasana; geng aspura aspuri & bebudak yang lalu lalang. haha, semuanya.. sayang kalian! Terima kasih untuk kenangan terindah ini; sesi comot-comot, conteng-conteng lalalala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment