Salam sayang semuanya,
Hari ini, ada program Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) kat sekolah. Hoho, entah macam mana aku pun tak ingat program hari ini. Hahaks, cuma tahu apabila pengumuman cakap pelajar tingkatan empat sila ke surau selepas rehat. Hoho. Hanya belajar addmath je hari ini! Dan, khemiyya siket siket. Ehemm, relaks sungguh rasanya. Haha. Waktu pertama, PJ. Hoho, cg km jadi cg ajar siket siket je. Sebab, ramai yang takde dalam kelas. Hurmm.
Sapik pergi debat BM. (macam tak percaya yang itu dia. dapat bayangkan waktu mula mula dia masuk syarahan mtq rasenya yang pertama kali. memang gelak laa, tapi sekarang woww 'macho' hahaha)
Aishah dan Aina, pergi debate BI. Pqah dan Ipa, ikut budak kelas S jadi penonton debat BM. Hajar tak datang sekolah. Memang dapat rasa laa 'kosong'nya kelas. Hehe.
Bila cg pj keluar awal, ye laa tak tau nak buat apa, maka aku pergi merantau ke kelas S. Ada Eizat, Syairah dan Syahirah yang tak ikut. Eizat busy hafal teks pidato. Yang dua lagi tu, study. Aku dengan Cena pun lepak lepak je. Lastnya, aku sorang je yang still lepak. Sambil borak dengan budak bertiga tu. Dengar Eizat berlatih, dengan Sya. Haha, pertama kali juga bercakap cakap dengan dia sebab dia budak baru kan.. Di sebabkan si Eizat tu memang peramah dan baik, haha so selamba je cakap cakap macam dah lama kenal. Padahal, nama pun tengok kat name tag. Lalala. Waktu BI cg tak masuk juga. Aku lepak sampai laa cg addmath masuk. Hihi, dapat jugak markah pertama addmath hari ini! yeahhh XD
Lepas rehat, pergi surau. Perpustakaan bergerak. Kelas. Study, haha. Siapkan addmath, dan sejarah. Sarah tanya 'dah siap ke sej semua?'
aku jawab 'tak laa, just lengkapkan yang "botak" siket siket'
ahaaa, istilah 'botak' untuk jawapan yang tak lengkap. Ahaks.
Sementara tunggu pukul satu lebih, memang waaa mengantok. Hurmm, lepas solat tu aku pergi lib. Sebelum tu, jalan dengan budak ponti. Ouh, debat BM menang lagi hehe dan debate BI cuba lagi. :D budak tu pula, agaknya mula mula dia tak perasan lepas tu 'ey, macam nenek'
cehhh. =_="
Tadi, sorang sorang je kat maktabah. Konon konon nak buat QS tapi takde mood lalalala terus baca surat khabar, majalah al islam bla bla dan bla. Habiskan masa macam tu je, hehe. borak borak siket, tu je laa.
Konklusinya, adalah sangat sukar untuk kami menikmati hari hari seperti hari ini lagi! Hahaha, suka sangat bila tak belajar -_- (hakikat seorang pelajar :])
No comments:
Post a Comment