Saturday, February 4, 2012

Bertahan


:)

Sangat rindu untuk mencoret sesuatu di sini, untuk mencurah cerita di sini, tapi apalah daya :D

Em, Ustaz Ghani dah pindah. Guru kelas kitorang, yang kitorang panggil Papa Ronny :P Hehe, macam tak percaya ustaz pindah. Sebab, hari Rabu elok-elok je belajar Arab dengan ustaz, bergelak tawa segala bagai macam biasa dan tiba-tiba keesokan harinya, ustaz masuk kelas waktu Cikgu Mat Chik tengah mengajar untuk cakap byebye sebab ustaz akan pindah. Omaigod, bebudak ni macam tak percaya. Erk, tak nak percaya sebenarnya. Siap cakap lagi ustaz tipu. Tapi, hakikatnya betul. Ustaz siap bagi lagi cenderahati, letak kat meja guru, dan ustaz pesan agar belajar sungguh-sungguh.

Jumaat lepas, budak hostel tak balik. Pagi tu, ustaz datang sekolah kemas barang. Pergi la ramai-ramai jumpa ustaz kat bilik guru. Apa lagi, drama air mata laaa. Haha, tak tahu kenapa boleh nangis sampai macam tu. :'( Sedih laa. Selama ni best je belajar dengan ustaz, walaupun sentiasa rasa lemah jantung haha berdebar tapi lucu. Ramai yang nangis, taknak ustaz pergi.

Rushdian 2012; ada banyak kenangan dengan ustaz, walaupun belajar sempat sebulan je.

Dengan berdebarnya, dengan berdiri dalam kelas lah, kena itu kena ini alahai kenangan semuanya tu. Kenangan yang manis. Terima kasih, ustaz :D

* * * * * *


Sabtu lepas jugak, pergi ke Karnival Jom Masuk U 2012. Uhuuu, penat sungguh mengutip beg, pen, keychain dan buku nota. Haha, bila bawak balik, dihitung-hitung, ada la dapat berbelas batang pen kot. Uhuu, simpan simpan, buat kenangan. Yang flyers, pamplets tu kita baca lepas SPM okay. Sekarang kita simpan kemas-kemas dalam almari dahulu =)

Malam yang, entah. Alhamdulillah, Allah ada. Kena yakin, Allah ada!

Maka, pagi esoknya jawab peperiksaan Bahasa Melayu dengan tiada persediaan. Aci redah sahaja. Hoho. Memang redah tahap tak ingat laa. Dugaan betul ~

* * * * * *

Isnin demam.

Tak exam, tido di sickbay dari pagi sampai ke tengahari. Bestnya dapat tido, nikmat sangat sangat sangat :)

Petang malam, tak boleh buat apa apa. Diam je, tido. Macam biasa, kena paksa makan ubat. Uhuuuu. Exam SI keesokan harinya pun memang tawakkal yang amat la. Hohoho. Nasib baik exam TOV je =.='

Sihat, setelah sakit adalah nikmat yang sangat sangat sangat sangat perlu disyukuri,
Alhamdulillah =D

* * * * * *


Minggu yang meletihkan sebenarnya, dengan kejadian yang tak diduga, dengan itu dan ini. Kadang-kadang rasa sesak sangat, rasa macam kena lenyek dengan penggelek, rasa nak pergi atas bukit dan menjerit kuat-kuat. Letih; sampai buat soalan matematik, baru nombor dua tapi sudah terlelap untuk setengah jam. Dush. Alahai.

Makanya, hari Khamis adalah hari yang paling syok dan bahagia.

Hari untuk pulang ke baiti jannati.
Untuk melihat, menghabiskan masa dengan kesayangan-kesayangan hati.

Huuuuu, bertahan bertahan bertahan. Tu je cara yang aku boleh pikir sekarang,
dan, buat masa ini,
aku akan bertahan, hingga terdaya.

* * * * * *

Kena kuat, kena kuat dan kena sentiasa kuat.
Kena yakin, kena pikir benda yang betul.


Allah, permudahkanlah :)



pujuk hati, cari semangat, jangan biar jatuh
jangan rebah tak bertempat, jangan campur adukkan emosi dalam segala hal,
kena jadi budak yang professional,

yang tahu untuk berfikir dengan tenang saat keadaan merunsingkan hati

kena jaga hati dan perasaan orang lain jugak
kena ada tutur kata yang hikmah

takpe, takpe
orang tak faham kita takpe
Allah kan ada?
Allah tahu setiap bisikan hati
Allah tahu

tak payah kecewa

tak payah emo

dunia memang tempat untuk berpenat lelah kan?
tempat untuk berperih jerih,
takpe, Allah tahu setiap air mata yang tumpah
Allah akan rawat kesakitan, keperitan, kekecewaan itu
suatu hari nanti, dengan kegembiraan, kebahagiaan

bersangka baik pada semua orang
hablun min Allah, hablun min an nas
biar Allah sayang, dan orang juga sayang

insyaAllah.

Kena kuat!
Hati, jangan mudah lembik. Jangan lembik!
Allah ada, kan?

Ya, Allah ada. Allah ada.
:)


 




3 comments:

syafiqah amanda said...

carila semangat banyaaak banyaaak. zahirkan. bukan tulis saje

your sis said...

ustaz ghani pindoh mano?

Sya Izz said...

pqah- yeah3 ^^

sis- huhu, imtiaaaz