Kena yakin, kena percaya yang everything happens for a reason.
Kena tahu, yang Dia lebih tahu apa yang terbaik.
Dia ada perancangan tersendiri untuk hidup aku, perancangan yang aku mungkin sekarang ini aku masih belum mampu memikirkan hikmahnya. Suatu hari nanti, mungkin aku akan dapat mencari tahu hikmah di sebalik segala yang telah terjadi, yang dirancangkan oleh Dia :)
Kena yakin yang sebenar-benar yakin, Dia tidak akan tinggalkan aku. Dia sentiasa ada untuk aku.
Pahit yang Dia kasi dalam hidup ini, semata-mata untuk memperkuatkan aku.
Manis yang Dia kasi dalam hidup ini, cukuplah untuk aku syukuri nikmatNya.
Dia tahu, segala yang tersembunyi dalam hati aku
Dia tahu, segala apa rasa yang hadir
dan aku percaya, Dia mendengar setiap sesuatu walaupun hanya bisikan perlahan
Have confidence in Allah's plan :)
Wahai diri sendiri,
Bersangka baik lah pada manusia sekeliling ^_^
Be a strong girl! Jangan menyusahkan orang lain. Takpe takpe.
Allah ada.
Allah ada.
Indeed, Allah ada.
Yang paling penting,
untuk dua minggu (bermula sekarang hingga akan datang)
sila jangan cepat emo =.='
Macam lah aku tak kenal engkau,
sekali emosi kau down, semua benda akan turut down juga
Macam lah aku tak tahu yang engkau,
sangat sukar untuk mengawal emosi
sangat payah untuk memprofessionalkan emosi
sebab engkau, sebenarnya sangat fragile
tapi! engkau boleh buat, percaya lah pada diri sendiri :)
cuba ya? Jangan emo, kesian pada diri sendiri
engkau kan mahu jadi go0d girl,
haruslah tidak mudah melatah, tidak cengeng, tidak rapuh
kerna sebenarnya kau masih punya cebisan kekuatan
yeahhh yeahhhh! :D
* Minggu depan, peperiksaan TOV. Omaigod :')
InsyaAllah, cuba yang terbaik, buat yang terbaik! Yang penting, usaha tahap bermati-matian dahulu, baru lah engkau tidak malu untuk bertawakkal. Takpe, takpe, kita naik perlahan-lahan. Jangan sesekali mengalah, semangat harus tetap tinggi!
Kalau tidak boleh berlari, berjalan lah. Kalau tidak boleh berjalan, merangkak lah. Lakukan apa sahaja, agar jangan pernah berhenti daripada terus mengayunkan langkah!
Ingat yaa budak, akan kata-kata ini, "Jika jatuh untuk kali ketujuh, maka bangunlah untuk kali kelapan." :)
PS. Jumpa dua minggu lagi, insyaAllah ~ Moga Allah mempermudahkan segala urusan kami...
salam Dhuha,
go0d-girl-wanna-be
=)
No comments:
Post a Comment