Seminggu yang meletihkan, :D
Ke sekolah seperti biasa namun terasa sedikit kekurangan di dalam kelas, kerana tiada lagi yang bernama Ilman Hakim. Okay, selamat maju jaya di SHAMS wahai kawanku! :) Macam pelik je Ime takde dalam kelas, dia pun sempat minta maaf dengan aku waktu hari Khamis. Terkejut jugak budak-budak perempuan yang lain, bila hari Ahad tu tengok-tengok Ime dah pindah.
Ouh, apaaa ni. Haha, dulu aku paling anti dengan budak ni. Tak payah cakap la, memang tak sebulu dalam kelas tahun lepas. Dah laa asyik gaduh. Tup tup, akhir tahun hari itu, lepas dia cerita-cerita dekat aku, oh baru aku tahu bla bla bla bla bla. Tak gaduh dah, dah 'kawan baik' dah :D
Apa pun, moga bahagia di sana!
Good luck kawan! ^^
Rushdian di sini, akan merinduimu ~
* * * * * *
Berlari-larian ke pagar aspuri, waktu pulang dari sekolah. Sudah tentu dengan gadis tersayang; Husna Munirah. Tak ada orang daaaah, erk ada laa jugak budak-budak perempuan yang lain di sepanjang laluan pulang ke aspuri tuu tapi entah kenapa sungguh riuh bergurau-senda dengan Husna.
Main tarik-tarik tudung (versi manja punya hahaha), bergelak tawa, aduhai hingga ke dewan makan terus berperangai begitu. Hoho, macam budak-budak.
Erk, buat malu kat budak-budak junior je =.=
Takpe, tak kisah, salah satu kenangan yang manis bersama Husna tercinta!
Saya sayang Husna :D
Selalu, cakap dengan Husna yang aku sayang dia.
Dia mesti sengih jeeeee, dan semestinya lepas tu aku akan tanya dia,
"romantik tak aku?" Haha.
Dan dia akan senyuuuuum sambil cakap yang aku ni memang romantik.
Ekeke. =)
* * * * * *
Waktu Matematik Tambahan, cakap dengan Husna, tak mahu mengantuk.. tak mahu mengantuk.
Masa tu cikgu baru masuk, tudung pun dah tak tentu arah, terkelepet tak tentu pasal, tak lipat pun, malas, mengantuk, hoho.. Bila duduk, berpaling ke arah Husna sambil buat muka manja.. suruh Husna yang tolong lipat tudung. Haha, suakan muka tak malu ni dekat dia, dan dia dengan manisnya meng-adjust tudung aku, lipat situ lipat sini. Haa, dah cantik dah, hihihi.
Terima kasih Husna,
Husna yang cantik dan baaaaaaaik.
Allah je la yang tahu betapa sayangnya aku pada Husna! :)
* * * * * *
Tika Bahasa Arab, ada la Ustaz tanya soalan kan.
Huhu, Ustaz jalan-jalan tup tup berhenti kat tempat duduk aku, pergh bila ditanya aku jawab apa entah dan ustaz, biasalah, selalu je acah orang. Grrr, bila kena acah dengan ustaz... punya laa terkejut! Terus palingkan muka, letak dekat bahu Husna, ala-ala nak peluk Husna dah, sambil menjerit sikit-sikit.
Bebudak ni ketawa je.
Erk.
Baru faham perasaan Ipa yang sentiasa kena acah dengan Ustaz. Haha. Kelas ustaz akan buat kitorang rasa lemah jantung hihi tapi dalam masa yang sama, menghiburkan :)
* * * * * *
Hari pertama latihan merentas desa, huuuuu, penat, berlari-larian dengan Cik Bam Bam. Ehehe. Sejak jadi budak hostel ni, jarang dah dapat habiskan masa bersama dia macam tahun lepas...
Di jalan, sama-sama bukak kasut, dan berlari-larian di petang yang nyaman dengan hanya berstokin, erk berkaki ayam laa jugak. Penat laa lari pakai kasut. Haha, sukaaaa perangai laa kitorang ni :D Takpe, takpe, salah satu kenangan yang amat indah ^^
Aku rindu Cik Bam Bam. Hihi, dan aku tahu Cik Bam Bam pun merindukan aku.
Sayang sangat sangat sangat Cik Bam Bam!
Hari kedua latihan merentas desa, masih bersama Cik Bam Bam. Ekeke, seronok dapat gelakkan Cik Bam Bam bila konon-kononnya stamina aku dah lebih daripada dia. Dia pun macam ala-ala surrender dah. Hihi. Cik Bam Bam memang baik, dan Cik Bam Bam juga merupakan seorang guru yang baik.
Ekeke, sungguh la, dia memang tak jemu nak mengajar aku. Huhu, admath, fizik, kimia.. Walaupun aku buat perangai entah apa apa bila belajar, macam benda senang pun aku tak tahu, tak boleh jawab atau tak ingat.. dia dengan baiknya akan ajar aku dan ajar ajar ajar walaupun perkara yang sama.
Aduhai, saya sangat sayang Cik Bam Bam!
Oh, Cik Bam Bam baru dapat nama baru ketika kami merentas desa bersama-sama. Tetiba datang ilham nak tukar gelaran dia dengan nama baru iaitu Bam Bam. Waktu tu kami tengah jalan bawah papan tanda jalan raya TUDM, huhu dengan selamba-yayaya jalan bawah papan tanda tu ala-ala sedang lalu bawah pedang.. military wedding laa konon-konon. Haha, macam macam perangai =.='
Cik Bam Bam, terima kasih!
Cik Bam Bam pun suka aku panggil dia Bam Bam sebab dia cakap, macam cute aje~
=D
* * * * * *
Biologi.
Memang mengantuk sangat-sangat.
Tak tahu nak buat cara apa lagi dah. Tengok jam, ada setengah jam lagi. Erk, memang gila la nak bertahan dengar cikgu ajar apa kalau macam ni. Dush, kenapa mengantuk sangat ni?! Husna pun dah berapa kali gosok belakang aku, tak nak kasi aku tido. Tak payah cakap la berapa kali tersengguk, tak boleh nak kira. Rasa pening dah kepala, sebab asyik tersengguk.
Erk.
Makanya, bangun lah berdiri sorang-sorang dalam makmal tu sambil dengan cikgu mengajar.
Dah tak mengantuk dah :D
Segar sudah mata saya!
Alhamdulillah, yeay yeayyyy :)
Sungguh la best dapat berdiri, ekeke.
* * * * * *
Syariah Islamiah.
Belajar bab perkahwinan.
Waktu di tingkatan empat, Ustazah pernah cakap yang bab perkahwinan ini laaa yang budak-budak tingkatan lima paling suka belajar. Haha, sampaikan tak mahu khatam tajuk ni biar ustazah ajar setiap hari. Apa laaa. Dan hari itu, ustazah ajar kitorang bab perkahwinan.
Kalau kebiasaannya, tengah hari, belajar SI, memang budak-budak ni mengantuk, kadang-kadang tak bagi perhatian sangat ustazah ajar tapi bila belajar bab ni phewwwit tak payah cakap laaa, semuanya segar belaka, tak ada yang mengantuk, tak ada yang tido.
Ada tu, siap ingat muka surat lagi. Bila ustazah masuk kali kedua, terus bukak. Kalau selalu, liat sangat nak keluarkan buku teks dari beg. (aku la tu =P)
Ada yang di sebelah tu, siap lipat lagi muka surat bab tu.
Tersengih-sengih bila orang tu cakap kat aku yang dia siap lipat lagi muka surat tu, sebagai tanda. Senang nak cari bila ustazah masuk nak mengajar. Hahaha XD
Kitorang, siap tak nak bagi ustazah keluar sebab nak belajar lagi. Haha, apaaa ni =.=' Kebetulan, ustazah terpaksa keluar awal sebab ada mesyuarat. Waktu ada pengumuman di buat, nak umumkan ada mesyuarat.. mengeluh kitorang, sebab tak nak kasi ustazah keluar kelas.
Kan? Memang berminat laa sangat bila belajar bab kahwin-kahwin ni.
Hahaha.
Tak habis nak gelak dengan Husna, Pqoh, Ipa. Masing-masing tuduh masing-masing gedik, erk. Biar lah XD
* * * * * *
Hari Merentas Desa.
Hujan renyai-renyai. Uhuuuu.
Sungguh la penat berlari-larian, tak penat sangat pun sebenarnya.
Lari-lari berhenti. Lari-lari berhenti. Sambil berlari-larian tu, borak-borak dengan Hajar, Adieya, Qilah, Eg, Hatimah, Mila dan ramaaaaai lagi. Jumpa je tegur, jumpa je tegur.
Akhirnya, bila dah dekat nak sampai, berjalan je dengan Mila.
Mila; kawan sejak Darjah Satu lagi.
Alahai, rindunya zaman jadi budak-budak kecik! :D
Aku, rumah Usamah (Hijau). Dapat nombor tiga! Huhu, tapi tak apa, Usamah memang selalu nombor tiga/ nombor empat je sejak aku tingkatan satu lagi. Tapi, tak apa lah. Hidup Usamah! Tetap setia dengan Usamah, haha :)
Juara rumah sukan tahun ini, Khalid (kuning). Yeah, memang sangat dijangka ^^ Waktu acara pembahagian hadiah, memang gamat laaa. Terutama, bila Khalid dan Zubair konon-konon tunjuk gah rumah masing-masing. Bila pemenang itu dari rumah mereka, maka akan dikibar-kibarlah bendera mereka. Haha, semua itu mengundang gelak tawa kami.
Sangat riuh, Khalid dan Zubair. Memang kecoh la suasana dengan gaya, telatah si pengibar bendera mereka. Masing-masing sempoi sangat! :)
Oh, Zubair(biru) nombor dua. Nombor empat, Tariq (merah).
Apa pun, terima kasih untuk kenangan merentas desa tahun ini,
yang memenatkan, juga meriangkan!
Sayang SMKANI =)
* * * * * *
Sejarah.
Lepas habis kelas Sejarah, pergi salam dengan cikgu.
Dan, cikgu ucap tahniah kepada aku sebab tak mengantuk dalam kelas hari ini. Hihi.
Yeayyy, sedaya upaya nak bukak mata luas-luas dalam kelas,
biar tak mengantuk dah :)
Minggu ini banyak jugak emo-emo.
Huhu, tapi nasib baiklah ada kawaaaaaaan yang sangat baik. ^^
Dah kongsi-kongsi cerita dengan Cg Zimah. Kongsi-kongsi cerita dengan Cg Faridah. Dah kongsi-kongsi cerita dengan Husna.
Aku sangat sayangkan Husna, Hani, Pqah, Lina, Mira, Irah, Aja, dan semuaaaaaa orang.
Semuanya memberikan aku pelbagai memori, yang cukup manis...
Terima kasih, sebab sudi mendengar.
Terima kasih, sebab sudi meminjamkan masa.
Terima kasih, sebab sudi pinjamkan semangat.
Terima kasih sangat, sebab sudi memberikan kasih sayang :)
PS. Banyak sangat nak cerita, tapi tak tercerita. Bila jadi warga aspuri ni, terpaksa kumpul cerita banyak-banyak, maka tertulis panjang-panjang kat sini. Hehe. :)
No comments:
Post a Comment