Sunday, January 1, 2012

Dear Memories,


Mula merindukan orang di sana :)





Yang hanya seminggu pulang ke rumah.

Tak puas rasanya nak gaduh, nak ketawa, nak cakap dia gemuk, nak geram, nak kacau.. Nak segalanya dengan dia lah.


Pernah satu hari, berkejar-kejaran satu ruang keluarga, semata-mata berebut bebola. Uhuuu, jangan tak tahu.. budak itu makan sungguh banyak. Ye la, dekat universiti tak cukup makan la katakan. 24 jam makan =.='


Oh. Rindu! *ikhlas dari hati*



* * * * * *




Itu pada 251211. Yeahh, ingat nak jumpa Amni dengan Aifaa je. Tup tup, ada jugak budak Hazim, Fifi, Fahmi :)

Terima kasih sudi datang ke rumah aku.

Terima kasih atas ucapan selamat hari lahir, ekeke.

Ada la dalam dua jam lebih diorang singgah. Makan! Dengan nasi airnya, pudingnya, chicken chopnya, alahai sungguh la rindu pada teman-teman satu sekolah.

Takpe, lusa dah sekolah :D









Macam-macam kerenah :)

Terima kasih, untuk kenangan bersama.

Zim, Fifi, Fami, Meni, Efa
25122011. petang.


* * * * * *


Itu Hari Koperasi 2011. Alahai, rindunya! Rindu yang sangat-sangat.
Banyak sangat kenangan bersama teman-teman tersayang :)






* * * * * *


Tidak boleh dilupakan juga, perkhemahan yang paling best di alam persekolahan :D

Setelah bersusah payah dua tiga bulan memeningkan kepala bersama Cik Qilah dan Encik Aaa-K, akhirnya impian menjadi kenyataan. Hihi.


Sungguh lah terbaik, :)





Fakhrullah. Mahfuz. Izzat. Qilah.

Bersama mereka tika berjalan dari jambatan-jambatan gantung yang super tinggi hingga lah kembali ke tempat berkumpul :)


Eh, Khrul gayat tau! Haha. Jadi, memang masak lah dia kena dengan bebudak ni dan abang fasi bila dia keseorangan merentasi jambatan-jambatan gantung itu. Suka hati kitorang je gelakkan dia sambil gerakkan jambatan gantung dari hujung nun jauh di sana. Apa lagi, muka pucat tak berdarah :P


Kenangan ^^



* * * * * *


Hikayat perjalanan bersama kelas 4R dan 4K.

Uhuuu, banyak sangat kenangan dan adalah jugak tragedi. Ekeke.

Ini, namanya kenangan manis :)


Sila salahkan budak lelaki, yang beria-ia mahu menonton perlawanan bola sepak. Sepatutnya budak perempuan balik dahulu tapi menyusahkan pak cik bas pula :)


Jadi, berkeliaran lah kami di pekarangan stadium nasional bukit jalil sementara menunggu perlawanan tamat. Ah, betapa seksanya menunggu. Hihi, tapi sangat seronok. Sampai main duduk di lantai je. Punya la penat tunggu.


Ahaa, baru lah boleh dikatakan kenangan yang sangat bermakna! :D





* * * * * *


Ketika pertandingan roket.

Banyak sangat dugaan cabaran. Haha, yang semestinya bersama teman tersayang; Pqah Jusoh.



 Uhuuu. Berapa kali kena buat payung terjun tuuuu.

Buat itu buat ini.

Tapi, memang seronok sangat!





* * * * * *


Hari Guru. Tak banyak sangat gambar.

Tapi, pagi-pagi lagi dah jadi tukang tulis kad ucapan. Kawan-kawan kasi kertas mereka, dan aku yang tulis ucapan. Masa itu, melepak di bilik dadah :)


Oh, satu sekolah dapat drumstik percuma! XD

Comot habis... ^^




Belon tu, kitorang ingat nak dilepaskan hingga terbang ke awanan semuanya. Rupanya, sekadar naik sahaja tapi diikat oleh tali halus. Oh lupa, belon mahal. Mana boleh kasi lepas macam gitu je. Haha.


* * * * * *


Di UniSZA.

Nik Syafiq. Hazim. Syazwani. Suhada. Syahirah. Husna.


Okey, ketika dalam bas, ketika rehat, memang buku tak lepas dari tangan. Sebab keesokan harinya, peperiksaan fizik dan sejarah. Dush! :)





* * * * * *


Semarak Merdeka.

Budak-budak inilah yang bersungguh mengajak aku. Aku pun, on je laa! Bila lagi kan :)


Sungguh, penatnya berlarian dari sekolah seri nering hingga jerteh. Uhuuuu.

Tapi, kepenatan tidak terasa lantara ada mereka; Husna, Hani, Nadia.

:)





* * * * * *


Hari Raya di Sekolah.

Berkumpul di BK, tengok cerita r
amai-ramai. Dah macam pawagam dah. Haha. 
Seronok sangat, bila dapat habiskan masa bersama kesayangan-kesayangn hati. Ekeke.


Oh raya kali ni, ramai perempuan cantik memilih merah jambu :)




* * * * * *


Contengan di perhimpunan. Waktu majlis BPS rasanya. Uhuuu, sungguh lama. Kitorang pun dah tak tahu nak buat apa. Haha, bagus lah. Orang bawak buku nota, suruh tulis baca apa yang berhikmah. Ni main conteng-conteng dengan mereka :P

Takpe la, sekali sekala. Nasib la, siapa suruh perhimpunan tu lama sangat? :D


Bebudak ni pakat-pakat conteng. Dengan gembira. Dengan gelak tawa. Untuk memori ^^







* * * * * *


Oh! Aku rindu tempat duduk aku, aku rindu mahu duduk bertiga bersama Husna dan Anis.
Aku rindu nak rasa membebel keseorangan (atau membebel dengan Anis) sebab menyalahkan budak-budak lelaki di hadapan kitorang yang tinggi-tinggi belaka sehingga menyebabkan kami sukar melihat papan putih.


Rindu lah rasanya, mahu menulis sambil berdiri sorang-sorang. Tanda protes sebenarnya, sebab bila duduk aku hanya nampak songkok-songkok hitam. Hehe.


Aku rindu sangat, rindu kelas kesayangan. :)


Selalu je kitorang bertiga tersesat masuk jadi kumpulan bersama sang-sang teruna. Haha, nak buat macam mana. Dah kitorang bertiga je yang terduduk di belakang mereka :D





* * * * * *


Aku rindu meja aku! :)

Meja yang paling meriah rasanya di dalam kelas.

Meja yang sungguh berjasa.


Yang sering menjadi tempat aku selalu melentokkan kepala, haha selalu sangat tido dalam kelas. Terutama waktu Sejarah. Uhuu, entah berapa kali kena sound ~ Tapi itulah, mengantuk! :D


Rindu la, dekat kakak pengawas F6, yang selalu ronda kelas, tanya bawak Quran ke tak.

Haha, aku ni jenis datang lambat ke sekolah... Quran pun kadang-kadang je bawak, sebab selalunya bila aku masuk dalam kelas.. mesti dah habis dah orang mengaji. Hehe, satu geng dengan Ipa :P


Tapi, lepas kakak tu dah tak ronda kelas aku, aku dah selalu bawak :) Dah insaf, hehe. Ada satu hari, terjumpa kakak tu. Lepas tu cakap dekat dia, yang aku hari-hari bawak Quran pergi sekolah ^^


Kakak tu senyum dengan comel, manisnya ~





* * * * * *


2011

Banyak sangat kenangan aku yang terpahat.

Banyak sangat, tidak kira manis atau pahit; tetap meninggalkan kesan buat diri aku.

Hehehe, tak payah cakap la. Awal-awal tahun, memang aku jadi agak tidak betul. Haha, masa tu aku sentiasa cakap, cepat la tahun ini berlalu. Tak tahan! Macam-macam yang jadi, macam-macam yang berlaku. Sampai satu saat, aku jadi orang yang sangat cengeng. Sikit-sikit nak menangis. Itu nak menangis. Ini nak menangis. Atau, terlebih sensitif. Silap sikit jadi macam itu. Silap sikit jadi macam ini.

Sungguh, aku sangat tidak suka diri aku pada waktu itu. Aku jugak berjaya tidak bercakap sebagaimana banyaknya aku bercakap waktu aku di tingkatan tiga. Huuu, tingkatan tiga tak payah cakap la sebab kalau tak banyak cakap memang bukan aku la namanya =.='


Aku jatuh. Iye, aku sangat perlukan masa waktu itu. Aku rasa macam, segalanya serba tak kena. Tapi, itulah..  ayat yang aku guna untuk pujuk diri sendiri adalah times heal. :) Semestinya, masa itu benar-benar menyembuhkan. Perlahan-lahan, aku mula nampak rentak hidup aku.


Dan alhamdulillah, ternyata apa yang berlaku selama ini benar-benar memberi secebis kekuatan kepada aku. Bila dah lama, baru nampak hikmahnya, baru nampak kebaikannya :D


Kekecewaan mengajar aku untuk bangun dengan harapan.

Kegagalan mendidik aku untuk bangkit dengan semangat.
Kesakitan, yang sebenarnya akan memberi aku kekuatan pada akhirnya.

Itu lah, banyak yang terjadi, untuk mengajar aku erti hidup.

Dan membuatkan aku mengerti, tentang 'pelangi selepas hujan' ^^

Tahun ini, walaupun perangai masih lagi budak-budak, tapi tidaklah terlalu kebudak-budakan tika di tingkatan tiga. Dah lebih matang dah :)


Ehem, ada jugak gaduh-gaduh dengan kawan baik. Haha, berapa hari tak bertegur sapa. Uhuu, sangat lah resah perasaan. Hanya Allah yang tahu. Hihi. Tapi, alhamdulillah... akhirnya okey jugak. Terima kasih untuk budak tiga orang yang bersusah payah mendengar luahan hati masing-masing, sambil memberi nasihat kepada kami berdua. Haha, serius rasa nak gelak la bila difikir-fikirkan lagi. Tak sangka kitorang boleh bergaduh sampai macam tu sekali. Alah, budak-budak :D


Tertekan. Tak boleh nak diceritakan betapa banyaknya tekanan tahun ini.

Tapi, sebenarnya semua ini yang mengajar dan memberi aku sesuatu.
Sesuatu yang boleh menjadikan aku masih berdiri pada hari ini.

Di sebalik tekanan, dugaan dan cabaran semestinya ada juga kegembiraan, keseronakan yang terselit. Alahai, masam manis kehidupan.


Berada bersama-sama teman tersayang, adalah sesuatu yang mengujakan.


Tapi sungguh, pabila terselit kesedihan pastinya kebahagiaan juga ada. Itulah, semuanya ada hikmah. Kerana, inilah kehidupan! ^^



* * * * * *


2012

Mari kita sambut tahun baru dengan salah seorang perempuan kesayangan hati :)


Uhuuu, sangat lah menjadi kenangan.

Haha.

Rasa macam nak gelak, :)
Terima kasih, untuk memori tahun baru yang cukup manis.




Aku harap tahun 2012 akan lebih mengajar aku erti hidup,
serta semoga aku dapat menjadi orang yang lebih baik,

selamat datang tahun 2012, untuk masa hadapan yang pastinya akan penuh suka dan duka,

juga,
terima kasih Allah, dan selamat menjadi kenangan wahai tahun 2011 yang telah banyak mengizinkan aku menyimpan pelbagai memori terindah :)



PS. Tahun terakhir sekolah. Tingkatan 5. Allah, permudahkanlah segalanya untukku, dan untuk kami :) Jom, kita meng-excited-kan diri sendiri melangkah ke sekolah. 


Bismillahirrahmanirrahim 

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful :D



budak hostel,
Sya Izz

No comments: