Okay, ini catatan untuk Program Selangkah Ke Universiti, 20111015;07152115~UniSZA.
Kesayangan-kesayangan hati; Nick, Ziem, Madieyy, Eyrah, Ada, Wani, Pqah. :)
Okey, Hari Sabtu. Esoknya, Ahad.. ada exam Fizik 2 dan Sej 2. Fuh, terpaksa laa kan bawak buku huhu. Pergi dengan Bas Sekolah Wataniah. Tapi, dalam tu bebudak daripada pelbagai jenis sekolah ada. Heeee. Bertolak pukul 0715 dari pejabat agama. Aku duduk dengan Wani, di sebelah kanan.. ada Madieyy dan Pqah. Kami duduk di seat kedua last. Di belakang aku, boys kuala besut rasanya entah-tak-tahu-nama laa dan di sebelah diorang ada Nick dan Ziem.
Memang bukak buku laa dalam perjalanan pergi tu. Alahai, boys kat belakang tu pula riuh semacam je. Kitorang main sindir-sindir je laa. Nak sindir banyak-banyak pun, bukan kenal sangat dengan diorang. Tapi, kadang-kadang diorang ni lucu je. Haha, bukan kadang-kadang tapi memang lucu kot. Kami jugak laa yang serabut, ya laa.. tak habis-habis kacau kitorang. =P
Sampai kat unisza, okay kitorang last sampai kot. Budak daerah lain semua dah memenuhi dewan kuliah. Yeah yeah, kami pergi duduk kerusi baris atas, hehe best! Amik mood pelajar U. Waawawa. Program bermula dengan motivasi. Motivasi; macam biasa laa kan. Erm, tepukan untuk Eyrah yang berada ke depan.. untuk cakap apa matlamat dia. Lepas tu, semua doakan agar dia berjaya mencapai matlamat dia. Aminn! :D
Lepas cakap-cakap, kami dibahagikan kepada kumpulan. Aku; kumpulan 14. Fasi kami, Kak Athira Husna. Comel! ^^ Kami gabung dengan kumpulan 13,14 dan 15 dan dibawa melawat hostel. Yeah yeah, cantik! Macam best je duduk universiti. Erk, sekolah tetap di hati! Haha. Penat wuuuu jalan, jauuuuuuuuuh. Okey, jumpa dengan kawan-kawan baru. Ada FaraHusna, Nazirah alahai comel-comel belaka.
LDK. Kumpulan 14. Jumpa kawan-kawan baru lagiii. Ada Ain, Erina, Athira dan ramai lagi. Diorang ni mesra-mesra aje. Mula-mula kitorang senyap je dalam bilik tu. Haha, sampai Kak Thira cakap yang kitorang ni boring laa XD Nak buat macam mana lagi, :) Rehat, makan tengah hari. Aku dan bebudak ni duduk depan pintu dewan kuliah. Tiap kali orang bukak pintu-masuk-keluar mesti kitorang tertunggu-tunggu, fuh, sebab sejuk! Haha. Lepas tu, aku dan Madieyy akan gelak sama-sama macam orang tak cukup ubat hihi.
Sesi GG. (GilaGambar) Hahaha. Amik peluang; untuk jadikan memori terindah. Gambar situ, gambar sini. Hailaa, sikit sikit gelak sikit sikit gelak. Indahnya ada kawan-kawan macam korang kan? :D Pergi buat SDK. Kumpulan 13 14 15 dan buat pembentangan pasal nilai-nilai negatif dan positif. Haishhhh. Seronok seronok seronok, sambil dengar-dengar nasihat daripada Kak Lateefah. Dia sangat comel dengan tudung labuhnya itu.
Lepas tu, pergi dewan kuliah lagi untuk Sesi Kaunseling. Ujian Diagnostik diri ke apa. Tak ingat dah. Tanda-tanda-tanda-tanda dan okay... aku ini individu yang S, A, I. Sosial, Artistik dan Investigatif. Betul laa kot part S dan A tu lalalala. =)
Dalam pukul 5 gitu, baru mula Perasmian Penutup. Hui, penat sangat dah masa tu. Orang duk bercakap kat bawah, kitorang dengar sambil baca buku kat atas. Erk, dengar laa jugak. Rasa nak tido rasa nak tido je masa tu. Ehehe, sesi bergambar dan minum petang. Dalam pukul 6 lebih baru bertolak pulang. Waktu nak pergi naik bas, jalan sekali dengan bebudak ni. Eyrah letak kuih Akok dalam cawan. Dia kasi ke Ziem. Lepas tu, Nick cakap nak jugak. Terus dia ambil dari dalam cawan Eyrah tu lepas makan selamba je. Haha, tergelak kitorang tengok... Eyrah lagi la, siap menjerit lagi, "Nick.. Akok aku!" Kitorang gelak je laaaa. :D
Dalam bas, dah gelap.. tapi, tetap bukak buku. Discuss dengan bebudak ni. Haha, terima kasih laa orang belakang... tolong suluh kertas kami dengan lampu telefon bimbit dia. Ceh, dah laa main sindir-sindir. Erk, aku apa lagi.. terus bukak lampu telefon aku. Haha, ingat diorang je ada? =P
Memang riuh laa dalam bas tu. Macam-macam gelagat bebudak ni. Haih, main main baca buku. Main-main telefon. Main-main nyanyi. Main-main gaduh. Main-main makan kuih. Main-main cakap. Dan, Nick.. yang asyik tanya Akok takde ke? Haha, oh.. Nick suka Akok ye? Wahaha. Konklusinya, memang seronok berdampingan dengan bebudak ni =)
Diorang sangat bising. Hui hui hui, tapi melucukan laa gelagat diorang. Dah malam, berhenti solat kat Penarik. Makan, tapi aku tak makan pun. Pening! Dalam bas, tak boleh bukak buku dah. Pejam mata, peluk beg dan tido. Untuk pertama kalinya, cakap baik-baik dengan orang belakang agar tidak bersuara. Haha, terima kasih :) Diorang pun senyap je walau masih ada bunyi lagi. Tapi, takpe lah. Terima kasih sebab dengar kata, walau aku tak tahu pun nama korang. Hihi. Nick dengan Ziem, siap tido kat belakang lagi.. tilam untuk pemandu tu. Ceh, tak aci tak aci.
Dan, perjalanan berakhir pada pukul 2115. Yeah yeah, perjalanan yang manis sesungguhnya. Terima kasih, untuk kenangan itu! =D
Sekian, untuk hari yang sangat dirindui :D
No comments:
Post a Comment