Huuuu, malam yang teruk semalam :(
Hari ini? Alhamdulillah. Heeee. Hari ini bising je kelas, waktu QS ustazah takde... makanya, kami buat sesi undi-undi untuk warna baju kelas. Haha, punya laa riuh kelas. Hailaaa. Macam-macam warna. Bila masuk warna merah jambu dan hitam, aku dengan Nick je yang dengan yakinnya angkat tangan! Haha, sehati sejiwa konon-konon. Ceh.
Majoriti mahu ungu hitam. Wuuuuu. Yang kesiannya, Sapik tu laa. Tak habis-habis dengan oren hitam. Dia yang jadi pengendali majlis haha siap dengan kata-kata 'bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat'. Tapi, bila bebudak ni takde pun nak warna oren hitam... dia duk pujuk-pujuk jugak. Ala ala kasi ceramah gitu bla bla bla. Bebudak ni layan je laa.
Yang aku sangat ingat, bila Sapik cakap.. "tengok kat bendera M'sia tu, mana ada warna purple.." Huu, semua mata berpaling ke belakang, tempat kami lekatkan bendera M'sia yang gergasi tu.
Bendera semarak merdeka :D
Heee, siapa entah cakap yang warna oren pun mana ada! Habis pakat gelak. Haaa, Sapik cakap lagi.. "kuning campur biru kan oren? haaa.."
Gelak lagi.
Zakwan tanpa diduganya tetibe cakap, "doh biru campur merah jadi ungu jugak.."
Erk. Asyik gelak je kitorang bila Sapik tak habis-habis dengan semangat orennya. Dia cakap purple tak popular. Takde pun warna purple dalam kelas ni bla bla bla. Nick sebagai ketua kelas dengan comelnya menjerit, "hok takde tu laa kite kena adekan! :P "
Yeahhh. Gelak gelak lagi. Ops, ustazah BA masuk. Maka berakhirlah kisah main undi-undi kami. Haihhh. Macam-macam ragam sungguh bebudak ni. Alahai, sayang mereka :D
2 comments:
Hahax funny lah ur class
mmg funny p0n situation bena ye ~ haha.
Post a Comment