Thursday, October 20, 2011

3 Coklat


Fuh.

Lega. Lega. Lega. Haha. Minggu depan tak ada peperiksaan. Sambung nanti minggu depan lagi sekali. Ahaa, tu yang seronok tu. ^^ Takpe takpe, sabar sabar. Sikit je lagi, sikit je lagi.

Erk, memang penat. Hari ini, peperiksaan Addmath. Rehat sejam je, antara K1 dan K2. Tak turun makan, tak pergi beli apa-apa. Sibuk berbincang dengan bebudak ni. Hai, bebudak ni pun tak turun rehat dah sejak larut dalam demam peperiksaan ni. Dan hari ini, aku cuma minum air dan makan coklat 3 biji. Huishh, lapaaaaaaar. Nasib baik waktu tengah jawab soalan, satu demi satu coklat melantun atas meja aku. Ahaa, Ipa lempar. Waahaha.

Ipa duduk sebelah aku je. Kitorang selalu je main lempar-lempar coklat. Cikgu tak marah pun, :) Nasib baik laa Ipa kasi coklat-coklat tu. Kalau tak, mahu pengsan rasanya :(

Makan tak tentu, tidur tak tentu, alahai.. penatnya!

Tension, tension. Tapi, seronok jugak kot. Tak payah buat homework. Hihi. :D

Okay, okay. Pernah jadi burung hantu. Tengah-tengah baca buku, tup tup tertidur. Bangun tengah-tengah malam, menghadap buku sampai pagi. Tido pun setengah jam je. Erk, macam mana laa tak penat? =_="

Tadi, pukul 2 petang.. kena jawab kertas PJK. Wah, aku tak bukak kertas soalan pun. Terus bulat bulat bulat jawapan kat kertas jawapan dan hantar. Malas, malas nak tengok soalan dan malas mahu pilih jawapan. Haha. Lepas aku hantar, siap tolong Ipa bulat bulat bulat kertas jawapan dia aci redah je. Tadi, Cg K cakap yang Thirah skema. Sebab? Dia aje yang bukak soalan dan jawab :) Aish aish, kitorang back up Thirah! Haha.

Macam-macam laa jadi sepanjang minggu peperiksaan ini. Erk erk, rasa macam nak pengsan je. Haha, :D

Entah, tak tahu nak cerita apa lagi dah. Cuma, rasa rindu sangat nak tulis panjang-panjang. Nak cerita panjang-panjang. Nak jadi orang yang jiwang since aku dah kaku nak berbahasa ~ Haha, otak jammed ^^








No comments: