Tuesday, May 17, 2011
16 Mei, dan gimik.
16 Mei.
Selamat Hari Guru, Malaysia! Hmmmm. Hari guru kali ini, best bagi aku. Cuma, macam kosong aje rase. Haha. Entah. Yang pasti, sambutannya memang tahap super duper best. Tapi, entah kenapa aku asyik rasa tahun lepas lagi best? Huhu. Pedulikan. Meh nak cite. Petang kelmarinnya, sebelum aku nak balik... sempat si Nije merayu-rayu tolong balut-balut hadiah dia. Hui, aku ingat kan satu aje. Itu yang nak tolong, tapi rupa-rupanya dua plastik beg besar dia kasi kat aku. Nah, amik ko. --' Kawan kan, tolong laa jugak. Sampai pukul 2 pagi bersengkang mata. Nak bungkus hadiah dia lagi, hadiah aku lagi. Hailaa. Hari ini, pagi-pagi dah sumbat hadiah-hadiah dalam bilik dadah. Tak kuasa aku nak angkut sampai ke blok hujung tingkat atas sekali (blok kami). Hihi. Beg pun main letak dekat situ je. Tak sempat nak naik kelas pun, erk memang aku tak jejak kaki ke kelas hari ini. Hihi. Pergi perhimpunan, gamat aje.
Kami semua kena duduk, saling menghadap laki dan pompuan. Macam mana eh, sekolah aku kan bila perhimpunan... pompuan duduk belakang. Sekarang, lelaki yang kena pusing belakang supaya ruang tengah tu jadi kosong. Yang aku nak gelaknya, laki form 1,2,3 steady aje tak de masalah... tapi, bila pergi part laki menengah atas semua macam malu-malu. Sampai KP paksa duduk, baru ikut. Alah, entah ape-ape diorang. Maka, pasukan kompang bersedia nak iring cikgu start dari surau. Okey, kompang bunyi.. cikgu berarak. Hui hui, aku suka dengar bunyi kompang. Haha, tambah-tambah ada Famy. Macho giler laa dia berkompang. Oopss! XD
Kemudian, ada persembahan silat daripada abang form 6 dua orang. Sorang aku tak tau nama, sorang lagi namanya Openg. Haha, tak sure nama betul dia apa tak for sure memang Openg laa. Oh, mungkin aku yang buta silat sebab aku dengan Cena asyik gelak aje tengok diorang. Selamba-yayaya aje aku cakap macam tengah menari tarian kebudayaan aje. Yang abang berdua itu, aku tahu diorang tengah tahan gelak. Huhu. Mana tak malunya, kena buat persembahan depan kitorang. Cikgu-cikgu pula macam meriah terlebih hari ini. Ustaz Azmy, Cikgu Man.. memang buat kami gelak tak henti-henti!
Lepas itu, macam biasa laa. Dengar cikgu-cikgu cakap perutusan bla bla bla. Yang paling aku suka, bila KP bercakap. Haha, gile rasa nak gelak aje kitorang. Memang berpantun habis-habisan laa. Pertama kali aku dengar KP buat ucapan yang sempoi macam ini. Kalau KP tahun-tahun lepas, macam skema.. sebab entah.. ayat panjang-baca-bulat-bulat-dari-teks. Hihi. Gimik seterusnya, belon rama-rama. Banyaaaaak. Banner disangkut di situ. Untuk perasmian nanti. Ala-ala terbang laa ni. Tapi, tak terbang jauh pun.. sebab dah ikat dengan tali halus. Hehe, gile ke nak lepaskan belon banyak-banyak macam tu. Dah laa, mahal. Tapi, yang buat aku dengan Cena gelak bila belon itu asyik nak jatuh aje. Geng yang handle pun terpaksa macam main wau sebab tarik-tarik tali. Hihi. Yang kami pulak tak henti-henti kutuk kekonon gimik tak jadi. Sorry, haha. Tahun lepas pun sama, waktu potong tali banner.. banner tak sempat terbukak pun tapi terus jatuh. Hehe. Yang tahun ini, okey laa. Iye laa, banner itu berat kan. Kui kui kui. Tapi, memang menceriakan laa! :D
Dah siap semua, masuk kelas atau pergi laa merayau-rayau walau ke hujung dunia sekalipun. Aku, still kat bilik dadah. Nak siapkan kad-kad aku tu. Si Sapik, suruh aku tolong tulis kad untuk dilekatkan kat hadiah. Hazim pun sama. Aiyaa yaa, memang aku jadi pembantu untuk mencantikkan hadiah ye tahun ini? Hailaaa. Takpe laa, demi cikgu. Heee. Tengok cikgu main lempar belon air. Bila belon pecah, terpercik kat tudung aku. Tapi, air tak hilang. Jadi mengeras macam kena gam gitu. Hai, rosak laa tudung aku. Terpaksa basuh dengan air yang banyak, kasi lembut siket. Itu yang ramai tegur tudung aku, haha, macam rebel aje. Dan, kami satu sekolah dibelanja aishkrim. Macam best! Lagi laa rosak tudung, hui hui. Siapa suruh makan macam budak kecik? Comot-comot. Aku dapat dua, sebab cg normah kasi satu lagi. Nyum nyum.
Sesi hari ini juga dihabiskan dengan pusing-pusing sekolah cari cikgu nak hulur hadiah. Heee. Penat. Letih. Kat sekolah jugak macam-macam jadi. Petangnya, tertidur dulu dalam bilik dadah. Tak larat nak bukak mata dah. Mengantuk punya pasal, tak pasal-pasal waktu tutup pintu bilik dadah.. terkepit lengan aku! Sebab aku tolak dengan lengan aje. Ha'aa, pintu bilik dadah memang gile siket. Hati-hati tau. Padan muka aku, pagi tadi seronok aje gelak kat Sapik pasal tapak tangan dia terkepit waktu aku suruh tutup pintu itu kemas-kemas. Nah, sekarang aku yang kena. Nasib, :)
Begitulah, kisah 16 Mei. Nak tahu tak, waktu sekolah rendah aku selalu hairan bila kakak aku cakap cikgu sekolah menengah hadiahnya sikit aje berbanding cikgu sekolah rendah (?) Mana taknya, mak ayah aku setiap tahun bawak balik hadiah seguni sorang satu. Memang kenduri hadiah laa. Dan, sekarang baru aku faham senario ini. Sebab, aku dah pun mengalaminya. Mungkin sebab kami dah matang, jadi.. bagi kami hadiah bukan satu-satunya cara untuk membalas jasa-jasa guru. Mungkin. Tapi, mesti cikgu terharu kan kalau dapat hadiah daripada kita? Sebab aku tak sempat nak beli banyak-banyak hadiah, maka aku tulis kad aje.
Orang putih kata, "What comes from the heart, touches the heart." Kan? XD
* * * * * *
Banyak gambar mahu lekat kat sini, tertangguh.
Gambar tahun lepas (pulau, raya). Gambar baru-baru ini.
Birthday party Ayna, Anugerah Kecemerlangan 2011, Sambutan Hari Guru.
Nanti-nanti lah ye, tak sempat lagi laaa.
Oh, doakan aku untuk exam admet esok. Hui, berdebar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
seronoknye sambut hari guru. rindu pulak. :') kalau tade cegu, siape lah kite kan.
a'aa.. lupa plak.. kat JUST dah tak sambut teACHER'S DAY.. huk3.
Post a Comment