Monday, May 30, 2011

The Book of Tomorrow


Jadi anak tunggal sekejap kat rumah.

Atin dan Farah kat rumah C'Ma.
Adam, Adib, Sarah kat rumah C'Ha.

Aku aje yang masih tak berubah-ubah perangai; homesick.

Tapi, aku istilah kan homesick ni sebagai homelove. Bukan ape, sepupu-sepupu aku mesti ajak-ajak ayam tido kat rumah mereka sebab mereka tahu aku akan geleng kepala. Ahaaa. Macam mana laa aku boleh terlepas ke hotel ittifaq lepas tu bertapa dua bulan setengah kat bilik no 13. Haha. Serius, itu pengalaman yang sungguh indah. Sampai aku terfikir, kenapa budak-budak aspuri laen siap nangis-nangis kalau teringat rumah? Haha, aku tak pernah nangis sebab ingat rumah. Mungkin sebab bila duduk kat sana, aku rasa macam kat rumah sendiri (?)

Ah, lari topik pulak.

Tadi ke KB, alah.. ikut mama pergi OUM nak amik ape entah. Lama jugak bertapa kat sana. Yang bestnya, pak cik yang jaga kaunter tu sungguh kelakar! Haha. Dia suka usik-usik. Mula-mula, aku senyap je laa kan. Lama-lama, tetibe je jadi becok dengan pak cik tu. Ada sekali, dia bagi penanda buku dua keping. Aku pun buat muka takde rasa.. "dua aje?"

Pak cik sengih. Mama gelak. Pak cik pun hulur banyaaaak sangat, lepas balik aku kira.. ada laa dekat empat belas keping haha. Tetibe, rasa sayang laa dekat Pak Cik itu. Rasa macam, baiknye pak cik.

"Pak Cik, boleh saya jadi menantu pak cik?"



Eh. Eh. Aku takde laa tanya sampai macam itu. Setakat sebut dalam hati je HAHA =D

Gerak ke KB Mall. Huahuahua. Lokasi sasaran; Popular. Wah, pening aku samada nak amik The Book Of Tomorrow, PS I Love You, If You Could See Me Now, Thanks For The Memories, Where Rainbows End... Kalau ikut hati, memang aku rembat PS ILoveYou aje... tapi disebabkan cover yang ada hanyalah cover pompuan dengan laki grrrr maka dengan comelnya aku amik The Book Of Tomorrow. Kalau ikut hati, memang aku amik dua atau tiga. Tapi, harganya dalam kategori mahal bagi aku. Satu itu dalam rm 30 lebih. Ngeeee. Tetibe, ternampak Contengan Jalanan. Wah, terus amik tanpa ragu.



Konklusinya, habis duit aku dalam rm 56 untuk dua buku itu. Yeahh, tak kisah laa. Janji aku dapat buku-buku itu. =D

* * * * * * *



Tetibe, aku rasa rinduuuuu sangat.

Dear Allah, 

Tolong jaga mereka untuk aku ye? Jangan bagi mereka lupa kisah kami sepanjang tiga tahun. Mencoret pelbagai rasa. Manis macam kena tabur dengan gula. Perit macam luka dilenyek dengan garam. Pahit macam kena telan ubat cacing (?). Aku sayang Rushdians. Aku rindu Rushdians. Tolong... jangan kasi mereka lupa pada aku ye? Aku nak hidup, dalam hati mereka. Sebab, mereka juga hidup dalam hati aku. Allah, Engkau saja yang tahu peritnya perasaan aku sekarang, untuk bertahan hidup hanya dengan kenangan mereka.

PS I Love you.. If You Could See Me Now at Where Rainbows End, just Thanks For The Memories and I shall keep you all in A Place Called Here for The Book Of Tomorrow never fade the sweet moments; The Gift.. greatest gift of all indeed that sent by God.

Sungguh, aku sangat rindukan gelagat mereka.

Tawa mereka.
Senyum yang sampai ke telinga.
Masam yang sampai ke dagu.
Tangis mereka.
Suram mereka.
Gelak mereka.
Gila-gile mereka; yang boleh buat aku sakit jiwa


Allah, jaga mereka dengan baik... ye? Terima kasih.

* * * * * *


Dah, sekarang sudah hari Isnin. Wallaweyh, study study study!

Budak baik, sabar ye? Sikit aje lagi... =D




No comments: