Saturday, May 14, 2011

Tak Nak Kalah


Main jalan-jalan pusing Jerteh dengan PqahManaf dan PqahQilah. Huuuu. Dari pukul sembilan sampai laa dekat pukul satu. Memang tawaf sungguh-sungguh laa. Haha, seronok. Itu aje yang boleh cakap. Borak-borak. Gurau-gurau. Beli-beli. Hui hui hui. Mentang-mentang exam seterusnya hari Rabu (addmath), itu yang macam cool siket. Esok? Tak exam, sebab terlibat dengan Hari Anugerah Kecemerlangan. Tapi, tetap bimbang. Mana laa tau, tetiba cikgu suruh exam kejap ke... tak ke naya kalau gitu? Dah laa study siket-siket. Isnin, Hari Guru. Selasa, cuti.

Ah. Tak nak kalah. Aku tak kan kalah. Daripada aku sedih-sedih, baik aku terus berusaha dengan lebih kuat. Kalau aku usaha, mesti Dia akan bagi jugak kan. At least, aku usaha. Bukan hanya tahu bersuara mendayu-dayu merintih tanpa buat apa-apa untuk tukar keadaan.

Sya Izz tak akan putus asa. Walau apa pun, dia akan dapatkan apa yang dia mahu. Dan, dia akan berjaya. Itu janji dia!


Pssstt : Munge-munge dah tak tumbuh meliar dah. Hahahaha.

No comments: