Saturday, May 28, 2011

Nazifa, Ayah Sue & Impiana



Hai.


Sekarang cuti sekolah sudah bermula. Dua minggu, bukan masa yang sekejap. Tambah-tambah, kitorang baru lepas amik exam pertengahan tahun. Relaks nya cuti kali ini. Takde kerja sekolah yeah yeah! Haha, aku tahu budak-budak yang seangkatan dengan aku semuanya gembira-gembira kan. Tak payah tipu laaa. :)


Khamis


Aku asyik melekat dengan Ipa aje hari ini. Pagi itu, settle kan perjumpaan dengan kelab geo.. untuk sesiapa yang nak pergi Perkhemahan Kuala Koh laa kan. Bincang-bincang and bla bla bla. Lepas itu kan, cikgu suruh tandatangan satu kertas.. untuk duit bla bla bla. Nama aku atas sekali. Hihi, sebab aku yang isi kertas itu. Jadi, kalau korang tengok tulisan yang berliuk-liuk macam ulat gonggok.. hah, tulisan aku laa tu. Okay, aku akui yang tulisan aku memang tak cantik. Serius, kesian aku haha. Nak dijadikan cerita, bila orang lain tandatangan dulu nama-nama mereka... tetibe kan... nama aku dah siap bertandatangan. Eh? Sy*Z*. Haha, aku pun dengan comelnya tambah bentuk love kat hujung tu. Yeah yeah. 


Untuk kamu yang tolong tandatangan,


Terima kasih. Haha, pengerusi kelab pun gelak tengok tandatangan itu. Dia cakap, cute! =D


Okay, lepas itu bermula lah sesi mengejar cikgu. Yeah yeah. Nak tahu markah punya pasal. Result yang lain okay sangat tapi result physick memang buat aku sakit. Gile lah. Naik tiga markah aje dari peperiksaan TOV. Ngeee, mula mula itu aku macam takde rase. Tapi, lepas itu tetiba rasa nak nanges haha. Emo je lebih. Makanya, sepanjang aku emo.. Ipa setia bersama. 


Ipa buat aku senyum selebar-lebarnya.


Mana taknya, dah puas buat muka sedih dengan Ipa. Siap main lempar-lempar barang lagi. Sampai aku duduk bawah meja cikgu kat BK. Hahaha. Takpe, cikgu takde. Aku dengan Ipa aje berdua. Ipa duduk dekat kerusi cikgu. Ah, BK memang tempat kami lepak. 


Dan, di situ lah Ipa mula bercerita. Banyak cerita. Pasal Singa dengan Kucing lah. Pasal Orang Kaya dengan Orang Miskin lah. Macam-macam. Dia buat aku senyum. Dan, tak emo dah hihihi =D


Bila masuk waktu solat, pergi amik beg. Yeah, tangga blok dah kunci. Nasib baik, terserempak dengan pak guard.. tolong bukak kunci itu. Aiyayaya. Pergi solat kat surau. Berjalan dengan Ipa. Akhirnya, sebab malas mahu beratur panjang-panjang kat public phone (hari ini sekolah balik awal) makanya kami merancang mahu pergi beli air blend. Tup-tup, ternampak lori aishkrim warna pink. Dengan comelnya, kami pergi laa beli aishkrim strawberry campur vanilla. Comot!


Sebab rasa lapar lagi kan, Ipa ajak makan kat kedai belakang. Makan mihun sup, yeah yeahhh. Dah laa, waktu nak balik.. kami ikut jalan depan. Bapak jauh. Saja, tak nak masuk pagar belakang. Berjalan pun asyik gelak aiyaaaaa. Rase pening, nak muntah. Sebab, makan banyak sangat kot. Atau pun sebab perut ini kena kejutan budaya? Mana taknya, lepas makan aishkrim yang dingin huuu terus sumbat makanan panas haha. Pergi bilik guru, nampak cikgu Aida. Senyum-senyum, tolong bawak file cikgu. Heeee. 


Dalam pukul tiga lebih, melekat dengan Ipa. Lepas itu, bye-bye! Yeah. Suka cuti. Tapi, hanya satu sebab aku suka pergi sekolah iaitu sebab aku nak tengok senyuman kawan-kawan dan guru-guru aku yang menenangkan jiwa! Yeeeeeeee =D


Thanks Nazifa, for make up my day.
I love you, whole-heartedly.


Ipa.. budak brutal yang selalu cari gaduh dengan aku dalam kelas. Aku dengan dia memang suka bertekak manja-manja. Haha. Ipa.. budak yang sangat manis. Waktu aku terlelap ayam (?) sambil pegang buku sejarah kat Bilik Dadah (waktu exam beberapa hari yang lalu), dan dia sudah mahu blah.. Dia salam dengan kawan-kawan lain. Dan, dia kiss pipi aku! Haha. Aku memang sayang dia. Lepas solat tadi, salam.. lepas tu selamba-yayaya aje aku kiss balik pipi dia. Haha =D


Jumaat


Ayah Sue dan family balik kampung. Wah wah wah. Waktu sampai kat rumah Tok, Ayah Sue sibuk makan. Dengan laksanya, dengan nasi berlauknya, duriannya. Habis semua Ayah Sue sapu. Orang Riyadh sudah tembam hahaha. Sebab busy bercerita segala bagai, maka tak sempat aku salam Ayah Sue waktu mula-mula sampai.


Tetiba, waktu tengah makan duriaaaaan dengan sepupu-sepupu lain.....


Ayah Sue : Ayah Sue rasa ada orang tak salam lagi laa dengan Ayah Sue. 
Aku : Erk. (Buat muka takde rasa. sambung makan durian)
Ayah Sue : Siapa yang terasa itu, betul laa.
Aku : (cepat-cepat berpaling ke Ayah Sue.) Kenapa Iqa rasa terasa ye Ayah Sue?
Ayah Sue : Tak tahu laa. (sengih)


Ngeeee. Dah ramai sangat orang kerumun Ayah Sue. Tak sempat nak mencelah hulur tangan. Heeeee. 




Sayang Ayah Sue =D


Sabtu


Semalam tido kat rumah Che Ma. Sebab, esoknya mahu pergi Marang. Adik Aunty Sue kahwen yeah yeah. Maka, aku berjaya habiskan tiga buah buku. Projek Fesyen, IMPIANA III dan IMPIANA IV. Best! Okay lah. 


* * * * * *


Kesian si PqahManaf.. dia ajak aku pergi library. 
Tapi, boleh aje aku jawab.. 'Cuti ini aku rasa nak terbongkang kat rumah je laa. Haha.'

2 comments:

syieqa said...

entah kau. kau la jahat.

Sya Izz said...

ha'a. ak memang jahat. =D