Thursday, May 5, 2011

I've HIM.


Macam-macam jadi sepanjang minggu ini. Aku pun macam malas nak citer. (macam laa ada orang baca, haha). Yang penting, dapat juga aku kurangkan passion aku untuk main tulis-tulis kat blog. Masa sangat berharga laa kan konon-konon. Erm.

Uruskan perkhemahan untuk kelab geografi memang memenatkan. Walaupun aku tak sepenat Qilah dan Akkir. Haha. Hampir setiap hari ada orang nak tarik diri. Lepas sorang-sorang, yang kena cari ganti... kami la. Semalam, gaduh-gaduh dengan Akkir. Haha, ada tiga tempat kosong. Geng F4 yang nak ganti, juga ada tiga. Aku mintak laa yang kosong itu untuk aku handle. Tapi, dia dah cari satu geng f5. Cakap punya cakap, dia tak nak jugak lepas kawan dia. Kira macam, okay laa. Aku pun bukan kisah sangat. Nak dijadikan cerita, hari ini ada perjumpaan. Tetiba, ada pulak yang tarik diri. Oh, memang kena betul laa. Akhirnya, masing-masing puas hati. Akkir dapat geng dia. Aku dapat geng aku. Haha. Belum cerita nak kutip duit. Beratus-ratus aku pegang, memang kalau dah agak-agak banyak... terus serah kat cikgu. Haru kalau hilang. Haha, tapi insyaAllah tak. :) Tetiba rase gempak handle projek ni bertiga. Akkir, pengerusi kelab geo. Qilah pengurus projek. Aku? Secretary merangkap bendahari projek. Harap-harap perkhemahan kat Taman Negara Kuala Koh lagi sebulan lebih ni akan berjalan lancar. Aminn.

Hari ini, ada latihan kebakaran. Tengah-tengah syok belajar BI, tetiba berbunyi laa siren yang sangat kuat dan panjang. Oh, kitorang dah tahu latihan sebab cikgu dah mentioned. So, bergegas turun ke tapak perhimpunan. Tapi, aku dengan syapiq mungkin 'hangus' dulu sebab kami laa yang turun last sekali. Orang lain semua kat perhimpunan, kami baru terhegeh-hegeh nak turun tangga. Sebab? Asyik belajar summary dengan teacher. Huuuu.

Sekarang ini, banyak main masa belajar. Huhu. Main lukis-lukis dengan orang depan padahal teacher tengah ajar math mode, ustazah tengah ajar QS. Main bentuk-bentuk mende-ala-plastesin padahal cikgu tengah ngajar. Isk Isk Isk. Lastnye, fokus yang hilang. Nah, amik ko.

Kak ***** cakap, crush tu mende nombor dua. Apa apa pun, pelajaran tetap nombor satu.

Jadi, walaupun aku isytihar magnesium a.k.a. crush iii itu sebagai crush terbaharu hahaha setelah crush i dan crush ii dah lesap... maka, aku tetap aku letak mende ni dalam kategori tidak terlalu penting. Haha, cuma.. mungkin boleh laa crush ni digunakan sebagai penyejuk mata, ketika waktu-waktu tak mau pergi sekolah, malas, mood tak okey. Tengok lah crush, maka boleh laa senyum siket-siket. Ajaran menyimpang ni, sepatutnya bukak Quran. Huuuu. Teruknya aku.

Oh yaa, hari sabtu nanti aku sekolah. Sedih sedih. Cuti ganti. Huuuuu, rasa macam tak mau pergi. Tapi laa kan, macam ramai je yang tak mau pergi. Aku rasa kelas peperiksaan je yang penuh. Haha. Dan, cakap pasal exam... budak form 4 exam pertengahan tahun nanti 8 Mei. Ahaks. Ini lah saat yang aku tunggu-tunggu. Kenapa? Sebab, aku tak mau belajar tajuk baru yang memeningkan dan aku tak perlu buat kerja sekolah untk tiga minggu. Ahaaa, tidakkah itu sesuatu yang menggembirakan? Okey. Agak menggembirakan laa walaupun nanti kena struggle baca buku hari-hari. Heee. Bagi aku, struggle baca buku lebih best daripada kena buat kerja sekolah. *pemalas*

******

"Sesungguhnya, dengan mengingati Allah... hati akan menjadi tenang."

nak amal mende ni

selama ni selalu terlupa
selalu ingat orang lain dulu
baru ingat Allah

tak tenang siket

sms orang itu orang ini
rasa layu siket
call orang itu orang ini

padahal tak sedar

Allah ada
kalau citer kat orang itu orang ini
mungkin orang itu orang ini tak selesa
takkan nak bebankan orang itu orang ini
dengan masalah kita sedangkan mereka 
ada masalah sendiri

Allah kan ada

kalau aku ngadu kat Allah
mesti Dia lagi sayang aku
mesti Dia lagi suka aku
mesti Dia lagi kasih aku

Allah, bagi aku kekuatan ye?

setiap saat, masa dan ketika
aku harap
Allah tidak lari dari aku
kerna Dia tempat pergantungan aku

"Aku ada Allah. Kau pun ada Allah. Kongsi laa semua pada Dia. Nanti, Dia tolong."

******

Aku doakan diri aku sendiri juga kawan-kawan yang dicintai agar dapat menjawab exam kali ini dengan gempak. Flying colours orang putih cakap. InsyaAllah. :D

2 comments:

Rossarina™ said...

semoge dipermudahkan lah ye sume urusan Sya Izz dan kawan-kawan yang handle perkhemahan tuh. :)

kalau ade masalah ape-ape, cite je lah kat akak ye. maybe akak tabley nak balas cepat sebab tengah busy ke hape huhuhu. tapi jangan serik cite ngan akak tau. :)

Sya Izz said...

tq akak.

haha, semestinya.... akak kn tempat me curahkan masalh. no worry, ahaksssss.