Ngeee. Ngeee. Ngeeee.
Exam Physickss tadi betul-betul buat aku sick! Hui Hui Hui. Alah, tibai aje. Takpe, dalam tibai-tibai itu sempat lagi tido. Waaahaha. Aku tak faham, kenapa kawan-kawan aku sangat tekun menulis hingga ke saat-saat terakhir? Ehee.
Yeah. Baju kitorang untuk khemah nanti dah siap. Uhuuu. Hijau. Yang perempuan, baju muslimah laa kan. Yang laki, T-Shirt biasa aje, tapi warnanya hijau terang sikit. Aku suka sangat baju laki! Haha. Apa pun, tak sabar rasanya menanti 9 Jun. Ahaaks!
Penatnya. Tapi, tak boleh kalah! Yeah. Sabar. Sikit saja lagi.
Sya Izz, budak baik kan?
* * * * * * * *
Hari ini cuma senyum dan senyum pada mereka. Aduhai, indahnya kan kalau tidak ber'bad mood' segala bagai. Mengantuk petala ke sepuluh waktu jawab exam itu merimaskan. Tapi, pagi-pagi dah cakap kat diri sendiri yang hari ini cuma mau senyum senyum saja.
Dan, aku senyum sepanjang hari. Itu adalah sesuatu yang menenangkan. Seronok, tengok orang senyum dan aku sendiri yang senyum. Rasa nak senyum selalu la! Boleh... kan?
Mula membahasakan nama apabila bercakap. Selalunya, ber aku-mu (kamu).. tetiba ajak dia (PQ) ber nama-nama. Kerap kali sangat tersasul! Haha, tapi tak pe. Perubahan memerlukan masa. Seronok aje lihat kakak-kakak f5 2010 membahasakan nama mereka masing-masing apabila bercakap. Nampak macam, sangat rapat dan mesra. Dan, nak mula aplikasi laa kepada semua kawan-kawan aku. Sweet! Alah, ber aku-aku pun macho jugak. :) Tak kisah laa. Yang penting, mesra. Hihi.
Mula memanggil kawan-kawan aku Perempuan Cantik. Sejak Kak Fathy buat entry-entry pasal perempuan-perempuan cantik.. tetibe rasa suka dengan perkataan perempuan cantik. Mula nampak, indahnya 'perempuan cantik'.
Mesej selamat malam untuk perempuan-perempuan cantik aku :
Selamat malam.. lailan saedan, perempuan cantik :)
Macam-macam balasan daripada yang buat aku senyum.
Dan, aku suka menghadiahkan perkataan sayang untuk mereka.
Sebab, mereka perempuan-perempuan cantik aku :D
Dah laa, malam ni kelas Khemiyy. O laa laa.
PS; ZM buat aku gile dengan Fiction-BEAST (aku suka musiknye aje). Haha, lagu korean ketiga yang mampu buat aku jatuh hati. Selepas Bonamana-SUPER JUNIOR (sebab ada SiWon aje XD) dan A Song Calling For You-SS501. Selain mende tiga itu, aku tak minat nak dengar. Oh, dan aku paling tak suka bila orang akan suruh aku cuba dengar lagu. Aku hanya akan dengar kecuali terpaksa, atau dah takde benda nak buat. Aku jenis yang TERdengar lagu.. lepas itu mula laa meroyan cari tajuk-dan-segala-bagai-yang-berkaitan. :P
No comments:
Post a Comment