Sangat rindu untuk menulis, :)
020112. Isnin.
Since sekolah dibuka pada keesokan harinya, maka bersiap-siaplah untuk menghadirkan diri ke asrama pada hari ini. Huhu. Pagi yang dingin, hujan. Hujan, sampai terpaksa main lari-lari dengan baju kurung biru hingga basah kuyup. Bila masuk ke dewan makan aspura, memang tersangat nampak betapa basah kuyupnya kami. Aku, Husna, Hani. Haih, sejuk. Tudung dah senget benget. Gelak je la dengan Husna :) Lama di dewan makan, berulang alik ke situ sini; sekejap ke kereta, sekejap ke pejabat. Tengok nama untuk kelas, alhamdulillah. Masih bersama Husna yang disayangi, serta mereka yang lain :D
Husna yang baik, tolong daftarkan untuk aku =) Ekeke. Sejak tingkatan 3 mula rapat dengan dia, apatah lagi waktu di tingkatan 3 kami di Bilik 13, waktu di tingkatan 4 pula, sebaris tempat duduk, dan belum lagi berpisah dengan dia untuk tahun ini, duduk bersebelahan di dalam kelas, juga bersama di A102. Aku tahu, semua orang sayang Husna. Aku? Lagi laaaa sayang ^^
Cari papa, tak jumpa. Haha, keluar ke pekarangan sekolah bersama Husna lagi, kesian Husna, asyik ikut aku. Hihihi, melepas rindu kan? Nak public phone, takde duit. Satu sen tak bawa. Orang-orang kat situ pun takde, sepi je. Tup tup, nampak pak cik baju oren tengah berbual dengan Cikgu Rosmini kat belakang bilik KH. Hehe, senyum nakal dengan Husna. Berani tak, berani tak? Okey, terima kasih pak cik. Haha, pak cik. Aku patut panggil dia cikgu sebenarnya, tapi entah kenapa terkeluar pak cik. Terima kasih pak cik, kasi saya pinjam telefon. Hihihi, lepas tu asyik gelak je la dengan Husna. Haihhhh =.=, inilah gunanya bermuka tebal. Takpe takpe, darurat ^^
Konklusinya, A102 yang meriaaaaaah :D
030112. Selasa.
Alhamdulillah, selamat kembali ke sekolah wahai budak tingkatan 5! :) *kecut perut*
Perhimpunan di surau sekolah, sebab cuaca pun berarak mendung kelabu hujan rintik-rintik, maklumlah sekolah tu gunakan dewan yang bertapakkan bumi berbumbungkan langit :)
Masuk ke kelas, bersama Husna. Hehe, asyik berkepit dengan Husna. Sila senyum kepada kawan-kawan yang dirindui, sambil bertukar cerita. Alahai, tak sangka dah jadi senior kan? Dah tuaaaa dah :D Oh, 5 Rushd yang dicintai, dirindui dan disayangi. Tahun ini Papa Ghani a.k.a. Ustaz Ghani yang jadi guru kelas kitorang. Bebudak ni memang, tiap kali kelas ustaz, memang terus rasa lemah jantung. Okey, biasa lah, tahun baru, warga sekelas pun ada yang bertukar, jadi kelas macam agak sepi sedikit. Ekeke, macam 4 Rushd tahun lepas tika awal-awal tahun. Huh, tak payah cakap la, memang macam kelas berhantu. Tapi, itu awal-awal tahun, bila dah biasaaaaa, terus kecoh sangat sangat sangat :P
Jadi, hari pertama sekolah sudah belajar bahasa arab. Hehe, ustaz memang pantas dan efisien. Terus rasa berkarat otak, karat tahap tak ingat. Dush, apa ni Sya Izz. =.= Okey, ketua kelas bla bla bla dan carta organisasi kelas belum pilih siapa pemegang jawatannya. Selalu guru kelas yang pilih, tapi, hehe asyik belajar kan sampai tak tersebut siapa nak jadi peneraju kelas ~
Nak ubah kedudukan meja kelas pun, macam serba salah je sebab semua orang senyap. Haha, apa korang ni =.= Lepas tu, budak dua orang kat belakang aku tu datang ke tempat duduk aku, suruh bincang nak tukar macam mana bla bla bla. Bincang punya bincang, aku pergi la jalan dari satu tempat duduk ke satu tempat duduk yang lain untuk tanya persetujuan mereka. Alhamdulillah, mereka memang menyenangkan. :)
040112. Rabu.
Ke kelas berpagi-pagian dengan Husna, :) Susun meja bla bla dan bla.
Cikgu belum masuk kelas, semua senyap je. Erk, terdengar Hazim dengan Eeda suruh aku pergi ke depan, handle untuk pilih siapa ketua penolong bla bla bla, sebab kitorang tahu ustaz serahkan semua kat kitorang. Erk. Senyap lagi kelas. Eh, tak boleh jadi ni. Sampai bila tak habis, haha. Bangun, pergi ke depan. Lepas tu, mula bla bla bla dan mereka. Okey, settle, tulis-tulis kat papan hitam... duduk semula kat tempat duduk dan sambung study.
Oh, dalam tengah hari, nangis sebab gaduh dengan kawan kot. Gaduh? Hahaha. ^^ Budak-budak. Kelas Sejarah pertama, sudah tersengguk dalam kelas. Apa ni. Sampai 'kena' dengan cikgu. Tup tup, 'Syafiqa!' Erk erk. =.=
050112. Khamis.
'Kena' lagi dengan cikgu BM. Haha, bukan tertido, tapi termengantuk. Asyik tersengguk je, tak tahan tak tahan. Huhu.
Penyakit tido dah mai dah. Hailaaa, budaaaaaaak ni!
Tido di A206, bersama adik-adik junior. Alahai, korang semua sungguh la memeriahkan hidup kak.
Mula kenal dengan lebih mendalam mereka yang bernama Adieya, Haizum, Hilal, Fiqah, Naha, Wahidah dan adik-adik lain.
Suka nyanyi lagu Tentang Dhia, untuk Dieya. Selalu cakap dekat dia yang aku ni Zikir, haha.
Suka kacau Ejum yang manis, eh Ejum yang tersangat lah manis. Sejuk je hati bila tengok Ejum.
Dan, aF.. terima kasih sebab perkenalkan kawan-kawan yang manis itu kepada kak. ^^
060112. Jumaat.
Jom buat sistem barter, haha. Geng adik-adik pulak yang datang 'menyerang' bilik kak. Meriahnya ada mereka, tambah pula malam tu tak ada prep, study dalam bilik je. Best!
Rasa bersemangat nak habiskan kerja sekolah.
Rasa bersemangat nak belajar.
Sebab, tengok perempuan-perempuan kesayangan hati yang lain semuanya ada semangat yang sama :D
070112. Sabtu.
Hari cuti yang best, oh lupa nak cakap.. ustaz kasi budak tingkatan 1 je balik. Huhu, tak adil! Haha, eh dah besar panjang pun nak buat perangai macam budak-budak ke? Hailaaa =.= Tapi, seronok jugak sebenarnya habiskan masa untuk berkasih sayang dengan kawan-kawan ni :)
Petang tu, Nazifa dan Syahirah masuk asrama. Ramai sebenarnya kawan-kawan masuk asrama hari itu, huhu maka petang itu amat lah meriah. Hmmm. :D
Tapi, tetiba rasa sedih. Rasa nak nangis je, huhu. Pergi atas, cari dia. Kesian dia layan kerenah aku, sampai ke surau dia temankan aku. Solat sebelah menyebelah, dan, bila tiba waktu untuk zikir munajat, sempat lagi teresak-esak pada dia. Haha, buat maluuuu je :)
Malam tu, tido dalam pelukan dia. Sweetnya awak :D
080112. Ahad.
Perhimpunan, macam biasa :)
Sekali lagi, 'kena' waktu QS. Haha, ustazah sampai suruh aku bangun dan bacakan maksud hadis sebab tak nak kasi mengantuk rasanya. Alahai, waktu BA pula, orang terakhir yang ambil keputusan untuk duduk. Sebab aku ragu-ragu samada aku ingat atau tak. Tup tup, ustaz soal pulak dah, alah ustaz ni. Haha, nasib baik boleh jawab.
Kan dah cakap, kelas ustaz memang best tapi selalu je rasa macam nak lemah jantung, hihi.
Ipa lagi la, asyik kena je. :P
Malamnya, ternangis. Kesian kawan-kawan, em, SM sorry! Tak tahu kenapa jadi macam tu, huhu. Di bilik, buat perangai macam budak-budak. Alih-alih, aku rasa nak gelak, bukan, memang dah gelak pun. Best la nangis, boleh tak nak nangis selalu? Sebab lucu tengok kawan-kawan caring sampai macam ni.
Haha, syoknya ada ketua bilik macam Husna. Dia tahu je aku senyap malam tu, terus dia pergi tanya kenapa dengan aku. Apa lagi, menitik-nitik air mata ni haaa.. Haha.
Diorang teman aku pergi atas, cehs, rasa dimanjai betul. Huhu ^^
Maaf banyak menyusahkan.
Maaf sebab hati ni tak kental.
090112. Isnin
Demam. Dari pukul 9 lebih sampai la pukul 11 lebih tido di sickbay. Uhuuu, memang tak tau nak kata apa lah. Nasib baik ada Ipa yang macho menemani :)
Petang tu asyik tido je.
Malam, prep macam biasa.
Tapi, memang hari itu bertahan hidup dengan biskut keping Ipa je laa. Haha, terima kasih sayang.
Sebelum tido, dalam pukul 12 pagi dipaksa makan ubat. Dush, punya la susah nak makan ubat. Setelah setahun lebih tak sentuh ubat, akhirnya terpaksa jugak. Lepas tu, tido dengan budak yang sangat caring itu :) Haihh, kenapa la orang-orang di sekeliling aku ini semuanya sangat menyentuh hati dan perasaan aku?
Terima kasih, :D
100112. Selasa.
Sebelum cikgu sejarah mengajar, cikgu jalan ke tempat aku, alah dekat je :P Sempat lagi cikgu senyum lepas tu cakap dekat aku samada mahu mengantuk lagi atau tidak dalam kelas ni, ekeke. Siap suruh Ipa di sebelah 'buat sesuatu' pada aku kalau aku termengantuk. Haha.
Tak payah cakap la, memang banyak sangat dah kena dengan Ipa. Ni haa, sampai lebam tangan sebab kena cubit dengan Ipa. Selamba-yayaya je budak tu. Hihi.
Takpe la, cubit tandanya sayang kan kan kan? =)
Petang, bermeriahan di bilik dengan mereka.
Kecoh je buat kerja sekolah.
Ada di katil, di lantai.
Main tanya-tanya kalau tak reti,
sempat selang-seli borak-borak,
ekeke :P
Malam itu, budak itu panas badannya. Paksa paksa dia makan ubat.
Kesian dia, aku sayang dia.
Sayang sangat sangat sangat sangat sangat.
110112. Rabu.
Ke sekolah dengan semangat tak mahu mengantuk, haha. Apa la =.=
Tapi, biasalah. Selagi masih boleh bertahan, akan ku terus bertahan.
Kawan-kawan dah tahu kot yang aku ni memang aku mengantuk dalam kelas.
Dan, cikgu siap cakap lagi yang aku ni johan mengantuk.
Oh, =.=
Hazim siap cakap, yang seminggu lebih sekolah ni memang hari-hari aku akan mengantuk dalam kelas.
Dush, habis laa habis laa.
Tapi takpe, sila kuatkan semangat. Cubaaaaaaan.
Cg Zimah cakap, doa banyak banyak.
Juga, "tiada alasan, hanya peluang!"
:)
120112. Khamis.
Hari untuk balik rumah, yeayyy yeayyyyy!
Dalam pukul 4 petang, pulang ke rumah. Hmm, sampai di rumah, baru tahu yang Kasih dah mati. Kesian Goku dan Goki tak ada ibu. Kesiannya. Rindu Kasih la, tapi Goku dan Goki dah besar.
Hehe, waktu kecik, Goki yang sangat manja.
Bila dah besar sikit ni, Goku pulak yang terlebih manja.
Tadi pun, tertido di sofa dengan dia.
Amik dia, main-main, lepas tu sama-sama tido, dia tido dekat aku.
Alahai, kucing-kucing yang dirindui, :D
* * * * * *
Melepas gian menulis panjang-panjang, haha.
Seminggu lebih ni, banyak sangat kasi pengalaman hidup.
Terima kasih, Allah.
Sebab hadiahkan pelangi dalam kehidupan aku :)
Be a strong girl, tak mau dah nangis-nangis ni.
Be a good girl. ^^
A106; Husna, Hani, Pqah, Azlina, Mira, Syahirah, Adieya, Mirah, Hanis.
Seronok dengan korang :)
dan, 5R 2012; selamat mencipta memori suka dan duka...
~ Syafiq, Ajwad, Aziz, Zakwan, Hazim, Ilman, Asyraf, Zulhilmi, Danial, Fattah, Ikhwan, Najdi. Khaleeda, Basirah, Aina, Nadiah, Ruhaiza, Wan Nabilah, Aisyah, Amirah, Maisarah, Syahirah, Farahim, Fatin, Nurul Nabilah, Faezadti, Nurul Syafiqa, Husna, Nazifa ~
:)
2 comments:
pak cik cikgu mat chik ko?.. :)
tak maen laa cikgu mat chik ni... bapak mentua lah :P
Post a Comment