Wednesday, November 24, 2010

Catatan Hati

Salam.

Semalam, on da way to Jerteh.. buat aku mengimbas balik memori lama. Hahaha, tenung tingkap dan terfikir memori.

Memori lama laa gitu, haha.

Ermmm, rindu amat sangat.

Minda aku mengimbas, memori lama yang aku rasa sangat indah. Hurmm, memori. Tak kira pahit atau manis, semua terindah. Kan?

Betul laa kan, bila sesuatu tu dah terjadi.. pergi.. maka kita akan sangat merinduinya.

Sama laa macam aku.

Aku rindu sangat life aku as pelajar 3 R. au penghuni bilik no 13. 


Ingat lagi, mula mula masuk form 3. Hehe, masa tu duduk pasangan. Aku duduk dengan Jihah.  Kat depan aku, ada Uzair dengan Ikhwan. Biasa laa, boys kat depan. Hehe. Sweet je aku rasa masa tu. Tapi, tak de laa rapat sangat dengan semua budak budak dalam kelas. Terutama, dengan Izzat Nizam Mira Thirah. Budak kelas S dulu. Oh, Hani Syahirah Syafiq pula masuk kelas S. Dah bukan budak kelas R lagi. Hehe. Biasa laa, ada naik kelas ada turun kelas. Tapi, sama je kelas apa pun. S dengan R je kelas perdagangan.


Ohh, masa mula mula tu memang excited aje. Iye laa, cuak pun ada. Dah tingkatan tiga rupanya. Hehe. Aku ingat lagi, mase tu cikgu suruh pilih siapa nak jadi ketua kelas. Kitorang ni, sama ada Izat au Nije. Haha, laki lain memang tak masuk senarai laa. Sorang sorang perangai kami dah tahu. Haha, dan Amni bangun lalu mencadangkan Izat. Hehe, maka sebulat suara je laa setuju. Izat pula reti sengih je mase tu. Jangan harap nak dengar dia cakap. HAHA, setakat aku dengan najihah yang tahap mulut paling bising pun malas nak tegur dia. Hihi, tak biasa laa katakan. Tapi, bila seminggu dua lepas tu.. dia dah berubah. Dah jadi dia yang lama balik, yang dah sama spesies dengan budak laki laen. Haha, jeng sungguh laa. Aku rasa kan, Muzakkir sorang je yang perangai matured dalam kelas kami. Nak harap budak laki tujuh lagi tu? Kirim salam, chaw laa beb. Haha, tapi mereka sangat meriangkan. Perangai aci redah kanak kanak ribena aje. 


Oooh,ni senarai budak kelas R yang comel

Kanak-kanak B

  • Izzat Muhammad | Ijak
  • Muhammad Amzar | Mezar
  • Muhammad Muzakkir | Akkir
  • Muhammad Uzair | Zir
  • Razi Irsyad | Syad
  • Shahrul Nizam | Nije
  • Wan Ikhwan | Kwan
  • Zarif Izzudddin | Zarif

Kanak-kanak G

  • Amirah Adny | Mirah
  • Amni Aqilah | Meni
  • Che Nur Izzati | Zati
  • Che Ku Syahida | Ida
  • Che Ku Syahira | Ira
  • Fatin Fasiha | Fatin
  • Fatin Najihah | Atin
  • Haslizanawati | Wawa
  • Husna Munirah | Cena
  • Nadia | Yaya
  • Najihah | Jihah
  • Nik Athirah | Tirah
  • Nur Amira | Mira
  • Nurul Faezadti | Atie
  • Nurul Nabilah | Bilah
  • Sya Izz
Ermm, teringat pula mase aku maen kejar kejar. Dari atas sampai bawah. Wakaka. Tobat laa tak ingat dunia masa tu. Kasi malu aje, haha. Teringat kes gaduh gaduh. Kes dutch lady segala bagai. HAHA, teringat sesi belajar pakai tie. Ngade ngade sungguh. Tengs yaa budak berdua. Hurmm, lama lama kan kitorang sekelas macam dah rapat giler laa. Macam adek beradek. Haha. Mana taknya, dua puluh empat jam tengok muka diorang.


Pagi waktu sekolah muka diorang.


Petang kelas tambahan muka diorang.


Malam kelas tambahan pun muka diorang juga.


Teringat tau, pagi pagi baru nak bukak buku buat kerja sekolah pelbagai. Riuh beb, mana taknya.. bila nak tanya je aci terus laung gitu je. Haha, macam macam. Hari Ahad kalau takde perhimpunan, memang rahmat besar laa bagi kitorang. Selalu cikgu suruh bersihkan kelas kalau perhimpunan takde. Tapi, kirim salam laa kalau kami buat semua tu. haha, tapi ade laa yang rajin. tirah, mira, amni, faeza.. tu stok rajin laa. Kalau tak, memang menghadap buku laa. Buat kerja sekolah yang tak sempat siap.


Dan, kami memang suka belajar BA tahun ni. Dengan ustazah Rohani. Memang kaw tahap maha hebat je belajar dengan dia. Hafal sepuluh perkataan sehari. Kerja sekolah kerna siap. Sebab ustazah, kami belajar erti berkat. Sebab ustazah, kami suka walaupun aci hari hari kena bebel. Budak budak ni semakin dekat exam semakin buat perangai. Haha, memang tak sah kalau ustazah tak bagi nasihat hari hari. Tapi, kami sengih je. Memang tahap takde perasaan. Kalau hari yang ada matapelajaran BA, memang gelisah laa selagi meta pelajaran tu tak habis. Sebab, ke hulu ke hilir kami akan bawa buku nota. Pagi pagi baru nak hafal. Haha, sampai nak ke kantin makan pun sempat pegang buku nota sambil hafal. Haihhh, resah seresahnya. Hihihi.


Ustazah ajar kitorang banyak sangat. Terutama, tentang keberkatan. Memang sayang amat ustazah. :)


Aduhai, teringat saat saat hias kelas sama sama. HAHA, ada satu petang tu.. kena pergi surau.. ada ceramah ape entah. Hehe, dan kami ponteng. Aku jihah dan tak ingat. Haha, sebab mengecat kat dinding belakang kelas. Nun jauh kat atas, kami cat tulisan jawi yang Nije dah lakar. Memang comot habis laa, siap panjat meja kerusi segala bagai. Hehe, seronok ye buat kerja jahat. Haha, bukan jahat tu.. nakal namanya. 


Tahun ni memang banyak kena denda. Iye laa, cikgu pun dah mula tegas. Haihhh, kalau tak siap kerja sekolah BM.. kena bayar dua puluh sen. Hehe, aku ni habis habisan ni make sure BM sentiasa siap. Tak nak calar rekod bersih. Ekeke, last last tercalar jugak. Melayang dua puluh sen. Hehe. Teringat tentang sejarah. Ada geng kena junjung kerusi keliling kelas. Hua hua hua. Untuk kebaikan bersama. Haha, aku pula pernah kena rotan kat tangan dengan Jihah. Dan, masa tu kami laa paling banyak salah. Berapa entah, sepuluh rasanya. Kena sepuluh das beb, haha tapi aku lapan je. Cikgu kasihan kot. Mana taknya, mase hulur tangan menggigil gigil siap buat drama HAHA. Budak budak ni aci kasi gelak. Ceh.


Masa dah dekat dekat exam, tekanan lagi gempak. mood puting beliung tu dah biasa. Kejap okey kejap tak. haha, semua orang spesies sama je. Tapi, tetap senyum yeaaaa. Haihh, macam macam program kitorang bersama. Masa hari maulidur rasul, kami pakai baju sama warna. Yang perempuan tiga warna rasanya. Lelaki hijau, diorang pakai baju prep asrama. Ala ala raihan rasanya. Tapi, boleh pula encik izat sorang pakai baju melayu siap samping segala bagai. konon konon mr universe. mentang mentang ketua kelas, haha.


teringat masa sambut raya, angkat meja kerusi dari bilik KH. Jauhh tu, hingga ke tapak perhimpunan. Raya ni buat ikut form. Rumah terbuka gitu. Kelas R pula urus persiapan tempat. Yang syoknya, girls sibuk buat kerja situ sini.. boys pula enak aje lepak dalam kelas. Huaaaa, giler laa korang. Hahaha. Ohh, masa raya mood aku tak baik. Sebab, kak aku bawa kamera tapi memory penuh. tak boleh delete sebab file nye nampak dalam pc jer. dah laa memory stau ag tak bawa. huwaaa, nak mengamok je rase. rileks rileks. sebab tu, aku just duduk sekejap je kat rumah terbuka kitorang. then, naik atas kelas sorang sorang. redah aje, buat sejarah. haha, geng boys pun ada. yang girls aku dengan faezadti. girls lain still sibuk kat bawah.. bergambar makan segala bagai. huhu.


ohh yaaa, then boys tutup pintu. bising gamat riuh. aku dengan eza buat dunno je laaa. emosi beb, haha. dah tak amik kira dah. hurmm, diorang pasang lagu then shuffle. omaigod! giler tergelak jugak aku. terutama bila si fifi yang shuffle. indah sungguh ye, berbaju melayu biru bersamping biru dan bawa beg PINK. beg budak kelas aku mana tau dia rembat. haha, kemudian diorang pasang lagu dan buat mimik muka gerak mulut. bila aku pandang siket, berhenti laa diorang. konon konon pemalu, dasar kanak kanak.

Dan, masa raya jugak laa ada sesi pendamaian. aku kira dalam dua jam gitu. haha, mana taknya, nak berdamai ni setelah sebulan gitu tak bertegur. kah kah kah. hehe, tahon ni memang suka gaduh. aci gaduh je. lepas tu berbaik. haha. aku ni siap mencurahkan air mata segala bagai. sedih beb, huhuhuhu. eksyen je lebih. zahir hani jadi orang perantaraan. kah kah kah, aku ingat lagi.. zahir ulang alik cakap apa yang kitorang sampaikan. padahal dengar aje. hihihi. okayh, gadoh gadoh then berbaik laa kitorang. 'gurau.. suprise!' memang tak boleh lupa, hahahaha.


ermmm, mase time izin ilmu pun menangis segala bagai, haha. aku persalahkan hani. iye, dia kat depan aku dan dia nangis dulu. hehe, aku pun ikot laaa. mase tu dalam surau. part salam peluk memang 'ahhhh' tak boleh nak cakap laa. ustazah rohani siap cakap lagi 'apa nangis nangis ni..' hihi. touching laa katakan. maen peluk peluk. haha, kasi malu budak laki je tengok. arhhh. cover cover. :P


ni baru cerita kat sekolah. bukan lagi cerita asrama. yang lagi happening.


huhu, apa yang aku tahu. aku sangat merindui korang. terutama geng S dengan R. Yeahhh.


Kristal kristal putih
berkilauan indah
namun sepi


hujan
tiba tiba menyapa
titisannya mendingin jiwa
yang sedang merindu


pelangi
diam diam menjadikan
kristal kristal itu
bukan lagi putih
tetapi
warnanya pelbagai
tetap indah
tidak lagi sepi

saat ini 
tenang dan damai
pabila kenangan kita
ada dalam pelukan

mencairkan dingin 
hangat

aku kristal kristal putih itu
mereka pelangi
hujan itu kehidupan
dan
indah itu kita serta kenangan

[SI-24112010:1.21PM_loveending]

Sungguh, sampai bila bila aku akan merindukan kenangan kita. Aku akan menghargainya, biar tak lekang dek masa. Nak aje aku beritahu seluruh dunia, betapa aku sayangkan korang. Sayang yang amat. pelangi pelangi yang sudi mewarnai hati aku. rasanya tak terluah betapa aku rindu akan semua ini. semua yang telah kita lalui bersama.. tak kira laa masa tu pahit payau manis indah sedih ceria yang pasti.. akhirnya, akan bergelar nostalgia. Semua ni, just for catatan hati.

No comments: