Salam
Ooo laaa laaa. Huk huk huk.
Mood : Muhasabah Cinta.
:)
Busy sangat hari ni ye. Aku dan Hani. Busy sampai ponteng kelas +math, sampai tak sempat melepak dengan Cena, sampai kami hanya menghabiskan masa berdua sahaja dengan pc kertas gam gunting buku segala bagai. HAHA.
Ermm, pagi pagi pergi sekolah. Borak borak dulu dengan Hani dalam kelas. Yeahhh, Cena datang! Guess what?
Budak tu cakap..
Dia datang sekolah dengan motor. Ketar sejuk tangan dia, wakakaka.
Cayalah Cena.
Maka, dengan histerianya aku dan Hani menempik bila sang ratu hati kamu keluarkan kunci motor dia. Konon konon menunjuk :P Haha, aku amik kunci tu dan kami pergi kat koridor. Dari jauh tengok dan mencari di mana motor budak itu. haha, sungguh.. sampai bila bila aku tak pernah mahu percaya.
Haha, caya laaa beb. phewit!
Okay, kemudian ustazah HANIfah panggil HANI dan aku ke maktabah. Yeahhh, kerja belum settle. Hehe, kami pun pergi laa. Ustazah tanya pasal kad jemputan. Huhu, memandangkan semalam awal awal aku sudah blah maka tak sempat hadir meeting pss.
Dan, semalam mase aku tengah syok baca VERSUS, tetiba je my kakak keluarkan kertas yang K Gra bagi suruh buat kad. Aduh, malam malam buta baru cakap. Hailaaa. Maka dengan baiknya aku pergi buat kad kejap. Hehe, setakat buat benda tu sekejap aje. Hihihi. :P
Okay, dan ustazah suruh aku buat pamplet untuk jamuan esok. Erkk, terkedu me. Haha, seumur hidup mana aku pernah buat pamplet. Dan, dari zero ustazah ajar aku ni. Heeeeeee, sengih je laa. Dah memang aku tak pernah buat. Haha.
Masa tengah syok syok buat dengan Hani, tetiba je jeng pc tu. Huwaaa, ni part paling malas ni. Aku paling benci pc macam ni. Langsung tak beri kesenangan. Hak hak hak. Masa tu ustazah takde, dah keluar. Jadi, kami amik keputusan pergi koop dulu. Lapar beb! haha.
Terserempak dengan ustazah kat bawah kejap, senyum.
hehe.
Bila naik atas balik, cakap kat ustazah pasal pc tu. Mengade ngade, haha. Maka, tutup dulu pc dan buat kerja baru. Apa dia? buang plastik yang membaluti buku baru. HAHA, hadiah beb.Buku buku ilmiah tu ustazah beli as cenderahati kepada pengawas pss tahun ni. Heeeee, ade dalam empat lima jenis buku laa. Iya laa, buku buku yang tak sama. Ada yang cantek macam Penawar Hati. Ada yang kiut macam Bila Pintu Hati Terbuka. Ada yang wow macam Membina Imaginasi Cemerlang, Membina Jati Diri Gemilang. Ada yang okay macam Muda Mudi ..... Ada yang Wahai Remaja. Hohoho. Yang jadi perhatian aku mestilaa Penawar Hati dan Bila Pintu Hati Terbuka. Tapi, aku belek belek isi.. hati aku prefer Bila Pintu Hati Terbuka. Hehe.
Buku buku tu ada lima puluh lebih buah. Aku dengan Hani je. Maka, dengan comelnya aku panggil adek pengawas form 2, suruh tolong..
'dek, sini kejap. nak minta tolong'
dia memang dah takde kerja, so dengan senang hati datang kat aku
'dek tolong kak buang plastik ni deh'
HAHA, betapa bersopan santunnye diriku ini. hak hak hak. kiddin'. Lagipun, memang ustazah suruh panggil adek tu pun.. :D
kami borak borak gelak tawa sambil koyak koyak plastik. sambil jeling jeling isi buku.
okay, tinggal aku dan Hani pula laksanakan misi kedua. Misi melekat dan mengecop.
Hehe, buka buku kat muka surat pertama dan kita akan lekat kertas bertulisan cenderahati bla bla dan bla yang aku buat kelmarin. Aku melekat manakala tugas Hani mengecop. Cop yang bertanda perpustakaan nurul ittifaq. Alah, cop bulat biru tu. Haha, yang agak chumil.. Heeee, ustazah cakap buat jadi kenangan.
Sob sob sob. nostalgia sungguh!
Hehe, okay.. kemudian panggil lagi adek mirah dan tikah tolong kitorang. Kali ni maen lekat lekat nama pula yaa. Iya lah, sistem yang telus dan adil. Wakaka, kita lekatkan nama dekat buku dan beg kertas. Hehe, sempat lagi kami maen pilih pilih buku. Huk huk huk, suka hati kami laa. Bukankah kami yang buat semua kerja? Haha, redha je laa ye.
Hani amik buku Penawar Hati. Aku pula amik Bila Pintu Hati Terbuka. Serius, dah macam jatuh hati dengan buku tu. Auwwwww, ngade ngade. Haha.
Ermmm.
Sampai corak beg kertas pun kami pilih, haha. Corak petak petak kaler merah yang cantek. Alahai, chumil aje. Hehe.
Maka, kami buat lah kerja dengan hati yang riang sambil gelak gelak tawa tawa lagi ye. Haha, tu je cara biar kami rasa kami buat kerja dengan ikhlas. Hehe, ikhlas dah ni. Asal dapat senangkan hati ustazah. Hak hak hak, ")
Dan kami keluar rehat dulu.
Huhuhu, lepas tu naik atas kelas kejap. Minum air, jumpa Cena. Huhuhu.
Turun lagi pergi maktabah. Tengok tengok K Gra dan Syadid tengah menggunting kad jemputan. Alahai, kesiannya kakak dan abang aku tu. Okay, diorang tu nak es pi em. Haihh. Aku dengan Hani pun amik tugas menggunting dan bagi diorang masuk kelas. Haha, tapi diorang laa yang kena bagi kat chekgu chekgu nanti.
Buat kerja sambil borak dan ketawa. Mujur tak gelak guling guling aje. Haihhh.
Lepas siap semua, sambung buat pamplet tadi. Kali ni memang fed up tahap giler giler ah. Bayangkan, bila buat senget laa. Itu ini, huwaaaaa. Sampai satu saat, Hani cakap dia dah fed up. Okay okay je laa. Haha, memang pun.. Aku buat setakat okay je. Hehe, itulah kisahnya bila kena buat benda yang tak pernah di buat.
Oh yaa, tengs banyak banyak to ziem pasal tolong gunting kad tadi. Haha, aku dengan Hani buat siket je.. The rest bagi kat dia. dah dia minta nak tolong.. apa lagi
ulam dicita pucuk mendatang laa
wakaka. aku pun bagi cokelat dua biji as upah. waahaha, jahat.. takpe takpe, bila lagi nak buli bestfriend. kan kan kan?
:P
okay, dalam tengah hari.. kami tolong K Farhah isi buku dalam beg kertas. Sambil dengar pengalaman nasihat K Farhah. Huk huk huk, semua yang K Farhah cakap memang betol. Hehe. Then, buat kerja menggunting dan mengcop lagi.
Untuk AJK PPS. Tambah satu lagi buku motivasi.
Waaahaha, buku buku HM Tuah. Hurmm, semua aku dah ada.. kecuali Jom Mantop.
Maka, Jom Mantop laa jadi sasaran untuk pelekatan nama aku. HAHA.
Hani pilih Biar Betul Betul. Pink gitu! Kan kan kan?
Alahai... sedar tak sedar dah pukul 2 lebih. Hurmmm, pergi luar. Tengok.... eh, hujan? Hehe, duduk dalam library sepanjang hari sampai tak dengar bunyi hujan. Wakaka.
Okay, kerja semua sudah settle. Kat meja, ade asyraf fakar syadid muhai k farhah k gra tengah bercakap dengan ustazah. Hehe, ada juga fathi sang pengawas sekolah. haha, steady je turut sama.
Ahaks, itulah kami.. mesra dan cool
. dan itulah batch 1993
batch senior yang paling aku sayang. mereka sempoi dan sangat cool tahap giler giler. akan rindu mereka. kenangan with mereka. terutama geng pengawas pss. huk huk, sangat tidak dapat membayangkan bila mereka tiada tahun depan.
rase macam nak berhenti letak jawatan je.
kami satu keluarga, dan mereka tunjang nye. yang tak jemu jemu buat kerja denga ikhlas. yang tak jemu jemu kasi senyuman terindah.
huwaaa, mood sedih sudah.
hehe, maka aku dengan Hani pun pergi laa sertai perbincangan untuk jamuan esok. ewahh.
then, masuk bilik. kemas lagi beg beg kertas tu. ikot tingkatan. waahaha, beg beg tu under kuasa kami. ustazah serah kat kitorang, haha.
sempat lagi asyraf belek belek buku. iya laa, kan ada pelbagai pilihan. yang unbestnye, kami dah lekat nama nama kat buku buku. maka dia mereka aku kau tak boleh pilih. hehe, kecuali laa esok y'all nak tukar atas dasar suka sama suka. haha.
okeyhh, dalam pukul 3 lebih baru pulang. busy sangat rasa. jalan pun macam tak jejak tanah je. haha, ngade ngade. hurmm, pamplet tu aku tak tau apa khabar nye. haha
nasib laa.
kena belajar lagi gamaknya,
chaw.. sekian.
No comments:
Post a Comment