Thursday, November 25, 2010

Blog kami cam semacam kan....

Salam, haha. Post malam malam buta. Hehehe. Tak boleh tidur, maka jalan jalan kat blog je laa. Haha. Sekali bukak belog kawan aku yang chumil.. tup tup :
buka blog my sya izz, azim,syafiq,syafiqah...etc..ha..ha.blog kami cam semacam kan..over ke?? ha..ha.. dah terlebih kot..buka blog sya izz ..mesti sedih..sbb dengan ad daun yg luruh pastu ad music instrumental kalu x silap sy my heart will go on...kalau x salah laa...lpas 2 bca2..dia crita pasal kenangan dia ngn geng klas dia laaa..ha..ha..macam2 btul laa dia ni..pastu bukak blog azim..ad tittle 'haNYUT"..ingtkan aper..rupanya lagu faizal tahir 2...then..bka blog syafiq..dengan postnya "SENYUM"..apa yg penting ketiga-tiga blogger ni kecuali sy adalah ketegori JIWANG..sy ckp btul ni..ha..ha..x caya tngok laa blog mood dia ngn lagu dia..yg slow..yg sedih..yg bleh mrruntun jiwa..ha..ha.sy x bleh laa sedih2 ni..i luv something happy..i mean bit..ha..ha..tpi x pe laa.tu dioarang..ha..ha.tp sy kdg2 jer minat slow ni..mood sentiasa brubahkan??
ngeeee.

Boleh dia letakkan kami dalam kategori JIWANG ?

HAHA, takde erti nostalgia langsung laa dia tu. :p

Nostalgia bukan kisah kisah sedih. Nostalgia itu kenangan. Kenangan yang boleh meng'happy'kan hati. Wakaka. Jadi, belog aku ni takde laa JIWANG sangat.

Bak kata my zahir, belog azim dengan sapik je jiwang. Tapi, juara jiwangnya.. azim laa aku rasa. jiwang amat beb. Wakaka. Ahaaaa, yang Cyfaa je tahap bravo. Hak hak hak.

Psstttt. Aku suke je bace ayat yang aku bold kat quote tu. Best je bunyi blog kami. Hahaha, tentang cerita kami. Kita kawan selamanya beb, mungkin kawan sampai syurga


:D


Ohoo, lupe.. tadi tengok regu M'sia Sepak Takraw. Lawan Thailand jugak. Haha, poon chai takde. Tercari cari aku. Hihi, mula mula putra tu yang bahagian apit. tapi, ngaaaaa ngaaa ngaaaa kurang memberansangkan sungguh. Kena belasah terus je. Tak best tak best, tukar tengok acara terjun papan anjal 1m rase. Hihihi, then tukar balik Sepak Takraw.. oo yeahhhh. Shahruddin tu ade. Ganti Putra tu. Hahaha, hensem kan dia? Eyttt! Ceh, haha. Tapi, dia memang okay ape maen.. Aku rase dia yang banyak main peranan nak dapat mata. Bersungguh sungguh. Tapi, M'sia tetap kalah set kedua... 19-21. Huwaaaa, sikit lagi. Ishhh.

He. He. He.

Cyfaa siap tulis lagi kat wall fb aku, 
emo brooo.. hak3, bangga2
Ceh, haha. Mentang mentang letak gambar emo, ayat pun kasi over je gitu. Hihi. Dan, sekarang aku dalam proses mendelete kawan. Hurmm, kawan aku ada dalam tiga ratus lebih. Tapi, yang kawan betul betul berapa je. Yang lain, aci add approve je. Huhu. Aku sekarang rasa macam dalam proses membina benteng laa. Takde orang boleh masuk dalam hidup aku macam tu je. Haha, dalam dunia maya je gini.. Kat luar, aku laa si cantik yang paling ramah kan kan kan Zahir? Haha, sebab tu selamba badak je budak budak ni kate aku koyaa. Ekeke. Aku memang camni, just nak buat korang senyum je. Heh.

Ermm. Aku suka, bila orang tak kenal aku. Kat dunia maya ni laa. Haha, aku ni nama je blogger yang paling popular kat sekolah kan kan kan Cyfaa *koya lagi* ? Tapi, aku tak suka orang baca cerita aku sebenarnya. Aku kan pemalu, wakaka. Takde laa. Cuma, aku just menulis untuk diri aku. 

Mase awal awal buat blog, memang asyik try and error laa. Dah beratus jenis layout aku tukar. Segalanya aku dah cuba. Maen coding segala bagai. Pernah letak iklan. Blog walking. Nama pun berpuluh kali tukar. Tu semua nak jadikan blog popular. Konon konon. Haha, tapi sekarang Inside My Memoirs hanya laa simple. Hitam. Yang ada hitam dan tulisan. Sebab, aku tahu.. aku menulis ni just untuk catatan hati. Bukan untuk dibaca oleh orang, walaupun ada orang baca. Tapi, tak kisah laa. Haha, aku sekarang pun pemalas je nak blog walking ni. Dulu, aku rasa seronok. Tapi, sekarang aku macam tak nak luaskan hidup aku kat maya ni. Haha, macam cukup je dengan apa yang aku ada sekarang. Hari hari aku bukak blog sama je. Kak Arina, Kak Fathiyyah, Zahir, Cyfaa, Ziem, Sapik, Qilah. Dan, aku guna blog list diorang je untuk meneroka blog orang laen. Haha. Belog aku sendiri pun takde blog list. Malas nak letak. Hehe. Sebab tu laa aku asyik gesa kawan kawan aku ni update belog. Iye laa, aku bukak blog hari hari. Boring kalau takde cerita dari mereka. Hehehe.

Aku hanya nak privasi, cewaaaahhh. Dan, simple. Blog aku mana ada widget segala bagai. Yang ada shoutmix dengan plurk je laa. Hahaha. Kat facebook aku pun macam kosong je. Sebab aku suka mendelete. Ada dalam dua tiga hari wujud kat wall aku, maka aku pun delete. Seronok, kosong. Tak serabut tak penuh. Less is more. Hak hak hak. Aku suka senyap dan sepi. Walaupun aku tahu aku ni sebenarnya galak dan ramah kat luar. Tapi, aku suka macam ni. Dua attitude berbeza. Sangat kontra. Alah, kat luar pun aku biasa je emo emo ni tapi cover cover laa juga. Hahaha. 

Sekarang pun skema je post aku. Perkataan tulis penuh, walaupun kadang kadang ada tersasar gak bahasa pasar. Formal beb. Cewahhh, ayat perenggan perenggan. Takde warna warni besar kecik. Ekekeke. Pengalaman semua tu. Kalau tengok post lama lama aku, macam macam. Ada yang besar kecik laa. Warna warni. Yang panjang berjela tapi takde perenggan sampai sakit mata nak baca pun ada. Masa tu dah rasa cantek okay ape. Haha, sekarang bila tengok balik rase erkkkkkkk. Ape kes macam ni.. Hehe. Tak laa, aku suka baca blog yang orang tulis macam aku. I mean, formal ada tulisan penuh takde besar kecik warna warni. Simple. Sebab tu, aku pun tulis ala ala macam tu jugak. Aku suka. Kalau orang lain tak suka, bukan urusan aku tu. Haha.

Yang aku tahu, aku suka hidup macam ni. Seadanya. :)

8 comments:

ha_ziem said...

wow...kutok aq yerr

Sya Izz said...

eishh, bukan aku.. zahir... :P

Rossarina™ said...

hahaha comel korang. XD

i know the feelings, Sya Izz. what is important the most, to be able to share your unexplainable-with-talking feelings. thus, here you are, writing down on a piece of black paper.

bukan black pepper ye LOL XD

betul lah jiwang. dengan akak sekali nak nangis masuk sini wu wu pengakuan berani mati nih :S

wow wow blogger popular lah you :D

Sya Izz said...

hahahha, sayu je bunyi pengakuan berani mati tuh? hak3

tengs akak..

mesti akak pernah rase, dats y akak faham apa yang coba disampaikan. ekeke. :)

syifaa said...

haha,, azim memang jiwang pown.. realiti.. haha. esyman, rindu la pulak kt korang.. huhu

Sya Izz said...

cyfaaa - ak tk rendu ko. sbb ko suka tepon aku mlm2, hahaha

ha_ziem said...

aq jiwang??...tolonglaa...werx!

Sya Izz said...

urh plessss,,

dah kantoi pon tanak ngaku lagi.. ek elerhhh