Saturday, November 20, 2010

3600 Saat


Salam

Hai hai

Hehe. Ermmm. Semalam, mirah datang tidur kat rumah. Haha, kiranya dia ikot aku balik laa lepas kami kami pergi rumah dia. Hehehe.

Yang bestnya, semalam tidur dalam pukul 1 lebih. Habiskan Burger Del dengan 3600 Saat. Burger Del tu ceria aje ceritanya. Best laa! Tapi, 3600 Saat sangat sedih. Sob Sob Sob. Terharu giler cerita tu! Betol. Dah laa cover dia cantek. Sweet aje Hadi dengan Sofea. Hadi laa yang baek. Sedih amat bila Hadi mati. Huhuhu. T_T Cerita ni memang the best!

Hurmmm, hari ni pula Che Ma dah balik. Mula mula ingat nak ikot sama dengan kakak tapi cik za tak bagi mirah ikot sebab ade kerja. Huhu, terus luntur semangat nak pergi merembat novel. Wakaka, takpe laa.

Malam ni, ade empat je. Farah dengan Sarah pergi tido rumah Tok. hua hua hua. Maka, bila takde kerja nak buat.. tertengok laa Adib pegang catur dia. Hehehe. Apa lagi, sambil menonton Lee Chong Wei lawan dengan Cheng Jin maka aku belajar laa main catur. Dari z e r o. Haha, serius.. aku memang tak tau ape ape tentang catur. Adib dengan Adam je yang sibuk maen dengan benda tu.

Hehe. Maka, empat kali aku kalah berturut turut.

HAHA, kasi malu aje.. Budak 15 tahun kalah dengan budak umur 8 tahun. Kah kah kah.

Redha, redha.
Hehe, akhirnya.. Menang juga! Haha.

Then, sambung maen dengan Adam pula. Adib jadi penasihat aku. Hak hak hak.

Dua kali aku menang! Giler excited rasenye.

Hihihi.

Okay, setelah menumpaskan Adam dua kali maka riuh laa rumah. Haha, giler tak riuh. Sorak punya sorak siap 'give me five' lagi dengan Adib manakala Adam sibuk meratapi kekalahannya itu. Muahahaha.

Ermm, petang tadi sempat tengok Sukan Asia yang Sepak Takraw Malaysia lawan Thailand. Hurmm, aku sempat tengok beregu kedua je. Hehe. Berdebar weh time tengok tu. Harap punya harap je Malaysia menang. Tapi, bukan rezeki nak menang.. nak buat macam mana. Hua hua hua.

Tapi, aku suka je tengok pemain Norshahruddin Mad Ghani tu. Wakaka. Hensem giler. ade sorang yang thailand hensem gak. aku tak tau ape nama dia, poon chai kot. hehe, tak reti eja. *menggedik* haha, tapi best laa sekali sekala layan sukan. :P




Psstt : Hadi n Sofea. Suka sayang chenta buku ni! [Sampai aku jadikan gambar profile facebook]

4 comments:

Iman Hlovate said...

hai,first tyme komen kat sini..:) 3600 saat?Sapa penulisnya?Nampak cam best je..

Sya Izz said...

hype Iman... :)

Charon.. pts punyer keluaran. Sweet je citer ni! Memng best....

syifaa said...

jeles222222!!

ha_ziem said...

i dunno about novel..n dun wan to know...so boring...