Thursday, November 11, 2010

Majlis Akhir Tahun P PSS 10'

Salam 

Hye hye


11 November 2010 : Hari yang meninggalkan terlalu banyak memori manis dan indah. Yang akan sentiasa aku kenang. Haha.

Hari ni, pergi sekolah dengan blazer. Haha, setelah sekian lama aku campak blazer tu after PMR, akhirnya kena sarung balik. Sebab, yeahhhh.. Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2010.


Pergi sekolah, masuk kelas dulu. Okay, lepas baca doa.. Aku dan Hani pergi pustaka. Hehe, pengawas pengawas lain pun ada juga. Oo yeaahh, kite maen gunting gunting stepler stepler kertas jemputan. Hehe.

Okay, punya laa kalut. Sebab, tak jumpa cari kertas jemputan yang lebih. Huwaaaa, pergi fotostat kat koop. Masa pergi sana, Sir tengah cakap dengan cg mana entah. Haha, pandai pandai je try fotostat sendiri. haha, amik ko.. ade yang tak jadi. Bodek punya bodek laa pujuk Sir biar tak payah bayar yang dah tersalah tu. Hehe, akhirnya berjaya. Sir tak kira. Haha, gelak guling guling aku dengan Hani. Haihhhh.

Pergi pustaka balik, buat kerja gunting gunting tampal tampal kat pamplet. Hehe, then aku dengan Hani pergi edar pamplet for guru guru yang tak dapat lagi. Bilah dengan Fatin bagi kat kakitangan sekolah. Huk huk huk. Puas ni ronda ronda sekolah cari cikgu. Haha, ermmm takde laa ronda ronda sekolah. Setakat ronda ronda bilik guru je. Hahaha. Okay, dua tiga orang cikgu yang kitorang tak jumpa lagi. Huwaaaa, rehat kejap kat bawah tangga dengan Amni dan Aifaa. Amni sibuk duk pegang Adam Adli. Adik Aifaa, haha. Comel wehh. Tapi, Adam tak suka aku dan Hani kot. Pasal kami sudah usik usik dia kasi nangis. Wakakaka. :P


Okay, naik atas kelas laaa. Pergi panggil Zahir. Haha, tak aci ni. Dia dari tadi duduk dalam kelas. Hehe, suruh dia pergi bagi pamplet yang kitorang tak sempat bagi. Huk huk, aku rasa Fahmi yang lebih lebih nak pergi cari tadi. Hahaha. Pelik sungguh. Hurmmmm :)


Kemudian, amik blazer terus pergi dewan makan asrama baru. Oooo, dah ade orang orang kat sana ye. orang orang rajin yang tengah mengemas. Haha, rajin betol. Hehe, tengok tengok dah berhias cantek dewan makan ni. Yeahhh, sweet aje.


Okay, kena pergi pustaka lagi. Tolong buat print sesuatu. Haha, naik turun tangga laa pulak. Takpe takpe, then pergi dewan. Yang jauh nun dihujung sana. haha, bapak jauuuuhh. Hehe, nasib baik ada Hani peneman setia. Wakaka, tapi ade problem siket laa pasal beg beg cenderahati. Hua hua hua, rasa nak mengamok je. Siapa pandai pandai usik ni? Aku dnegan Hani dah buat betol punye. Haha, sabar sabar. Erm, tu baru problem pertama. Haha. Pasal beg beg ni ade problem. Aduh! ^^


Hurmmm, amik amik gambar dulu. Jalan jalan dalam dewan. Haha, okay. Aku tak tolong siket pun bab bab angkat sedia letak makanan ni. Ermm, tak kan semua kerja aku kena buat? Tapi, tabik giler kat Kak Farhah. Memang power laa KP girls aku ni.. Rajin amat. Semua jenis kerja dia buat. Walhal dia tu penolong KP... Hehe.


Ooo yeahhh, majlis dah nak start. Ehemm, kitorang duduk. Pakai blazer. Riben kuning kecik. Haha, comel weh! Fakar pengerusi majlis. Okay, then dengar Syadid KP berucap. Kemudian Cg Zizol. Kemudian lagi, bagi hadiah ke pengawas form 5 dan form 6. Hehe, yang form laen kena amik sendiri pas sudah majlis. Konon konon eksklusif untuk form 5 dan form 6. Hehe, diorang kan dah nak blah tahun depan. Huwaaaaaa.


Hmmm, masalahnye buat aku jadi kelam kabut. Kitorang dah susun nama ikot nombor segala bagai beg beg tu. tapi, macam mana boleh jadi tunggang langgang beg beg. Tak ikot itu ini. Huwaaaan, rosak majlis je. Hehe, kecoh je aku ni. Haha, bengang laa weh sedikit sebanyak. Redha redha walaupun mulut aku dah takde senyuman waktu tu. Bila dah sudah hulur hulur beg ke ustazah.. Kak Farhah pun cakap kat aku dan Hani kasi dia je urus. Haha, agaknya sebab tengok aku ni jadi serius semacam je. Wakaka, pandai je Kak Farhah ni. Tapi, benda dah jadi.. Takpe laa...


Senyum. Hehe.


Jom, kita makan! HAHA.


Aku dengan Hani try segala jenis makanan. Mula mula, aku amik koktail dan Hani amik kek. Haha, kek tu nampak je putih comel.. tapi, tak sedap! Haha, bagi kitorang laa. Koktail pun okay. Air sedap. Dah sudah, amik nasi briyani. Haha, siket je aku amik nasi. Agak agak boleh bilang, haha. Part makan laksa penang jugak yang best. Kitorang kongsi satu mangkuk. Then, mase tengah makan.. aku bangun. Budak budak ni letak lilin lilin bulat kecik kat atas alas meja. Cantek eksklusif je nampak. Tenang aje. Aku pun rembat satu biji lilin bulat kechik yang chumil dan bawa pergi tempat aku dan Hani makan. Haha, candle light lunch laa konon konon. Siap posing lagi. Terima kasih untuk phtographer kitorang! Haha, macam macam kerenah.


Tapi kan, bila sedang asyik maen maen lilin yang aku lapik dengan tisu pink.. tiba tiba terbakar tisu tu beb. Wakaka, mula mula kecik lepas tu dah semakin besar. Kalut weh, wakaka. Kite ketuk ketuk itu api dengan sudu. akhirnya padam. Huh, selamat. Haha. Ingat, jangan maen api Sampai pinggan polisterin pun berlubang. haha. giler betol. :P


Okay, lepas sudah menjamu selera.. maka tibalah masa bermain main dengan belon sambil posing cantek cantek ala ala budak kecik gitu. Haha, dunia ini kami yang punya. Memang riuh laa dewan tu. masing masing punya kisah tersendiri. hihi, terima kasih sekali lagi ye untuk gambargrapher kitorang. Aci redah je siapa yang dekat kitorang suruh. Hahaha. Tak, tipu je. Gambargrapher kami eksklusif tau!


Hurmmmm, borak borak then tibalah masa mengemas dewan tu. dengan agak agak rajin kami tolong. haha, memang kerjasama la budak budak ni part mengemas ni. Berseri je dewan. Hehe, borak borak dengan geng f5 yang sempoi. Haha, amik amik gambar. Kenangan, sebab tahun depan mereka akan jadi satu nostalgia untuk aku. Huwaaaa T_T


Ehhh, sempat tanya dan buat pernyataan kepada si dia. Si dia pun sporting lebih je hari ni. Entah macam mana aku boleh tanya dia macam tu. Terpinga pinga matanya yang redup itu. (?) HAHA. Ayat pun dah tak betol ni. Haha, yang penting aku asyik cakap je kat geng f5 suruh diorang sekolah kat sini lagi tahun depan. Tak kasi mereka bergelar bekas pelajar. Haha, sayang diorang!


Hurmm, agak agak dalam takde orang.. siket siket je tinggal.. main kotak beracun. HAHA, aku dengan Hani jadi gambargrapher. Nahdi tak maen, jadi penonton. Yang lain buat bulatan. Haha, riuh! Fatin kena buat watak rose dalam citer titanic. tapi, dia tak tahu. maka dia cabut lagi.. last last boleh 'buat gaya orang mengandung berjalan' HAHA, gelak sakan kitorang. Tapi, bagi excuse laa. Kesian dia. Haha, Muhai kena jadi ala ala pengacara majlis. Hihi, dan ada sorang kak ni kena pergi kat kawan dia dan cakap 'saya sayang awak' sebanyak tiga kali. Haha, beria ria kitorang suruh kak f6 tu pergi cakap kat nahdi. Haha, gelak gelak gelak. Last last, kakak tu cakap kat orang sebelah je.


Heeeee, happy!


Sangat sangat.


Hehe, dah sudah majlis.. pergi bilik kaunseling. maen maen dengan Iman. Menunjuk nunjuk gambar tadi. Haha, sempat lagi main rebut belon. Si aifaa dan amni nak rampas belon belon aku. Aku pegang dengan kejapnya. haha, diorang tarik juga. Haha, drama kat depan pintu bilik kaunseling. Dah laa tempat orang lalu lalang. Kasi malu beb!


Haha.


Pulang, dengan happy amat!


Terima kasih korang, untuk kenangan terindah kali ni.


- gambargrapher : zahir 
- gambargrapher [ii] = syadid


model model bergaya = kanak kanak pengawas pusat sumber


Terpinga pinga matanya yang redup itu = dia = my AI [haha]


:P





































































Dan sekarang,

Terima kasih untuk nostalgia ini.. 

 - Us -

No comments: