Salam.
Hehe, hari ni buat drama ye. Drama lari lari cari cari. Hahaha. Erm, takde lah. Cuma, terlebih emo siket hari ni. Ermm.
Kesian kawan kawan aku.
Heh.
Erm, hari ini aktiviti macam biasa. Melepak di bilik kaunseling. Erkk. Sangat best yee. Ermm, dalam pukul 10 gitu.. Pergi dewan makan, tengok boys yang macho tengah nasyed. Oo yeaa yeahhh. Mereka sangat sangat comel. Haha, kawan kawan aku.
Izzat, Fahmi, Akkir, Hazim, Hafifi, Mukmin, Nik Syafiq, Kamil
Hoho, mereka pakai baju melayu kuning yaa, hensem gitu.
Hehehe. *puji kawan kawan terchenta*
Okay, lepas tu pergi jumpa Teacher Azhana. Pasal Poem. Erkk.
Kemudian, pergi dewan makan lagi. Girls penonton dah tak ada. Ada cikgu Azimah je. Heeee, berlatih dengan Zahir kejap. Baru blah ke bilik kaunseling lagi.
Ohohoho.
Ermm, geng nasyed ke bilik kaunseling. Oh, panggil Zahir. Suruh ajar poem ni. Hurmm, masuk bilik kaunseling kelompok. Ramai ramai. Erkk, kejap chong masuk. Kejap mukmin masuk. Kejap fifi masuk. Kejap hazim masuk. Kejap Danial masuk.. Sempat lagi diorang main gurau gurau. Konon konon jadi juri laa itu ini. Ceh, dasar perangai macam budak kecik. Keluar masuk keluar masuk. Last last, cikgu Azimah cakap.. 'tak payah masuk kalo nak maen!' haha. padan muka korang.
ermmm. akhirnya, tinggal zahir, mukmin, eeda, husna syifaa, eefa dalam bilik tu. Hurmm. *nak masukpart emo*
Aku buat itu ini asyik kena tegur je. Bla bla dan bla. Huhu, rasa nak nanges je. Aku tahu aku tak pandai. T_T kena nada tu, nada ni. panjaaaaaaaaang, pendek laa. Huk huk huk. Last last, masa tengah komen komen cakap cakap ni aku pun bangun terus buka pintu terus keluar dan blah dengan hormatnya. Erkk. Sangat sangat tidak boleh mengawal perasaan. Rasa macam sudah fed up yer.
Hurmm, geng ni tergamam gitu je tengok aku blah tanpa amaran. Aku pun tak tau nape aku boleh bangun dan keluar macam tu je. Okay, dari bilik kaunseling yang tingkat paling bawah tu.. aku naik sampai lah ke tingkat tiga di mana kelas kelas form 3. Hurmm, naik dan berjalan ke hujung koridor. Sebelah dengan kelas Q. Kat koridor tu ada kerusi. Maka duduklah aku tercongak seorang diri melayan rasa kat situ. Lama laa jugak kat situ. Lebih kurang setengah jam.
Hurmm, aku dengar suara budak budak tapi buat tak tahu je laa. Melayan ke'emo'an adalah lebih penting ye pada waktu itu. Kan aku makan orang kan. Hehe. Sambil melayan ke'emo'an tu.. aku terus berlatih poem. Errmm, depressed? Maybe.
:]
Hurmmm, dalam 1 lebih tu.. aku pergi kat kelas aku. Tengok ada Thirah, Mira dengan F Najihah je. Hurmm, diorang tengah duduk atas kerusi yang telah digabungkan dan berselimut. Hak3, macam berkhemah laa sayang oi. Hurmm, aku pun tumpang sekaki. Pergi tidur. Mula mula tu ketar. Erkk, musim tengkujuh kan. Hihi. Kemudian, Thirah pun selimutkan aku. Huhu, sungguh sweet. Heeee.
Oh yaa, perkara pertama thirah cakap ramai orang cari aku tadi. Haha, rupa rupanya geng ni cari aku. Eeda, Eefa, Cyfaa, Hazim, Zahir. Huhu. Aku sengih jer laa kat Thirah. Hurmm, kemudian Hazim dan Zahir masuk kelas aku. Tanya mana aku? Haha. Aku di sini. Hehehe. Hazim cakap akhirnya jumpa jugak. Merata orang cari. Haha. :D
Aku pandang diorang sambil sengih. Siapa suruh cari? Hurmm, kemudian aku gaduh gaduh siket dengan Zahir sebab aku suruh dia je yang ganti aku. Hehe, alasan: Kan dia dah janji nak ganti aku kalau aku tak boleh buat. Hurmm, mase tu kat pintu belakang kelas, kitorang nak menuju ke bilik kaunseling.. Oh yaa, disebabkan aku tengah melayan ke'emo'an yang masih bersisa maka adalah macam aku marah marah siket kat Zahir ni. Haha, bukan marah. Cuma, suara aku terkuat volume. Haihhh. Tiba tiba je dengar Izzat Aya kat Zim dengan Zahir cakap yang aku ni macam tengah stress. Erkk, pandai pandai je ^^
Bila melangkah masuk ke bilik kaunseling, terus cakap kat cikgu Azimah kata tak mau masuk. Cikgu sengih tengok aku pelik je. Iye laa, muka berkerut semacam. Spek tak pakai. Mata pun tajam je. Huuhuhu. Aku cakap suruh Zahir ganti. Erkk. Lupa, eefa sengih sengih tadi bila aku masuk. Cyfaa pula tanya okay ke dop? Haha. Cyfaa siap mengadu lagi merata rata diorang cari aku.
Erkk.
Maaf ye kawan yang ku sayang. :{
Huhu.
Kemudian, masa di habeskan dengan bertekak dengan Zahir kat dalam tu. Dia cakap aku boleh buat punye. Aku cakap dia kena ganti aku. Dia cakap tak nak. Aku cakap, kena. Huhuhu. Last last cikgu Zimah boleh cakap.. 'olooohh. balohh laa dulu sep awak laki bini ehh..'
Erkkk.
Chekgu!
Cikgu pun dah pening. Iya laa, aku suruh Zahir. Tapi, Zahir tetap je kata tak nak.
Huh.
Dia asyik cakap, boleh buat punya boleh buat punya boleh buat punya :)
Aku dah muncung mulut mase tu.
Dengan orang pun dah tak bercakap walaupun bilik kaunseling tu hingar bingar macam pasar.
Cikgu pun tanya.. kenapa sebenarnya dengan aku ni?
Hurmm, cikgu pun pergi dekat ruangan cikgu. Aku pun menyusul. Cakap cakap sekejap baru. Dah sebak. Haha, mata dah berair. Nak cakap pun terkial kial sebab takut air mata tumpah. HAHA, adu semua kat cikgu. Hihi, nasib baik cikgu faham. Heeee, last last dah okayyy. Iye cikgu. Saya masuk.
Hurmm, bila cikgu Zimah keluar. Tinggal aku dengan geng nasyed. Erkk, cikgu azman. Hurmm, fifi ni suka benar buat orang tergelak. Macam macam akal. Haha. Geng geng nasyed ni sangat comel. Hehe. Okayy, borak dengan Zahir. Aku cakap laa pasal apa aku lari bla bla dan bla..
HAHA.
Dan, dia kata aku kolot. Oh, sempat jugak dia pesan itu ini bla bla dan bla...
Urh, aku sengih je.
Sebab aku memang tak terasa.
Iya, mungkin orang pandang aku macam tu. Tak mahu terima kritikan. Mudah memberontak. Manja, HAHA. Yang penting, aku tahu.. Aku masih tak bersedia terima kritikan. Aku susah dengar kata orang.
Hurmm, sebab itu aku lari lari kot. Haha, dan kawan kawan pula kena cari cari.
:P
Haha, diorang siap warning lagi.. Esok last latih.. jangan lari lagi! Hahaha.
Erkk, iye laaa.
Kemudian, keluar dari bilik kaunseling dengan perasaan yang agak okey.
Iye, tengs ye kawan kawan. Aku sayang korang. Walaupun aku tahu aku banyak menyusahkan. Huhu.
Aku lari lari kamu pula cari cari
:D
No comments:
Post a Comment