Rindu.
Rasa rindu.
Rindu yang amat. T_________T
dia cakap dia sayang aku.
dan, aku cakap aku tak sayang dia.
(walhal sebenarnya sangat sangat sangat sangat sayang)
sengaja.
sebab takut, tak boleh bertahan kalau dia takde.
sebab takut, ditinggalkan oleh orang yang sangat disayangi.
walaupun sedar, bahawa semua ini memang tidak kekal.
tercakap lagi pada dia waktu separa sedar,
jangan sayang aku.
nanti aku tak mampu bertahan kalau dia takde.
dia, budak kecik yang sangat sangat sangat aku sayang
salah seorang daripada perempuan-perempuan kesayangan hati
selalu, rakan-rakan seusia bertanya,
kenapa sayang sangat pada dia?
dengan konfiden jawab, sebab dia ADIK aku.
dia adik aku, bukan sebab sesiapa.
dia adik aku, yang selalu ada tika tangis dan tawa
dia adik aku, yang aku sangat sayang
dan dia, adalah budak kecik (junior) pertama di mana kami bercakap menggunakan ganti diri, 'aku-mu'. haha. kawan-kawan lain bila diorang dengar kami cakap ber 'aku-mu', selalu aje buat muka aneh, konfius kenapa kitorang cakap macam tu.
ada yang cakap lucu, ada yang cakap sweet, ada yang cakap sempoi, ada yang cakap cool.
tidak kisahlah, cumanya bila berbahasa aku-mu walau budak kecik itu dua tahun lebih muda... terasa seperti lebih akrah, seperti boleh berkongsi segalanya dengan dia.
dan memang, aku berkongsi hampir segalanya dengan dia :D
kerana dia tidak pernah lelah untuk mendengar...
walaupun sentiasa lepak sama-sama
walaupun sentiasa curi jugak masa yang ada untuk berjumpa setiap hari
di surau, di koop, di perpustakaan
walaupun sentiasa bercerita tak henti-henti pabila bertemu
walaupun sentiasa orang cakap, "asyik berkepit je dua orang ni"
tapi, sungguh, masih akan rindu bila dia tiada di hadapan mata
Tuhan,
pinjamkan aku walau secebis kekuatan.
walau secebis.
PS. Tukang tulis sedang merindukan kesayangan-kesayangan hati a102, dan a206. Rindu yang tak tertahan. Terpaksa buat-buat pejam mata, dengan harapan sakit rindu ini akan hilang. Rindu untuk berkongsi hidup bersama mereka. Sungguhlah, T________________T
PS II. Tukang tulis dah tak jadi a strong girl. rindu sikit je dah nangis. sikit sikit nangis. itu nangis. ini nangis. hey, good girl tak nangis lah! *pujuk diri sendiri*
PS III. Sudah bulan Jun. Selamat datang, Jun :) Moga baik-baik sahaja...
PS IV. Allah, please be my strength!
No comments:
Post a Comment