Thursday, May 31, 2012

This is a battle!


Hari ini dah hari Khamis.

Haaa? Khamis. Warghhh. Dah dekat seminggu bercuti. Sebenarnya, bosan duduk kat rumah! Rindu sekolah. Rindu nak belajar sama-sama, huarghhh. Nak jumpa kesayangan-kesayangan hati. Huuu. Apa ni. Manusia, memang macam ni. Bila waktu sekolah, mau cuti. Bila dah cuti panjang-panjaaaaaaaaang, rindu sekolah pulak. Bersyukur lah, Sya Izz! :D

Masih rasa belum memanfaatkan cuti dengan sebetul-betulnya. Mana taknya, tengok TV berjam-jam, bila iklan baru bukak buku. Sudah sah lah buku telah dianaktirikan. Hua hua hua. Malasnya. Malasnya. Malasnya. Tapi, teringat pesan seorang senior tahun lepas, "Orang malas takkan berjaya". Perghhh. Kenyataan.

Esok dah Jun 1. Bulan enam. Bulan enam? Tidaaaaaaaaaak. Kenapa masa berlalu begitu pantas? Atau, sebenarnya aku yang tak pandai guna masa dengan betul. Sampai masa itu, hilang begitu sahaja.

Bulan-bulan yang terakhir, sepatutnya digunakan untuk menelaah buku-buku. Hei, ini the biggest exam lah in your life! Jangan pandang enteng. Taaak. Semua ini bukan dunia semata-mata. Bila belajar sungguh-sungguh, insyaAllah akan dapat keputusan yang baik. Bila dapat keputusan yang baik, mudah untuk mencapai cita-cita. Bila dah capai cita-cita, boleh jadi pakar. Boleh jadi professional. Boleh jadi muslim yang berjaya. Yang boleh berbuat sesuatu untuk Islam. Islam perlukan orang-orang yang kuat, untuk bangkit.

Allah...

Dunia hari ini memang mencabar. Sangat mencabar. Takut sebenarnya. Sangat-sangat takut. Dunia dah sangat sangat sangat tua. Dan, aku takut, bilamana aku mati, Tuhan akan tanya, apakah aku betul-betul sudah hidup di dunia dengan menjadi hambaNya yang betul-betul hamba? Sehamba-hambanya.

Takut, bilamana aku mati, Tuhan akan tanya, apakah aku telah menunaikan segala hakNya.. sebagai Tuan aku di dunia ini?

Takut. Takmau masuk neraka, tapi sangatlah tidak layak untuk masuk ke syurga.


Amni cakap, kita akan masuk syurga.. bukan kerana berapa banyak amal ibadah yang kita buat. Tapi, bergantung pada redha Allah. Redha Allah tika kita hidup di dunia.

Dan, mati... itu pasti.

Sumpah, perjuangan hidup di dunia memang panjaaaaaaaaaaaang.
Makanya, jangan penat dan jangan lelah.

Belajarlah,
untuk menjadi Muslim yang lebih baik.

Belajarlah,
selagi masih ada ruang dan peluang.

Belajarlah,
jika mahu menjadi orang berilmu.

*tiup semangat pada diri sendiri*

Jom Sya Izz, jom belajar!
A real warrior never quits, indeed!
This is a battle.



 



Cakap-cakap pasal Physics dengan Ayah Mat. Hoho. Bla bla dan bla. Then, Ayah Mat cakap, "Ayah Mat yakin pada Iqa"

Erkk. Dushhh. Jom study!
Enjoy! :')


PS. Budak kecik Hajar, cepat-cepat balik! aku rindu! Nak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Rindu sangat-sangat! :D




No comments: