Sunday, May 6, 2012

Jebat


Ianya Sarah yang nakal menjadi titik temu kami sekeluarga dengan Jebat.

2009.

Si Sarah cakap dekat mama, mahu tumpangkan kawan dia pulang ke rumah. Bila dah sampai dekat rumah kawan dia, tak semena-mena budak tu turun dan angkut Jebat bawak balik rumah kitorang. Haha. Semua orang macam tak berapa sayang dengan Jebat waktu tu. Mana taknya, Jebat la kucing pertama yang diambil secara rasminya menjadi kucing peliharaan. Tak pernah bela kucing segala bagai ni.

Waktu tu, Sarah dengan Adam je yang take care Jebat.
Hui, siap tak bagi Jebat duduk dalam rumah lagi.
Takut itu lah, takut ini lah.
Aku pulak, tiap kali mendekat dengan Jebat, tiap tu bersin. Waahaha.

Tapi, semua tu permulaan je.
Alah, lama-lama akhirnya jadi sayang jugak.

Jebat tu dah macam adik-beradik kitorang dah. Dia ada banyak sangat nama. Nama rasminya, memang la Jebat. Nama glemer; Abang Bong dan macam-macam lagi yang aku dah lupa :')

Jebat la yang jadi teman tido aku.
Jebat la yang suka duduk (?) di meja belajar aku.
Jebat yang sangat suka maakaaaaaan, pantang dengar bunyi kat dapur =.='
Jebat yang selalu tunggu di muka pintu, bila kami pulang ke rumah

Jebat yang hebat
Yang banyak sangat memberi kenangan :(

Pernah, Jebat main-main dengan mama, dan aku berada di sebelah.. Dengan selamba-yayaya budak Jebat tu pergi kepada aku dan tidur sambil aku usap-usap dia. Alahai, Jebat yang sangat manja.

Jebat, yang pernah aku letak bawah saji. Haha, dah ganggu sangat orang nak makan.

Jebat, yang pernah aku kurung dalam bilik waktu kitorang makan kat dapur. Sebab, Jebat sangat suka ganggu orang nak makan.

Jebat, yang suka datang bersandar dekat CPU komputer ini tatkala aku sedang menaip. Huish, selamba je jadi model depan skrin komputer ni.

Jebat, yang selalu buat aku jerit, "Jebat!!!"

:') Dan semua itu tinggal kenangan.

Jebat, sehari dua ini sakit. Tak tahu sakit apa. Kebetulan, Jumaat klinik tak bukak.
Ingatkan Jebat macam biasa je.Well, Jebat was a strong cat. Selama tu, dia dah mula menyendiri. Makan tak nak. Duduk dalam bilik Kak Atin sorang-sorang. T______T

Dan, hari ini, petang tadi, bila Ayah Chik dah balik....
Nampak Jebat bawah kereta. Dah nampak macam tak larat dah. Orang panggil pun mengiau slow je.
Cakap dekat Papa suruh bawak dia ke klinik esok.
Selamba-yayaya je Papa cakap, ish tak lama dah tuuu. Nak mati dah.
Tiba-tiba bergenang air mata bila Papa cakap macam tu.
Masuk bilik, mesej orang di sana, sedih :'(
Sambil pejam mata, tup tup menitis tak henti-henti, sambil doa dalam hati.. tak nak sangat Jebat mati!

Tak lama tu, Sarah ketuk pintu sambil nangis-nangis. Warghhh, dia cakap Jebat dah mati. Terus keluar rumah, tengok Mama pegang Jebat. Apa lagi, menitik-nitik air mata. Beria-ria aku dengan Sarah nangis. Tak boleh tahan. Tak percaya! T_____T

Masuk bilik, kol orang di sana. T__________T Nangis-nangis cakap Jebat dah mati. Sedihnya tskk tsssskkkk.

Maghrib tu, baru Papa balik. Sementara tunggu Papa dan Adam balik, berkampung la di sisi Jebat. Usap-usap dia, sambil teresak-esak. Hujan pulak masa tu. Huuuuuu.

Bila Papa balik, Papa boleh pulak gelak tengok aku dan Sarah nangis. Dia cakap, "biasa la, manusia pon mati.. ni pulak kucing"  =.="

Tanam Jebat bawah renyai hujaaaan.
Jebat, dah tak ada :'(







Empat tahun dengan Jebat.
Tuhan, terima kasih hadiahkan Jebat dalam hidup kitorang, walaupun seketika.
2009-2012.

Waaaaa, nak nangis... Rindu Jebat!

Nanti jumpa di syurga, ya?


Yang merindui,
-iqa-



No comments: