Thursday, May 17, 2012

Yaumul Muallim


May 16, 2012


Selamat Hari Guru!


Heeeee, konon-konon ini tahun last sambut hari guru kat sekolah. Erk, betol lah dah last. Dah tingkatan 5, huuuu tahun depan tak sekolah dah :D


Untuk sambutan tahun ini, semua organisasi bekerjasama. BPS, PPS, PRS, dan BADAR :) Ketua pelajar kitorang; Encik Famy sememangnya seorang yang sangat mementingkan perpaduan hahaha. ^^ Waktu kitorang duduk berbincang pasal sambutan ini, aku sudah dapat membayangkan, betapa meriahnya persediaan yang akan dilakukan pada malam nanti. Wuuuuu, biasalah.. Mesti budak aspura aspuri turun padang bergotong royong buat semua ini. Rindunya dekat asrama! :) Dengar cerita, bebudak ni tido dalam pukul 1 pagi lebih, untuk hias tapak perhimpunan tu dengan belon-belon segala bagai. Wah, mesti seronok! ^^


Pagi. Marilah beratur beramai-ramai :) Tradisi seperti tahun-tahun sebelumnya, iaitu perarakan guru-guru. Dengan kompang, bunga manggar, segala bagai. Alah, macam orang kawen :D Dari surau, sampai lah ke tapak perhimpunan. Sebelum tiba kat tapak perhimpunan, ada persembahan silat daripada abang-abang tingkatan 6. Yeah yeah. Bersilatlah sepenuh hati! =)
















Makanya, acara di tapak perhimpunan pun bermula. Yeah. Cikgu-cikgu baca perutusan, bla bla dan bla. Hehe. Cikgu baca perutusan, kitorang kat belakang sibuk bergambar. Haha. Tak apa lah, tahun terakhir kan? Mentang-mentang dah senior, selamba-yayaya je posing! :P


Sebenarnya, aku sangat suka dan cukup teruja dengan belon-belon kat awanan tu! Hahaha. Suka suka suka. Aku rasa, cantik! Hehehehe. Good job, kawan-kawan! ^^






 











Okay, lepas cikgu nyanyi lagu sempena hari guru tu, tibalah pulak masanya kitorang pulak yang nyanyi untuk cikgu. Yeah yeah. Bebudak ni pakat nyanyi ramai-ramai, kuat-kuat. Lagu tu macam lagu budak kecik, serius, best!!! :D How exciting the moment was. It sure nice to be one part of them :')










Tahun ini, kita ada gimik roket. Sebagai salah seorang yang dah pernah buat roket hahaha tahun lepas, dah tahu dah, ada kemungkinan yang sangat besar untuk payung terjun itu tak terbukak. Bila roket dilancarkan oleh ahli roket sekolah hehe tup tup bila dah dekat ke bumi baru terbukak payung terjun tu. Fuh, kasi berdebar je. Ingat kan dah tak mau terbukak. Huuu, excited kejap sebab gimik roket tu berlangsung dengan jayanya, muahahaha. :D


Habis perhimpunan, jom masuk kelas. Setel hadiah untuk cikgu-cikgu, buat kad ucapan huhu baru nak buat. Hehehe.


Sambutan tahun ini, simple jugak meriaaaah. Yang meriahnya, bila aku dan kawan-kawan merempat dalam bilik guru cari cikgu-cikgu ucap selamat hari guru dan kasi kad ucapan segala bagai. Huhu, sangat lah perlu berterima kasih kepada Wan yang dengan sukarelanya tolong aku gulung-gulung kad ucapan itu serta mengikatnya dengan reben. Ala-ala sijil gitu, huhu.


Waktu cikgu-cikgu tengah asyik bersukaneka, aku dengan Wan stay kat library siapkan mende tu. Hehe. Yang terharunya, sedang asyik merayau-rayau dalam bilik guru, tetiba Teacher Alisah tunjuk kad yang aku bagi tu. Fuh, cikgu dah lekatkan dekat dinding. Waaaa, malu laaa cikgu =.='

Teacher Saodah pulak cakap, cantik! Dan, dia letak dekat meja dia. Huuuu, you are so sweeeet. :') Bergelak ketawa dengan Teacher Salwati. Hailaaa, sakit perut bila main-main speaking dengan dia... memang hancusssss english aku. Penat :D

Cikgu Aida; yang syok makan aiskrim. Aku pergi dekat meja dia, dan dia hulurkan aiskrim. Tanda mahu suap. Dengan selamba-yayaya, aummm yummmy. Aiskrim dah masuk mulut. Hehe, cikgu ketawa sambil cakap, "tak maluuu :P"

Cikgu Faridah; yang asyik cakap geram dekat aku. Hahaha. Mana taknya, soklan objektif okay. Soklan sturktur sangat lah okay. Belek-belek kertas, cikgu tulis tahniah.. tahniah.. dekat certain soklan yang dapat full marks. Tup tup, belek bahagian esei.. amik kau.. terpampang kat depan dengan pen merah.. cikgu tulis tak lulus bahagian esei! Merapu meraban meroyan hahaha. Tapi, aku tak tahu kenapa aku asyik rasa nak gelak je. Tambahan pulak, bila cikgu cakap yang dakwat pen merah dia habis untuk mark paper aku je. Selamba-yayaya je cikgu suruh aku ganti balik dakwat pen dia. Hehe. Sorryyyyyy cikgu :D

Cikgu Mat Chik; aku dengan Qilah pergi ketuk-ketuk pintu bilik disiplin. Cikgu oooo cikgu :D Gelak-gelak dengan cikgu. Hahaha, aku sempat tulis dalam kad, terima kasih sebab sudi ajar aku physics walaupun aku asyik tak paham-paham. hahaha.

Banyak kenangan dengan cikgu-cikgu, dan kenangan itu semuanya super duper best!
I know, that I will miss those beautiful moments in the future.
All my teachers, are one of my life miracles. They such my guardian angels.
I do love them, whole-heartedly.

A million of thanks, teachers! :)















Melepak di surau sebelum pulang bersama budak kecik kesayangan hati.
Budak, jaga diri.


ilytmdt, =D




Sungguh, saya sayang cikgu-cikgu saya!
Sayang yang amat.


Cikgu, terima kasiiiiiiih.





No comments: