Thursday, November 26, 2009

Puisi Untuk SyAz


Dahulu kita sering bersua
Beriringan simfoni melangkah impian
Memahat sejarah mencipta tamadun
Dalam setiap langkah aturan.

Namun kini,masa semakin menjauh
Menanti detik untuk bertemu kembali
Mengharungi hari-hari mendatang
Dengan penuh senyuman,penuh keikhlasan.

Atas nama sahabat
Kita erat,bergembira senantiasa
Atas nama teman
Kita bergelar kawan selamanya.

Sungguh aku rindukan kenangan kita
Aku suka mendengar suaramu
Aku riang terlihat kemanisan hati mu
Kerana kamu dan aku adalah satu.

Oh!Maafkan diriku wahai teman
Andai aku tanpa mahu telah melukai hatimu
Tiada sama sekali niatku mahu begitu
Namun,semuanya mampir begitu sahaja.

Andai kau dan aku kembali bertemu
Sungguh pasti hariku indah berlalu
Meski hanya di ruang rindu
Memori lama tetap hadir.

Yang pasti aku berharap
Kau dan aku kembali bertaut
seperti hari dulu-dulu
ketika kita masih punya kasih di hati.

Ini kisah kau dan aku
Ini cerita tentang dua kehidupan
Ini catatan dua hati
Seinfiniti simfoni akan terus bergelar warisan lagenda.





Puisi Khas untuk SYAZ.
:)


3 comments:

Jiehah said...

waauuuuuu..............sedap bebenor puisi cow.......tapi sya izz x kan untuk syaz jer kut?!!puisi untuk jiehah x der..........tuk romieeeeeeeeee kew????!!!

Anonymous said...

amboiii222..jiehah kena merajuk dulu dgn sya izzz bru sya izzz buat puisi untuk jiehahahahahah...

-Sya Izz-

Jiehah said...

insyallah.....................
tngok lah dulu bile jiehah nk ngajuk!!!i love sya izz love honey 4 ever!!!
until when when.............
huhuhuhuhuhuhuhuhu......