Friday, November 27, 2009

Aku


Aku adalah aku.

Aku bukan sesiapa namun aku di sini hadir sebagai manusia yang bergelar anak,pelajar,sahabat dan sebagainya.

Aku berusaha untuk menjadi sahabat yang baik.Aku mahu menjadi teman yang menyayangi dan di sayangi oleh kawan-kawanku.Aku mahu menjadi insan yang sudi berkongsi cerita suka dan duka bersama sahabatku. :)

Cukuplah segala mimpiku.Dan sekarang aku terlihat gelang ditanganku.Gelang istimewa daripada Syi[FA].Saat aku terpandangnya,terus terbayang Syi[FA] di dalam mindaku.Aku tersenyum.Kasihnya akan ku sentiasa pegang kerana dia sahabatku.


Dalam hatiku cuma ada satu.Satu.Aku mahu insan-insan di sekelilingku gembira,tersenyum dan menyanyikan lagu riang sepanjang masa.Aku senang melihat mereka begitu.Aku sayang mereka.

Yang penting,sudah aku sematkan saat ini.Aku adalah aku.Aku sedar aku tidak terlalu sempurna bahkan mempunyai berjuta kekurangan.Aku cuma harap,mereka yang hadir di sekelilingku sudi menerima tingkahku,gembira apabila bersamaku dan sentiasa berkongsi kisah mereka denganku.


Aku?.Aku cuma manusia.Maafkan diriku jikalau aku ada terkasar bahasa atau tersilap kata.Aku tidak pernah lepas dari kesilapan.Namun,aku sentiasa mahu berusaha menjadi seseorang yang baik.Aku tidak kisah apa pun.Cuma,aku mahu diriku diterima.Maaf kalau ada tingkahku yang tidak disenangi atau nasihat yang diberikan tidak aku endahkan.

Aku sentiasa aku.Aku tidak mahu merubah diriku untuk kebahagiaan orang lain meskipun aku cuba.Aku sayang diriku.Ceria dan gembira.Selamanya.Lagenda hati.




2 comments:

Hua Sheng said...

jadi lah kamu sebagai kamu.
:)

Sya Izz said...

thanks kak hua sheng :)