Monday, November 16, 2009

Akhir tahun : 161109


Assalamualaikum ! Salam gembira!

Apa khabar kawan-kawan ? .Hmmm.Hari yang cukup meriah.Hari yang sangat indah.Hari yang memang seronok!Okay.Okay.Jom cerita!

Pagi tadi kelas Sya Izz buat jamuan akhir tahun.Kali ini jamuan kitorang bertempat di Kelas 5 Ibnu Taimiyyah.Hoho.Seperti biasa laa,mula-mula kitorang kemas kelas tu.Susun baik-baik meja.Letak kerusi elok-elok.Kitorang juga sempat tiup belon-belon.Belon?.Yup.Satu perkara wajib kalau mengadakan jamuan.Baru lah ada gaya.!.Haha.

Sementara kawan-kawan lain buat kerja diorang,Sya Izz dan Husna sibuk susun atur hadiah.Hadiah apa?.Hadiah untuk pertukaran hadiah sesama kita.Haha.Sambil susun hadiah,kitorang bercakap-cakap.Semua orang ada peranan tersendiri.Apa pun,apa yang penting?Kerjasama!

Dalam pukul 10.00,kitorang merasmikan jamuan akhir tahun kelas 2 Ibnu Rushd tahun 2009.Nak tahu menu kitorang?.Ada nasi ayam,sate,roti jalan dan lain-lain makanan.Yang seronoknya,makanan memang sedap ditambah dengan perisa 'ukhwah'.Hmmm.Makan beramai-ramai bersama kawan memang seronok!Ada yang makan sambil cakap-cakap dengan cikgu,ada yang makan suap-suap.Wau!Macam-macam gaya ada.

Selepas kitorang habis makan,barulah cikgu-cikgu muncul.Dengan gembiranya kitorang pula yang melayan guru.Ada yang senyum.Ada yang sibuk mengambil gambar.Snap sana!.Snap sini!.Haha.Macam-macam.Ada yang main belon.Sebab apa kita main belon tersebut?.Sebab belon-belon tu semua dah dicantikkan oleh SyAz,kawan kitorang yang manis berlesung pipit.Haha.Betul!.Belon yang kosong tiba-tiba menjadi cantik gara-gara SyAz menggunakan markernya lalu melukis corak ke atas belon-belon tersebut.Terima kasih!Haha.

Tadi,kitorang mewakilkan Izzat yakni ketua kelas 2 Rushd supaya memberikan hadiah daripada kelas 2 Rushd kepada Sir Halim.Sir Halim,guru kelas 2 Ibnu Rushd yang memang sporting dan cool!.Biarpun hadiah tersebut tidaklah terlalu mahal namun kami harap Sir dapat terima.Mungkin boleh dijadikan kenangan daripada warga kelas 2 Rushd.Maklumlah,tahun depan Sir sudah tidak mengajar kitorang.Sob.Sob.Sob.Opss!Lupakan dulu perkara sedih.Haha.

Lepas bagi Sir hadiah,kitorang minta bergambar dengan Sir.Memang kali ni laa pertama kali bergambar dengan Sir.Kenangan yang cukup indah.Seperti biasa,jamuan kali ini berjalan lanacar bagai yang dirancang.Dalam pukul 11 lebih,makanan sudah hampir habis.Kitorang mengemas sikit-sikit sambil berbual-bual bersama geng sendiri.Lelaki berbual dengan lelaki.Perempuan pula bergelak ketawa dengan kawan perempuan yang lain.

Jeng!Jeng!Jeng!Sekarang tibalah masa bagi acara yang telah lama ditunggu-tunggu.Acara wajib setiap kali jamuan akhir tahun.Aktiviti 'Pertukaran Hadiah'.Memang kecoh laa tadi.Sibuk cabut nombor.Lepas dapat hadiah,budak-budak semua pakat suruh buka hadiah masing-masing.Ada yang sudi buka namun ada juga yang mahu buka dirumah.Lebih privasi katanya.Haha.Macam-macam jenis hadiah kitorang dapat tengok.Semuanya menarik.Semuanya cantik.Semuanya bernilai di mata kitorang.

Cuba teka Sya Izz dapat hadiah apa?.Ahakss.Mana boleh cakap!.Lalala.Terima kasih Fatin Najihah!.Akhirnya dalam pukul 12,kitorang hampir siap mengemas kelas.Lala.Memandangkan masa masih panjang juga lantaran perasaan malas mula menguasai diri,kitorang pun duduk lepak-lepak sekejap.Berbual-bual.Ambil gambar.Cakap situ.akap sini.Pokoknya,masa tu semua orang tengah bercakap.Satu bercakap kat sana.Satu pula bercakap kat sini.Semuanya indah.Semuanya seronok.Satu kenangan akhir tahun yang tak dapat dilupakan.Bergelak ketawa,main dan segalanya.Hmmm.Indahkan jikalau masa bisa di atur kembali?. :)

Kemudian,para pelajar mula balik.Sya Izz dan kawan-kawan masih tinggal di dalam kelas.Bereskan perkara yang belum siap.Sambil borak-borak.Haha.Lepas semuanya selesai,barulah Sya Izz balik !.Hmmm.Hari ini memang indah.Terima kasih kawan kerana menghadirkan satu memori indah di dalam hati Sya Izz.Kau dan aku.Sampai nanti.Sewaktu pun tak kan memisahkan.Huhu. :P

Okey laa.Cukup sekadar sampai di sini cerita untuk hari ni.Cerita hati.Cerita Legenda.Cerita Kawan.Cerita Sekolah.Hmmm.Masih tinggal tiga hari lagi untuk bersekolah!Masih ada tiga hari lagi sebelum sesi persekolahan 2009 berakhir.Masih sempat untuk Sya Izz dan kawan-kawan mencipta kenangan.Biarpun seketika.Namun,selamanya akan tersemat di hati.

Kawan-kawan,gambar Sya Izz upload esok atau lusa ya!Terima kasih kawan!Kawan selamanya!Sampai ketemu lagi esok!Esok.Hari yang ditunggu.Untuk bertemu dengan kawan-kawan.Masa semakin singkat.Gunakan setiap kesempatan yang ada.Kawan selamanya!



Nota Lagenda :

2 Ibnu Rushd > Satu memori.Indahnya tercipta.Infiniti kenangan.Bersama suka dan duka.

Jihah > Sayang kamu.Sayang.

Hani > Post pertama please?.Haha.Love you!

SyAz > Aku tak nak delete gambar mu yang terkejut tu!.Smart!Haha.Namun sebagai kawan yang baik aku tak nak laa publish kat sini.Nak buat koleksi aku sendiri.Wakakaka.

Kawan - kawan > Sya Izz sayang kamu semua selamanya!


2 comments:

syieqa a.k.a شفيقه said...

tukar lagi?? ko niey... ehm,, ikut ko lah kan??? ish3

♥ Sya Izz ♥ said...

hahaha..jgn jeleszz..aku kn cepat boring..ko jer yg setia...haha