Monday, December 21, 2009

Genting Highlands : A memoir

Assalamualaikum ! Selamat pagi Malaysia !

Hmmm.Percutian ke Genting Highlands yang agak menyeronokkan ! Hmmm.Nak cerita ke tak ni?Okey.Jom cerita :)


===================


Jumaat :

Kitorang pergi dengan dua buah kereta.Abah Long,Mama Long,Bee Wan,Kak Siha,Iylah,Ijak,Anif,Sarah,Kak Atin,Mirah dan Sya Izz.Hmmm.Perjalanan yang agak meletihkan.Sampai kat Genting dalam pukul 7 malam.Hmmm.Teruja gitu. :P



Malam tak ada aktiviti.Hanya berehat-rehat.Sambil melihat pemandangan.


Sabtu :

Pagi-pagi dah bangun.Siap-siap.Makan kat kedai kat bawah tu.Sambil makan sambil bergambar gitu.Syok laa !Lepas tu pergi naik kereta kabel : Genting Skyway.Yer lah.Nak pergi kat Taman Tema kan.Seronok sangat tengok pemandangan dari dalam kereta kabel.Kabus,pokok,hutan.Ouh!Mendamaikan!

Sampai tu,ramai laa juga orang.Jadi kitorang main permainan indoor dulu.Main-main.Lepas tu,makan dan solat dulu.Kemudian,baru kitorang pergi main permainan outdoor.Dalam renyai-renyai hujan.Ouh.Huhu.Tapi,sejuk sangat.Sampai naik kebas tangan dan kaki.Letih jalan tak henti.Banyak juga laa yang tak sempat main memandangkan hujan.Huhu.Tapi,tak apalah ... Asal dapat juga main sikit-sikit.



Nak naik kereta kabel dalam perjalanan balik tu,punyalah ramai orang beratur.Lama juga.Letih menunggu.Akhirnya,dapat naik juga.Tapi,terpisah laa.Sebab yang lain semua naik kereta kabel yang sama ... Aku dan Ijak je yang sesat naik kereta kabel selepas tu.Haha.Tapi sebab hujan,kereta kabel berhenti sekerat-sekerat kat tengah jalan.Dah la berayun-ayun.Huishh!Menakutkan juga.Dah laa tinggi.Kejap-kejap berhenti.Hoho.Tapi,sebelum naik kereta kabel tu,aku dan Ijak sempat posing.Haha.Genting 2009 gitu. :)



Malam tu baru sampai kat hotel.Siap-siap lepas tu masak maggi cawan ramai-ramai kemudian makan sambil tengok Idola Kecil.Haha.Agak lewat juga lah tidur walaupun letih sebab seharian berjalan.Janji seronok!


Ahad :

Siap-siap.Kemas-kemas barang.Makan.Posing-posing.Huhu.Dah nak balik dah.Dalam pukul 1 petang,kitorang pun bertolak pulang.Seperti biasa,singgah kat RnR Gua Musang.Makan-makan.Rehat-rehat.Dalam pukul 9 malam baru sampai kat Pasir Puteh,rumah Abah Long.Dan aku sendiri?Sampai kat rumah dalam pukul 12.00 a.m.


================


Ehemm.Pengalaman yang sangat menarik dan seronok bersama keluarga!Segala kenangan tak akan aku lupakan!Seronok sangat ! ....


Salam sayang,
Sya Izz ..

2 comments:

~`nAnie~ said...

wow
bestnyer genting
xpernah pergi pon
mhl x game indoor + outdoor dier?

♥ Sya Izz ♥ said...

hehe ..

indoor tuh pakai kad .. agak-agak ader r dlm rm 50 or rm 100 gitu ..

kalau outdoor tuh dlm rm 44 jer sorang ....