Assalamualaikum !
Dah lama aku tidak coretkan sesuatu yang panjang di sini.Hmmm.Hanya sekadar gambar dan selingan ayat.Aku juga tidak tahu mengapa.Semakin hari aku semakin menjauh daripada komputer ini.Friendster,facebook,ym semuanya jarang aku buka.Kalau ada komen pun,aku malas nak balas.Hahaha.Biarkan.Aku sudah letih menghadap komputer kerana waktu cuti ini aku lebih suka berbual,bermain dengan sepupu-sepupuku juga keluargaku.Ye lah.Masa cuti kan,gunakanlah sebaik-baiknya.
Cinta Pertama juga semakin suram.Semua geng masing-masing punya kerja tersendiri.Tak apa.Aku faham kerana aku juga begitu.Ehm,cuti sudah mahu habis.Bayangkan,sudah bulan Disember.Ouh,tahun depan.Tahun depan.... Masa sekarang banyak aku habiskan dengan membaca buku juga novel,bermain bersama keluargaku,menonton Tv,makan dan sebagainya.
Semalam,aku sudah hias meja belajarku.Iya lah.Aku mahu semangat untuk belajar itu hadir.Sudah bosan dengan dekorasi lama meja belajarku.Dan sekarang sudah aku hiaskan,lebih simple daripada dulu.Haha.Semestinya tidak lupa aku lekatkan gambar keluargaku,sticker 9a dan kata-kata.
Ya!Untuk memberiku semangat,agar mendapat apa yang aku cita-citakan selama ini. Hmmmm.Aku rindu dengan suasana sekolah.Rindu akan teman-teman.Najihah.Azhani.Husna.Mirah.Cikgu-cikgu.Ouh.Terutama Sir.Aku rindu senyuman dia setiap kali dia masuk kelas aku.Aku rindu gelak ketawa budak-budak kelas aku.
Masa tingkatan 1 juga menarik.Tapi,serius ... Aku lebih suka suasana masa tingkatan 1 sebab semua macam malu-malu.Manis sangat kenangan. Agak-agak macam mana lah tahun depan.Sebenarnya aku agak serabut.Memikirkan semuanya.Arh!Lebih baik aku lupakan.Tunggu dan lihat saja bagaimana.
Cuma,di kala akhir-akhir waktu tingkatan 2 ... Aku tidak berapa suka atau tenang.Bukanlah ada masalah cuma ada perkara yang agak menyesakkan fikiran.Arh!Sekali lagi,aku mahu lupakan. Kadang-kadang aku tak sabar mahu menghadapi tahun depan tapi dalam masa yang sama aku malas,takut.Oh!.Mengarut saja.Hehe.
Sekarang ni cuaca sejuk bukan?Hujan sentiasa turun.Dan tatkala hujan turun,aku akan bukakan tingkap bilikku ... Melihat rintik hujan yang turun ibarat mutiara.Sungguh menenangkan jiwa.Sambil-sambil teringat masa lalu ketika bermain air banjir di kawasan sebelah.Ouh.Budak-budak.
Dan sekarang aku suka mendengar lagu ini.Rock gitu.Haha.Basshunter.I will never be afraid again,I will keep on fighting till the end,I can walk on water I can fly,I will keep on fliying till i die.Lalalala.Lalalalala.Lalalala.Lagu semangat untuk ku.Sekarang juga aku sukakan kata-kata ini - ''True Courage is pursuing your dream even when everyone else say it's impossible!".Maknanya,sentiasa semangat!
Agak-agak sudah panjang aku menaip di sini?.Hehe.Akhirnya,lepas juga rinduku untuk menaip panjang-panjang di atas keyboard ini.Sudah lama aku tidak begitu.Yer laa.Setakat menaip dua tiga perkataan saja.Haha.Apa-apa yang aku tulis,cuma lahir daripada hati.Aku cuma mencoretkannya agar hatiku tenang,tidak lagi serabut.Haha.Apa-apa la.
Nampaknya,sudah habis aku mahu mengarut di sini.Ish.Sekarang harus pergi dulu.Apa yang penting?.Jangan lah kau putus asa kerana ku ada sisi,setia menemani.Andai semangat mu luhur,genggamlah tanganku ... Kita hampir ke situ! :)
Pencinta Innesfree,
Sya Izz
'' I see ur smile,you come to me and we together reach the sky!''
No comments:
Post a Comment