Wednesday, December 23, 2009

* 1995 *


Assalamualaikum semua !

Ehem.Sedar tak sedar masa berlalu semakin pantas.Kita kini semakin membesar.Semakin dewasa.Aku juga macam tidak percaya.Telah lama aku tinggalkan tahun 1995.1995.Tahun aku lahir.Dan sekarang sudah tahun 2009.Satu perjalanan masa yang panjang.14 tahun.

Hmmm.Tidak dapat dinafikan yang aku bangga.Bangga?Sebab aku masih bergelar seorang manusia yang lahir pada tahun 90-an.Haha.1995.Tahun yang cukup istimewa.Zaman 90-an yang menarik biarpun aku hanya sempat melalui zaman 90-an selama 5 tahun sahaja.Kemudian,kita beralih kepada zaman yang lebih baik,berteknologi.Zaman 2000.Dan sekarang sudah pun 2009.Sangat pantas. :)

Sejujurnya,aku lebih suka zaman dahulu.Haha.Tapi,tidak lah dahulu sangat.Aku rindukan suasana kampung.Ya.Kampung.Betul-betul kampung.Hidup dengan alam.Mungkin macam cerita Kampung Boy?Haha.Sangat mendamaikan.Main dengan kawan-kawan.Mandi sungai.Lasak.



Semestinya bukan macam zaman sekarang.Sekarang nak keluar main basikal pun susah.Macam-macam bahaya.Sekarang pun dunia hanya dengan telefon,televisyen juga komputer.Segala-galanya siber.Macam ada yang kurang.Bagaikan terasa hidup keseorangan.Kerana?Kerana aku rindukan zaman main ting-ting,main bola beracun,main sembunyi-sembunyi,pondok-pondok dan lumba lari.Aku pun pernah merasa naik upih pinang.Haha. :P

Sekarang ini aku rasa nak bersua muka dengan jiran pun susah.Sebab utama juga ialah aku ni perempuan.Haha.Kadang-kadang jealous betul tengok adik-adik lelaki aku setiap petang keluar rumah main dengan geng-geng dia.Main basikal lah.Pergi memancing lah.Main WWE.Haha.Seronoknya mereka.Dan aku?Hari-hari dilalui dengan TV dan PC.Sangat membosankan!

Sungguh.Bila aku tengok cerita Kampung Boy ... Aku rasa macam rindu.Rindu?Aku pun nak jadi macam cerita Kampung Boy.Aku pun mahu hidup macam dalam Kampung Boy.Haha.Walaupun hanya sekadar cerita .. Tapi macam menyentuh perasaan aku.Tentang keseronokan hidup berkawan.Tentang betapa syoknya hidup dalam suasana yang tenang,damai di desa.



Bila kami sekeluarga berkumpul ... Memang riuh rendah! Ibu-ibu semua di dapur ... Memasak.Dan ayah-ayah semua lepak dan berbual-bual di luar.Dan kami,sepupu-sepupu ... Riuh berkumpul,bercerita.Tapi,tidak lupa juga telefon.Mesti ada yang akan main sms atau dengar lagu!Aku juga tidak terkecuali sebenarnya!Haha.

Tapi,keadaan berbeza waktu kami kecil.Sebab kalau jumpa mesti main.Main.Main dan terus main.Sebab itu dunia kami.Dunia kecil.Dunia kanak-kanak.Main ting-ting.Main bola.Lumba Lari.Sembunyi-sembunyi.Pondok-pondok.Memasak.Lubang tikus.Haha.Sungguh.Aku sangat rindukan semua itu!

Tapi .. Semuanya walaupun berbeza .. Tetap terindah dalam hidupku.Bergelar seorang manusia yang dikelilingi perasaan kekeluargaan yang kuat mendorong aku agar menghargai setiap detik ketika aku bersama mereka.Meski suasana telah berubah,aku tetap gembira.Kerana masih punya keluarga yang besar!Keluarga yang sangat aku sayang.

Dan aku percaya,segala detik-detik indah yang kami lalui sangat cukup untuk kami simpan sebagai momen terindah !!!! Kerana kasih itu cinta :)



2 comments:

fathiahRAIHANA said...

zaman kita kcik2 dlu besh :)
at least sempat lagik men
luar rumah ngn kwn2 .
budak2 skrg nie sume
dok ruma men ps2 jewp .

♥ Sya Izz ♥ said...

hehe .. betul 222 ... tp tu lah .... semua tu akan jd kenangan.. yg x akan pernah dilupakan!sgt berharga!!!!