Zahin sayang ayah
Nama aku Zahin.Aku ada seorang ayah yang bagiku adalah superhero.Aku anak tunggal dalam keluarga aku.Aku cuma ada ayah dan ibu selain saudara maraku yang lain.Umur aku 10 tahun.Sekarang ni cuti sekolah jadi masa ini lah yang selalu aku gunakan untuk memujuk ayah pulang ke kampung.Ayah aku bernama Zaki dan bekerja sebagai seorang arkitek di Ampang.Aku sudah memujuk ayah untuk pulang ke kampung.Selepas sarapan kami akan bertolak segera….
“Zahin…cepat la.Nanti sesak pula kat jalan tu..!!”Teriak ayah.
“Kejap-kejap ayah.”Zahin menutup buku diari nya itu lalu bergegas masuk ke dalam kereta.
Ketika berhenti di stesen minyak Petronas,ayah Zahin masuk ke dalam kedai untuk membeli sedikit makanan.Sementara itu…
“Ibu..ibu…hari ni hari bapa kan?”Soal Zahin.
“Ye sayang..kenapa?Zahin terlupa ke?”Tanya Puan Dina kembali.
“Tak adalah ibu…Cuma Zahin takut tersilap hari bulan je…lagipun Zahin ingat nak ucap nanti sampai kat kampung…boleh kan ibu?”Suara Zahin polos.
“Tentu lah boleh…Zahin nak bagi kejutan untuk ayah ye?..Ok..ibu tak kisah..”Suara Puan Dina.
“Thanks ibu..sayang ibu”Balas Zahin lalu mengucup pipi ibunya.
Ayah meneruskan perjalanan.Kata ayah lambat lagi nak sampai.Mungkin empat jam lagi.Kami akan pulang ke Terengganu,tempat kelahiran ayah.Aku suka balik kampung sebab aku boleh main.
Zahin menutup buku diarinya lalu terlelap.
Tiga jam kemudian…
“Ayah…ayah mengantuk ke?”Tegur Zahin sambil memegang bahu ayahnya.
“Tak laa sayang.Ayah gembira je sebab kita dah nak sampai kat rumah nenek.
Tiba-tiba…
“Abang..!!”Ibu menjerit kuat.
“Ya Allah”Ayah terkejut…
Ayah cuba memusingkan keretanya lalu berpusing dua kali.Aku terkedu.Kereta ayah merempuh pokok di tepi jalan.Aku merasakan hentakan kuat.aku terhantuk ke hadapan.Tiba-tiba aku terasa dunia ini kelam.Aku jatuh pengsan.Dalam samar,aku sempat mendengar ayah menjerit memanggil namaku.
Di hospital…
Ibu dan nenek menangis teresak-esak melihatkan aku dan ayah yang tidak sedarkan diri.
“Zahin…Zahin bangun lah.”Ujar ibu dalam tangisan.
Aku merasakan suatu semangat yang kuat mengalir bagai cas elektrik di dalam tubuhku.Aku menggenggam erat tangan ibu.Aku cuba membuka mata tapi kepala ku pusing.Aku berusaha membuka mata lalu terlihat muka ibu yang penuh kasih sayang.
“Ibu,janganlah nangis.Zahin dah ok.”Kata Zahin setelah doktor mengesahkan dia hanya mengalami kecederaan ringan.Zahin bertanya lagi”mana ayah bu?Zahin nak jumpa ayah”
Ibu berkata”Ayah masih ada dalam ICU.Zahin jangan risau.Rehat dulu ye..”
Aku terpana.Aku berkeras mahu berjumpa ayah.Aku sayang ayah.Aku memaksa ibu membawa aku kepada ayah.Ibu akhirnya terpaksa mengalah.Ibu membawa aku berjumpa ayah.Di sana…
“Ayah..bangun lah.Zahin minta maaf.Zahin sayang ayah.Ayah ingat tau”Peluk Zahin sambil menangis apabila melihat badan ayah diselirati dengan wayar halus.
Hampir tiga hari ayah koma.Doktor cakap kaki ayah lumpuh tapi untuk sementara.Aku sedih.Tapi setiap hari aku peluk ayah.Setiap hari aku cakap aku sayang ayah.Setiap hari juga aku bercerita kepada ayah.
“Zahin..”Ayah membuka matanya perlahan-lahan.
“Ibu..!!”Jerit Zahin.“Ayah dah sedar”
Doktor bergegas memeriksa ayah.Keadaan ayah sudah stabil dan tidak ada apa-apa cuma kaki ayah sahaja…Seminggu kemudian aku menolong mengemaskan pakaian ayah.Ayah tetap ceria dam masih tetap tersenyum biarpun kini berada di atas kerusi roda.Sekali lagi aku sayang ayah.
“Jom ayah.”Zahin menolak kerusi roda ayahnya.Mereka akan pulang ke rumah nenek.
“Jom Zahin”Kata ayah dengan tenang.
Setelah tiba di rumah nenek,aku mengajak ayah bersiar – siar di tepi pantai.Ibu menolak tapi ayah tetap mengikut kata ku.
Ayah tersenyum lalu berkata kepada ibu “Biarlah Dina..abang pun nak hirup udara segar.Tak apa.Zahin , hero abang boleh jaga”
“Suka hati abang laa”Kata ibu.
Petang itu aku,ayah dan Pak Su pergi bersiar-siar.Ketika kami sampai di pantai sambil menunggu Pak Su membeli air,kami sempat berbual-bual.
“Zahin…Zahin tak malu ke dengan ayah.Ayah sekarang dah pakai kerusi roda.Ayah tak boleh dukung Zahin lagi.Ayah tak boleh lagi jadi superhero Zahin”Ujar ayah..
Muka Zahin berubah.Zahin memegang tangan ayahnya “Zahin tak pernah malu dengan ayah walaupun ayah pakai kerusi roda.Ayah tetap hero di hati Zahin biarpun ayah menidakkannya.Zahin sayang ayah.Lagipun ayah tak akan lumpuh lama kan?..Kan doktor dah cakap.Jadi ayah kena kuat..ok?
“Mari sini ayah.Zahin ada kejutan”
Aku membawa ayah untuk membuat kejutan istimewa.
“Ni dia”Tunjuk Zahin gembira ke arah perkataan yang tertulis di atas pasir yang halus
itu..tertera perkataan “Zahin sayang ayah.Ayah superhero Zahin..!!”
Ayah terharu..Ayah memeluk aku dengan erat.Aku turut menghadiahkan ciuman ku lalu membalas pelukannya.Aku berbisik “Selamat Hari Bapa,Ayah”.Kami menikmati pemandangan matahari terbenam dengan penuh kemesraan.Tidak lama kemudian , ibu datang menyertai dengan penuh senyuman.Kami bertiga berpegangan erat memberi semangat kepada ayah.Aku terlalu sayang ayah.
--------------------------------
Itu cerita enam tahun dahulu.Aku sudah menginjak dewasa.Ayah sudah sembuh malah lebih sihat daripada dahulu dan boleh berjalan.Ibu juga begitu.Setiap tahun aku tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada ayah.Masih jelas di ruang mindaku kenangan kami sewaktu di pantai dahulu…Apa pun yang terjadi,ayah tetap di hati.Aku sayang ayah sangat-sangat.Assalamualaikum diariku.
Zahin menutup diari nya lalu menyertai ayah dan ibu yang sedang menikmati angin petang dengan penuh kebahagiaan,penuh warna-warni,penuh gelak ketawa. “Zahin sayang ayah”.
P/s:Sya Izz buat cerpen ni tadi...ingat nak hantar kat pertandingan mencipta cerpen sempena hari bapa anjuran pusat sumber sekolah..saja nak cuba nasib..Ok..selamat membaca kawan-kawan..Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment