Selepas gorilla membaling sang harimau ke jakarta,sang harimau telah terbang dengan tingginya sambil menyanyi seperti ini I believe I can fly..tetiba ada kapal terbang lalu di hadapan sang harimau..sang harimau terus berlanggar dengan kapal terbang itu..nasib baiklah kerana sang harimau telah jatuh di dalam hutan hujan tropika di jakarta
Selepas itu,beberapa polis haiwan telah pergi ke tempat itu dan didapati sang harimau orang asing dan polis haiwan tersebut telah meminta agar sang harimau menunjukkan pastportnya..mujurlah sang harimau pernah buat pastport antarabangsa semasa berada di malaysia dulu
Sang harimau telah pergi menyewa bilik hotel untuk menginap..pada malam itu sang harimau pergi ke shopping complex yang berdekatan dengan hotelnya..sang harimau membeli daging lembu,daging kambing dan macam2 daging lagi,tetiba dia ternampak daging sang kancil,dia tidak mahu membelinya kerana sudah banyak daging yang dia beli
sang harimau telah pulang ke hotel dengan gembiranya kerana telah makan semua binatang yang berada di dalam shopping complex tersebut.setelah sampai di bilik yang bernombor 007 iaitu bilik James Bond,sang harimau telah masuk tidur dan dia tidak memakan daging yang dia beli itu kerana sangat mengantuk
pada keesokan harinya,sang harimau ingin melawat jakarta.sang harimau pergi ke tempat2 yang bersejarah,tempat yang tidak pernah dilawati olehnya dan juga pergi shopping..sang harimau membeli banyak barang kerana terlalu murah.sambil sang harimau berjalan sambil dia meminum air coca-cola..dia terasa hendak ke tandas kerana tidak tahan untuk membuang air kecil..dia takut bertanya kepada haiwan indonesia kerana dia tidak tahu berbahasa indonesia
sang harimau mencari tandas tetapi tidak terjumpa,tetiba sang harimau terkencing di hadapan orang ramai..nasib baiklah kerana haiwan tidak pakai seluar jadi sang harimau tinggalkan begitu saja air kencingnya.sang harimau ketawa terbahak-bahak kerana ternampak kereta yang bertayar tiga,disebabkan oleh di malaysia tidak ada kereta yang bertayar tiga.setelah puas meronda jakarta,sang harimau terus pulang ke hotel kerana letih.
setelah dua jam sang harimau berehat,dia telah memakan daging yang dia beli.Sejam kemudian,ada haiwan telah mengetuk pintunya..haiwan yang mengetuk pintunya ialah pihak berkuasa kerana ingin menghalau sang harimau yang bertindak kasar di indonesia yang telah memakan semua haiwan dalam shopping complex.sang harimau telah mengambil sedikit makanan yang dia beli dan terus keluar dan dia telah cakap ke pihak berkuasa tersebut ingin check out dahulu.selepas itu,sang harimau telah dibawa ke tepi pantai dan terus dicampak ke hampir tengah lautan.
Sang harimau telah berenang dengan lajunya kerana ingin pulang ke malaysia iaitu tempat dia bergaduh dengan sang kancil.sang harimau telah ternampak sebuah pulau dan dia berehat di situ sambil memakan makanan yang dibawa olehnya.sang harimau telah terlupa arah tujunya,nasib baiklah dia telah membawa kompas yang dia beli di jakarta
sang harimau telah berenang dengan lajunya dan tetiba telah sampai di singapura,sang harimau bersuaru kuat seperti ini wah,cantiknya pantai ini!..makanan yang dia bawa telah habis dan dia ingin membeli makanan tetapi makanan di situ agak mahal jadi dia terpaksa ikat perut buat sementara waktu.sang harimau telah menunjukkan pastport antarabangsanya kepada polis haiwan dan dia berkata ingin ke tambak johor kerana ingin pulang ke tempat asalnya.polis telah membawanya ke tambak johor
Setelah sampai di tambak johor,sang harimau berlari dengan lajunya ke tempat asalnya..sejam kemudian dia telah sampai ke hutan tempat asalnya,tetapi dia tidak nampak seekor pun kawan lamanya seperti kangaroo,Katak dan lain-lain lagi.rupa-rupanya semua haiwan berpindah ke kelantan kerana tempat tinggalnya itu telah dimusnahkan oleh manusia untuk membuat bangunan..Sang harimau juga ingin ke kelantan..Perjalanan sebenar telah bermula..
-TamaT-
Moral - 1.jangan bersikap gila di negara orang
2.jangan musnahkan hutan
No comments:
Post a Comment