Thursday, June 4, 2009

....Suprise To Aniff....

Tekwondo are Everything
Amir Ikhwan Haniff
-SYA IZZ-



Pada suatu hari yang panas dan seterik - teriknya,sang harimau dan sang kancil berjalan - jalan di dalam hutan.Tiba-tiba sang harimau kelaparan dan terus menerkam sang kancil.Sang kancil ketakutan dan menjerit meminta tolong seperti ini HELP !!!! HELP !!!!....Sang gorilla iaitu kawan baik arnab telah mendengar jeritan itu dan terus menyusul mengikut suara yg didengar olehnya. Kemudian,sang gorilla muncul di tempat kejadian dan menyebut
akulah CicakMan…Eh,silap! akulah GorillaMan…


Sang kancil dan Sang harimau ketawa sampai nak pecah perut kerana kesilapan gorilla….Selepas itu,sang kancil dan sang harimau membuat perjanjian ingin bergaduh dengan cara SPARRING(tae kwan do)…Sang kancil dan sang Harimau sedang sibuk memilih kumpulannya.Pada pukul 12.30 tengah hari Sparring telah bermula…Kumpulan sang kancil memiliki 5 ekor kawannya dan kumpulan sang harimau pun sama juga….Antara haiwan yang ada dalam kumpulan sang kancil ialah Katak,Kucing,Anjing,Burung belatuk dan Hemster…Antara haiwan yg ada dalam kumpulan sang harimau ialah Kangaroo,Buaya,Tenggiling,Tikus dan Burung Helang..


Ting!! Ting!! Loceng perlawanan pertama telah bermula dengan Katak dan Kangaroo…Katak bertali pinggang hitam dan kangaroo pun sama juga.Katak telah membuat semburan ke mata kangaroo dan mata kangaroo terasa pedih…
Setelah hilang pedih,Kangaroo menumbuk katak tapi tak mengena kerana katak terlalu pendek dan telah menggunakan kuasa sakti iaitu Ultra violet iaitu kuasa penahan…

Tetapi kangaroo menggunakan Penumbuk Berduri Lutsinar,jadi kuasa kangaroo terjejas sedikit aja pada katak.Keputusan perlawanan ini Seri…



Ting!!! Tong!!! Loceng sekolah haiwan berbunyi….sang kancil berjanji denagn sang harimau untuk pada hari keesokannya jadi hari inilah perlawanan kedua.. Ting!!! Ting!! Perlawanan kedua telah bermula iaitu antara Kucing dan Anjing…

Perlawanan ini tiada orang akan sangka yang kucing akan menang.Akhirnya Kucing telah menang kerana Telah menggunakan Cakaran Harimau dan Anjing pula menggunakan teknik Cakaran Kucing….Perlawanan ketiga diteruskan antara Burung belatuk dan helang.Burung Belatuk telah menggunakan taguide satu(tali pinggang kuning 1) untuk mengalahkan helang tetapi helang menggunakan taguide dua(tali pinggang kuning 2)…







Tetapi belatuk telah menahannya dengan lower block,high block,inner block dan semua block yang ada…burung belatuk telah mematuk kepala helang hingga pecah dan helang telah dibawa ke hospital Setiu.Burung belatuk telah memenangi perlawanan ketiga…

Maaf ,saya baru mendapat berita daripada pengadil bahawa pertandingan pertama telah dimenangi oleh kangaroo kerana kangaroo telah menggunakan kuasa tumbukan berduri lutsinar dan tidak pernah dibuat orang dan katak pula telah meniru dalam ASTRO…ini bermakna dalam pertandingan keempat hemster perlu menang untuk perlawanan ini menjadi seri…

perlawanan keempat telah bermula antara tikus dan hemster…Dalam perlawanan ini tikus telah menarik diri kerana sakit perut sbb makan terlalu banyak butir durian….perlawanan yang mendebarkan antara sang kancil dan sang harimau….dalam perlawanan ini ada satu keunikan kerana ada penolong….penolong sang kancil ialah gorilla dan penolong sang harimau pula tenggiling….



semasa sang harimau sedang asyik menumbuk sang kancil sampai nak mampos …tenggiling ingin menggantikan sang harimau kerana sang harimau sangat letih…..tanpa disedari oleh sang harimau sang kancil telah menggantikannya dengan gorilla dan gorilla terus membaling sang harimau smpai ke Jakarta….



TamaT




Moral - 1….Jangan bersikap sombong dan angkuh…

Moral – 2…jangan terlalu pengaruh kartun…



P/s:Ni suprise yang Sya Izz janji....amacam..okey tak?hhehehe...



No comments: